10 October 2017

# resepi masakan

RESEPI KUIH BAHULU SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni mama nak sharekan resepi simple nak buat kuih bahulu...kalau dulu-dulu jenuh nak menyiapkan kuih bahulu ni...semuanya nak kena ambil kira dari mula nak mengecap telur hinggalah ke proses nak membakarnya...sekarang ni dah ada kemudahan pun masih malas juga nak membuatnya...hubby yang request nak makan kuih bahulu ni...maka dalam kemalasan tetap juga digagahi buatkan sedikit untuk hubby minum petang ni...resepi ni mama buat pun ikut resepi yang cukup simple dan mudah jer.. sukat bahan pun ikut mangkuk jer...


Bahan-bahan yang diperlukan..
5 biji telur
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung
1 camca besar esen vanilla
1camca besar baking powder


Kalau orang dulu-dulu tepung ni dijemur dahulu barulah kuih bahulu itu akan menjadi sedap rasanya...tapi sekarang ni malas nak menjemur bagai...lebih cepat dan pantas masukkan jer dalam oven selama 5 minit... tepung yang dah siap tu mama ayakkan bersama baking powder tu..senang cepat siapnya...


Tepung yang sedang dipanggang sekejap...hahahaa orang jemur mama panggang jer...mudah dan simple ni..bagi tepung tu hangat-hangat sedikit...okaylah jom kita proses mengisar telur dan gula ke dalam mixer...


Masukkan telur dan gula ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga telur itu kembang...masukkan esen vanilla..kisar sehingga telur itu betul-betul bertukar warna dan kembang....bila telur dah kembang masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati...


Proses membakar pula bila adunan kuih bahulu itu sudah siap...lebih elok sapukan dengan minyak dan panaskan acuan kuih bahulu tu untuk mengelakkan ianya melekat...bila dah panas bolehlah dikeluarkan dari oven dan isikan adunan kuih bahulu ke dalamnya...jangan letakkan terlalu penuh sebab kuih bahulu ini akan mengembang...


Tadaaa ni dia...kuih bahulu yang dah siap dibakar...dah boleh masuk mulut pun..hahhaa yang tukang buat dan bakar ni dah beberapa kali dah masuk mulut...panas-panas ni la sedap ngap masuk mulut...okaylah pada korang yang nak mencuba membuatnya bolehlah ikut resepi simple mama ni...semoga kuih bahulu korang menjadi dan sedap nanti...in sha Allah okay bye semua...selamat mencuba...!

p/s puas hati hubby dpt makan kuih bahulu tu tadi...



1 comment: