12 October 2017

# jenjalan

FAMILY TRIP LANGKAWI | TAPAK BERAS TERBAKAR

ASSALAMUALAIKUM...
Lama sangat terperuk entri ni...jenuh nak mengingati cerita masa mama ke Langkawi dulu...family trip pun dah berlalu tapi seronok bila dapat mengingati kembali ketika mama dan keluarga bercuti pada bulan Ogos lalu...salah satu tempat yang mama lawati adalah Tapak Kawasan Beras Terbakar ini...



Rupa-rupanya kawasan ini adalah di dalam kawasan rumah ini...jadi kami masuk dan melihat sendiri kawasan yang dikatakan menjadi legenda semasa dulu-dulu...


Singgah sebentar di sini sebelum berjalan ke lain-lain tempat lagi...


Cantikkan rumah ini...rasa nyaman kalau dapat rumah kampung yang begini cantik...kawasan persekitarannya pun bersih sekali...mungkin inilah rumah peninggalan Ku Halim Ku Hassan tu...


Inilah kawasan tapak beras yang terbakar dulu...tapi sekarang hanya tinggal kenangan...


Inilah beras yang dikatakan terbakar tu...masih ada sedikit disimpan di sini untuk para pengunjung melihatnya..nak tahu ceritanya bolehlah lihat ceritanya di bawah tu...



BERAS TERBAKAR
Padang beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim Bin Ku Hassan,Kampung Raja,Mukim Padang Mat Sirat,17 km dari Pekan Kuah.
Semasa berlakuknya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur,Dato Kemboja selaku ketuaorang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam.Beliau dengan segera menghatar utusan ke Padang Mat Sirat mengarahkan semua penduduk kampung mengumpulkan padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk di musnahkan atau dibakar.
Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu dibakar.Perkara ini terpaksa dilakukan bagi megelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.Dari peristiwa inilah hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim Ku Hassan.


p/s cerita semasa bercuti masih ada byk lagi...

3 comments:

  1. hi.. jom join Giveaway.. ada banyak hadiah menarik :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  2. good info mama, pergi langkawi tapi tak pernah beras terbakar

    ReplyDelete