ASSALAMUALAIKUM...
coolblog
MENJAMU SELERA ANDA DENGAN RASA MALAYSIAN!
Coolblog menyajikan pilihan perisa tempatan untuk memenuhi selera anda!
Kuala Lumpur, 7 September 2017 – Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog Malaysia melancarkan  Rasa-Rasa Malaysia, satu pilihan baharu aneka perisa yang memenuhi selera Malaysia. Minuman baharu itu dilancarkan bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, menggabungkan perisa-perisa yang disukai rakyat Malaysia dan diperbuat daripada juadah pencuci mulut tempatan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa Anis Nabilah dan penyanyi Rapper Nombor Satu Malaysia, Altimet. Anis menawan hati para hadirin menerusi penyediaan “juadah Kari Laksa Nyonya” yang merupakan gandingan tepat kepada air minuman Rasa-Rasa Malaysia, dan Altimet secara kreatif mempersembahkan rap gaya bebas 30 saat mengenai CoolBlog dan elemen hebat mengenai pilihan terbaharu minuman tersebut.
“Pilihan baharu perisa ini adalah diperbuat daripada cita rasa tempatan yang kita gemari dan benar-benar memaparkan jenama negara kita. Ia merupakan usaha yang kami semua di CoolBlog cukup gembira untuk laksanakan dan kami berharap perisa-perisa ini akan memberikan sesuatu yang rakyat Malaysia suka,’’ kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd.
Anis Nabilah berkata,  “Makanan adalah begitu dekat pada hati saya, dan saya percaya makanan menjadikan kita rakyat Malaysia sejati. Saya teruja menerima peluang ini untuk tunjukkan versi sempurna saya untuk juadah istimewa ini dan saya pasti juadah ini sedap dihidang dengan Smoothie Cendol Durian.’’
“Malaysia adalah tanahair saya,” kata Altimet. “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, dan saya fikir usaha yang dilakukan oleh CoolBlog untuk memaparkan makanan pencuci mulut berciri Malaysia adalah suatu kejayaan tersendiri. Mana lagi di dunia anda boleh menemui pelbagai cita rasa yang enak bila digabungkan, dan selepas mencuba minuman Rasa Rasa Malaysia, saya yakin CoolBlog telah meraih pencapaian hebat.’’
Sebagai tambahan kepada minuman baharu itu, CoolBlog juga melancarkan pencarian ke seluruh negara untuk mengetahui apakah yang menarik atau `cool’ mengenai Malaysia. Selain daripada jawapan lazim seperti Bola Sepak dan Kebudayaan, faktor nombor satu yang tidak syak lagi bagi Malaysia ialah, `Makanan’.
“Menerusi usaha ini, ia benar-benar membuktikan kepada kami betapa rakyat Malaysia amat berbangga dengan negara kita ini dan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai tanahair mereka. Inilah bukti bahawa walaupun rakyat Malaysia adalah unik dan berbeza, satu perkara yang menyatupadukan kita semua ialah Makanan,’’ ujar Keith.
CoolBlog adalah jenama Malaysia yang terkemuka yang berkembang di peringkat antarabangsa. Berasaskan konsep menggabungkan makanan pencuci mulut Malaysia dengan perisa global, CoolBlog merupakan inovator peneraju minuman berasaskan ice-blended dan smoothie di Malaysia. CoolBlog menyasarkan untuk melaksanakan inovasi dan mencipta minuman pencuci mulut yang hebat dan direka cantik, yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Menu produk baharu CoolBlog akan mula dijual di semua gerai CoolBlog bermula 7 September 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai CoolBlog, sila log masuk ke halaman Facebook mereka di  http://www.facebook.com/coolblog.my/


Keith Loh, Chief Executive Officer of CoolBlog addressing the audience at the launch of Rasa Rasa Malaysia


Altimet showed off his creative side by freestyling a 30-second rap on CoolBlog and the cool elements of Rasa Rasa Malaysia.


CoolBlog’s CEO, Keith Loh (left) launching Rasa Rasa Malaysia while sand artist Esther Yap looks on.


Keith Loh, CEO of CoolBlog with the three new drinks from the new menu, Rasa Rasa Malaysia. They are: Coco Yam Pulut Hitam Smoothie, Cendol Durian Smoothie, and Coco Kacang Coklat Smoothie.


Altimet (left), Anis Nabilah (second from left), Keith Loh (second from right), and Esther Yap (right) with the drinks from the new Rasa Rasa Malaysia menu.


CoolBlog CEO Keith Loh sampling Anis Nabilah’s cooking. Anis’ Nyonya Curry Laksa was made available to the audience after the launch.


Celebrity Chef Anis Nabilah did a cooking demonstration on the “Nyonya Curry Laksa” which was the perfect complement to the Cendol Durian Smoothie.


Altimet and Anis Nabilah giving their stamp of approval on their favourite drinks from
the Rasa Rasa Malaysia menu. Prices of the drinks start from RM4.50.



The drinks from the new Rasa Rasa Malaysia menu. This menu will be available at all CoolBlog outlets from 7 September onwards and will be a permanent additionto the menu board.



******

LEMBARAN FAKTA RASA-RASA MALAYSIA
Menu baru yang di perkenalkan CoolBlog ini menampilkan sedikit kelainan dari segi rasa dan yang penting lebih memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Produk yang di perkenalkan sangat terkenal untuk pasaran di Malaysia.
Cendol Durian Smoothie: Gabungan Durian serta Cendol memang terbaik. Sememangnya produk ini adalah pilihan ramai rakyat Malaysia memandangkan Durian adalah Raja Buah-buahan tempatan. Rasanya sangat hebat serta di gabungkan bersama Cendol Mie.
Coco Yam Pulut Hitam Smoothie: Siapa yang terfikir buah kelapa dan keladi boleh digabung bersama? Team Coolblog telah mengendalikan ujian dan rasanya hebat sekali!
Kedua bahan tempatan ini begabung menjadi satu rasa yang unik. Sebagai bonus, smoothie ini dihiaskan dengan pulut hitam untuk menjadikannya sempurna. Semua bahan tempatan dalam satu cawan!
Coco Kacang Chocolate Smoothie: Kelapa and Coklat merupakan dua bahan yang sentiasa dikait bersama. Ini digabungkan bersama Kacang yang telah di kisar halus menampakkan lagi kelainan yang ingin di tonjolkan dalam perisa terbaru Coolblog.

Tentang Coolblog
Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari perisa tempatan dan global yang terbaik dalam ciptaan ‘ice blended’ dan ‘smoothie’. Operasi kami bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 jenis minuman dan pencuci mulut daripada 300 lebih varian produk. CoolBlog telah megemukakan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk mengembangkan jumlah cawangan di pasaran tempatan dan antarabangsa kepada 500 cawangan. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.