ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah !! akhirnya setelah 3 tahun belajar inilah hasilnya...semoga diberikan kemurahan dan keberkatan dalam hidup anakku ini...masih lagi bernasib baik kerana dapat juga menyarungkan baju jubah konvo ini...masih diberikan umur yang panjang oleh Allah dan masih boleh berdiri di sini...kisah kemalangan anakku ini berlaku 2 hari lagi sebelum ke majlis konvokesyen beliau...kalau kawan-kawan nak tahu cerita disebaliknya bolehlah tekan sini...


Semoga anakku ini sentiasa dilindungi Allah hendaknya dan berjaya di dunia dan di akhirat nanti...


sempat bergambar bersama sebelum majlis konvo bermula tempohari...


Selepas majlis konvo berakhir..ingatkan nak bergambar tapi hujan turun jadi tak berkesempatan nak bergambar...jadi bergambarlah mana yang sempat saja...


Tahniah ! Tahniah ! anakku kerana dah melepasi pembelajaran peringkat Diploma ini...jika diberikan kesempatan lagi bolehlah memohon untuk melanjutkan pelajaran semula...


Bergambar bersama teman baik anak mama semasa sesi belajar dulu...akhirnya semua dah berjaya melepasi dan dah berjaya merangkul segulung diploma...


Semoga semuanya akan terus diberikan kejayaan di dalam hidup seterusnya in sha Allah..


sebelum berpisah sempat snap gambar bersama teman baik anak mama ni...seorang lagi kawan baiknya tak dapat menyertai sebab dah bergerak pulang terlebih dahulu...nasib baik dah bergambar bersama sebelum majlis konvo tersebut...