03 October 2017

# resepi masakan

SOTONG SOS MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM...

 Dah berhari-hari asyiklah menu pilihan hubby tapi hari ini mama pula yang pilih menunya...kali ni menu pilihan mama untuk makan tengahari adalah sotong sos masam manis...kononnya nak goreng tepung tapi tak menjadi sebab dah ditukarkan dengan menu ini...jomlah korang kita tengok resepi mudah ni...

Bahan-bahannya...
sotong
cili kisar
sos masam manis
bawang besar yang dihiris
gula
garam
serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Masakkan sekejap sotong itu untuk mengeluarkan airnya...jangan lama sebab sotong kalau lama sangat dimasak isinya akan menjadi liat...
2-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sehingga garing...setelah cili garing masukkan sos masam manis,garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3-Masukkan sotong dan kacau sehingga sebati dengan sosnya...akhir sekali masukkan hirisan bawang besar ke dalamnya..kacau dan tunggu sebentar setelah siap tutup apinya..
Sotong sos masam manis siap untuk dihidangkan...
selamat mencuba korang...


2 comments:

  1. MD suka makan sotong mama..ada masa nak cuba tesepi ni...terima kasih atas perkongsian resepi ini mama..

    ReplyDelete