04 October 2017

# Legoland # Legoland Hotel

LEGOLAND HAPPY 5TH BRICK-VERSERY | THEME PARK

ASSALAMUALAIKUM...
Kalau datang ke Legoland ni memang tak sah kalau tak ambil gambar...semua ceruk semua kawasan di dalamnya memang cantik dan menarik...berapa kali pergi pun pasti ada saja gambar yang terbarunya....


Kalau ke Miniland ni memang tak mis kalau tak ambil gambar...ada saja gambar yang akan disnap di sini...bangunan yang dibuat menggunakan brick lego ini semuanya memang menarik sekali...memang serupa dengan bangunan yang asalnya...


Ini dia tak payah nak bergambar di KLCC kat legoland pun dah ada Menara Berkembar Petronas ini...posing jerlah ikut suka kita...


"THE LOST KINGDOM ADVENTURE" 
Kalau masuk ke sini memang seronok dapat main tembak-tembak kat dalam tu...tembak jer kat button color hijau yang disediakan kat dalam ni...kalau kene dapatlah point untuk kita...



Mama dan hubby pun suka masuk permainan kat sini...bukan apa merehatkan diri sekejap setelah berjalan hingga sampai ke sini...


Bersebelahan The Lost Kingdom Adventure ada "BEETLE BOUNCE" ni...tak snap gambar depannya pula...mama pun dah pernah naik bendalah ni...kecut perut jugalah bila turun dan naik...yang part nak turun tu yang macam kecut perut walaupun permainannya nampak macam simple jer...


Jalan ke depan sedikit jumpalah kita Istana Ninjago ni...best sangat dapat mencuba permainan "4D NINJAGO" ni...


Masuk ke dalam memang best sejuk jer sebab ianya berair-cond...memang relax jer bila masuk ke sini...inilah ninjago ride yang akan kita naiki untuk melaksanakan tugas memusnahkan musuh-musuh ninjago...permainan ini tidak perlu menggunakan senjata hanya perlu mendepakan tangan ke hadapan seperti ninja untuk berlawan...


Inilah markah yang mama dan hubby perolehi semasa berada di dalam...


Sampai juga ke Kingdom..kat sinilah terdapatnya The Dragon Roller Coaster yang besar...kalau nak naik roller coaster ini kena masuk melalui pintu istana itu...mama memang tak pernah cuba naik...agaknya kalau naik yang ni mesti gugur jantung mama ni...


Ini satu lagi roller coaster tapi kecil sedikit dari "DRAGON ROLLER COASTER" tadi...walaupun nampak kecil tapi bila naik terasa jugalah kegerunaan rasanya...mama pernah naik sekali saja tu pun rasa macam nak tercampak dari roller coaster tu...bila turun kepala lutut rasa mengigil...buat lawak jer mama ni kan...anak mama selamba jer naik sampai berulang-ulang kali...yer la orang muda dan orang tua memang tak boleh disamakan...


Permainan ini lupa pula namanya...kalau nak naik kenalah tarik sendiri tali tu dan ianya akan naik..kalau tak larat ianya akan turun semula ke bawah sambil tu ianya akan berpusing...


"DINO ISLAND" kalau nak naik Dino Island ini korang mesti sediakan baju hujan kalau tidak korang akan basah kuyup bila turun dari sini nanti...


Korang kalau yang ada anak kecik bolehlah singgah ke sini dan rasailah suasana tenang kat dalam bilik "BABY CARE"ni...kalau ada yang nak buatkan anak susu atau meyusukan anak bolehlah singgah ke sini...korang nak tahu bagaimana keadaan di dalamnya kalau nak tahu bolehlah singgah ke SINI..



Nak tahu pengalaman mama menonton 4D ADVENTURE ini bolehlah tekan sini...


Kalau dapat naik "THE TOWER" ni memang best dapat melihat pemandangan disekeliling kawasan legoland ini...kalau korang nak tengok pemandangan dari atas tower ini di waktu malam bolehlah tekan sini... 
ada lagi cerita yang MENARIK DI LEGOLAND yang mama tak cerita lagi jadi tunggu next entri la yer...kita jumpa lagi nanti... 

Entri berkaitan 





5 comments: