ASSALAMUALAIKUM...


Happy 5th Brick-Versery Legoland !! and thank you Legoland Malaysia !!
Memang seronok kalau dapat berjimba bersama keluarga atau teman ke Water Park Legoland ini...kebetulan masa pergi hari tu memang dengan teman-teman JDT Blogger tapi tak dapat nak join mereka berjimba bersama semua sebab masing-masing dengan family dan mama tiada cucu atau anak-anak bersama pada hari tu...jadi mama upkan entri seminggu sebelum itu semasa besday boy Darwisy tempohari di mana kami telah berjimba bersama di Water Park Legoland...


Kalau dah masuk ke sini semuanya pasti seronok dan melonjak kegembiraan..masing-masing hilang entah ke mana..pandai mereka cari tempat yang disukai untuk bermandi manda di sini...keseronokan terserlah bila dapat berjimba di Water Park Legoland ini...memang banyak tempat yang menyeronokkan untuk bermandi manda di sini...hanya mama yang tak dapat menerokai kesemuanya bila dah sampai ke sini...kalau ada rezeki lagi dari Legoland bolehlah terjah ke semua tempat dan boleh juga merasai sendiri keseronokan bermandi manda d sini...kalau ada event lagi invite mama yer !!


Mama memang tak dapat nak join bermandi-manda hanya jadi tukang snap gambar jer la kat tepi...atok mandi bersama-sama cucundanya...masa ni cuaca memang tengah panas berdenting ! tengok jer la muka atok dah macam terbakar dek panas matahari...tapi kalau mandi di kawasan ini airnya memang terasa sejuk saja...


Keseronokan si kecik ini bila dapat bermandi manda di sini...semua leka bermandi hinggakan rasa rasa kelaparan dan kepanasan mentari tak diendahkan si kecik ni...mama yang dok di tepi pun dah rasa bahang kepanasan mentari masa ini...tapi terpaksa juga menunggu mereka bersuka ria di sini sepuas-puasnya...


Terima kasih Legoland dan selamat ulang tahun ke 5 tahun...semoga ada rezeki lagi nak berjimba di Legoland Water Park,Legoland Theme Park dan Lego Hotel nanti...semoga kita berjumpa lagi Legoland Resort Malaysia.


HEPI 5TH BRICK-VERSERY LEGOLAND

Entri Berkaitan



p/s kepuasan berjimba bila berada di sini...lepas ni kita ke taman tema pula yer...