11 September 2017

# jenjalan # Legoland Hotel

HOTEL HALLMARK VIEW MELAKA

ASSALAMUALAIKUM...
Mama pergi ke Melaka pada Khamis lepas saja jer nak jenjalan..kononnya nak makan nasi lemak Ujung Pasir...lama rasanya tak makan nasi lemak Ujung pasir ni...dulu mama pernah tinggal di Melaka selama 15tahun jadi jalan dan temapt kat Melaka ni dah tahu selok beloknya...sebelum ke Melaka mama awal-awal dah booking bilik kat Hotel Hallmark View ni...jadi bila sampai terus check ini terus...


Inilah view depan hotel ini di waktu malam...masa ni mama baru sampai ke Melaka belum masuk dan check in lagi...sempat snap gambar hotel ni...terlupa pula nak ambil gambar kat kaunter masa nak check in malam tu...


Masuk bilik wah ! bestnya...bilik pun besar...memang selesa untuk kami 4 beranak berehat di sini...terdapat 2 katil single dan satu double bed...



Tengoklah tu punyalah besar katilnya boleh muat untuk 4 orang lagi ....puas hati dan selesa bila check ini bilik Hotel Hallmark View ini..


Kemudahan semuanya ada disediakan..hair dry,iron board lupa nak snap gambarnya kat dalam almari...


Maggi segera pun ada disediakan di dalam bilik hotel ini...kalau kita makan kenalah charge bila keluar nanti yer...air mineral pun ada diletakkan di dalam peti ais dan dah siap harga yang disediakan di situ...


Bilik air pun bagus bersih dan kemas...


Pada yang suka makan angin bolehlah check in kat Hotel Hallmark View ni..sebenarnya ada 3 Hotel Hallmark kat Melaka ni...jadi pilih saja yang mana suka yer...

Hallmark View Hotel Sdn.Bhd
9830 Bukit Baru
75150 Melaka 

Email : reservation.view@hotelhallmark.com


2 comments:

  1. wahhh.. besarnya bilik dia mama.. single bed pun dah boleh tido 2org tu...

    ReplyDelete