19 September 2017

MELAWAT AEON MALL BARU DATO' ONN 2

September 19, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Sambungan dari Entri ini..

Inilah kawasan food court Aeon Dato' Onn...memang ramai orang pada hari tu...penuh kawasan food court ni...masing-masing mencari dan mencuba makanan di sini... 




Nak makan semua kedai dipenuhi dengan pengunjung yang datang ke sini...last-lastnya kami makan di sini saja lah...kalau nak tahu kami makan di mana tekan sini..


Kami hanya jenjalan window shopping jer ke sini...sambil itu jumpa tempat menarik snap beberapa keping gambar...


Setiap tempat ada jalan ceritanya...menarik juga ni boleh membaca dan bercerita untuk anak-anak...




Di ruang legar Aeon Dato' Onn ini..cantik dan menarik layout yang dilakukan di ruang legar ini...ramai sangat orang masa mama datang hari tu nak ambil gambar pun malas sebab disemua tempat ada saja orang yang berada di situ...mana yang sempat jer la...


Coco Concept Store..


Kelas belajar membuat robot...okay la korang pada yang duduk berdekatan jb kalau nak jenjalan ke sini bersiap sedialah dengan parking dan orang ramai..tapi sekejap jer tu seminggu dua berkuranganlah orang yang datang ke sini...

p/s okay la korang bye...


MELAWAT AEON MALL BARU DATO ONN 1

September 19, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Hari Sabtu lepas mama dan family tergerak juga nak ke Aeon Dato' Onn ni...baru jer dibuka tapi semangat nak pergi tu bukan main sangat...nak juga tengok macam mana keadaannya...besar jugalah bangunan luarannya ni...masa gerak masih awal lagi tapi bila nak sampai sini keadaan dah nak malam rupa-rupanya...dengan keadaan jalan yang jammed dan ketiadaan parking pulak tu...pusing punya pusing last-last dapat juga...ada guard Nepal bagi kami masuk ke parking sebelah dalam sebab ada satu saja parking kat situ...apa lagi ingatkan dah nak pusing balik semula sebab kesusahan dan ketiadaan parking yang ada tiba-tiba jer boleh dapat parking dengan senang jer...jadi terpaksalah juga diteruskan masuk dan nak melihat suasana di dalamnya...


Sama saja mana-mana Aeon..layout dan deretan kedai semuanya sama cuma ada sikit-sikit saja berlainannya..food courtnya pun bertambah cantik dan susunan dan deko layoutnya nampak menariklah...tapi tak boleh nak singgah sebab terlalu ramai berada di sini...selfie sekejap bolehlah yer...


Kalau lalu kawasan mendeko macam ni memang sukalah mama...bermacam-macam hiasan deko yang ada dijual di sini...semuanya cantik-cantik belaka...


teringin juga nak membelinya tapi memikirkan nak beratur panjang di kaunter pembayaran maka terpaksalah dibatalkan niat tu...next time boleh pergi lagi tunggu keadaan reda dulu...


Seronok berada di sini...rambang mata nasib baik ramai orang kalau tidak parah poket mama dibuatnya...


Tengoklah ni memang rambang mata dibuatnya...


Cantikkan semuanya...kalau ikut hati semuanya nak diangkat bawa balik tapi tu semua tak boleh diikutkan sangat...kena kawal hati dan perasaan yer...


Biarlah apa pun buat masa sekarang tak boleh nak berbelanja tunggu jer masa yang sesuai dulu...

p/s jenjalan window shopping jer...


LEGOLAND® MALAYSIA RESORT LAUNCHES THE WORLD'S FIRST LEGO® VIRTUAL REALITY ROLLER COASTER

September 19, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

  

   



LEGOLAND® Malaysia Resort Launches the World's First 
LEGO® Virtual Reality Roller Coaster
Themed “The Great LEGO® Race”, the Refreshed Ride Will Immerse Families in a New Exhilarating Experience Together






















[Image 1: Artist’s impression of The Great LEGO Race entrance at LEGOLAND® Malaysia Resort.]

SINGAPORE, 19th SEPTERMBER 2017 – Ready, Set, LEGO®! Prepare to embark on the wildest LEGO ride as LEGOLAND® Malaysia Resort will be the world’s first LEGOLAND park to launch the LEGO virtual reality roller coaster in November 2017, followed by LEGOLAND Florida Resort and LEGOLAND Deutschland Resort in 2018.

Combining cutting-edge virtual reality technology with roller coaster thrills, the new attraction was developed under the supervision of Merlin Magic Making – the company’s global creative division that designs and develops attractions for Merlin sites around the world. The Great LEGO Race will transform three existing “Project X” roller coasters into an exciting, high-octane experience that puts kids and parents alike in the driver’s seat and asks, “Are you brave enough to face, race and beat the best of the best in all of LEGO world?”


“The Great LEGO Race was inspired by the way kids play with LEGO toys at home,” said Candy Holland, senior creative director for Merlin Magic Making, which designs and develops attractions for Merlin sites around the world. “It’s a unique LEGO adventure that lets kids enter an epic imaginary world made entirely from LEGO bricks, featuring a host of different themes and fun LEGO characters, all mixed up together.”

Featuring a colorful lineup of racers drawn from the ranks of the popular LEGO Minifigure mystery assortments, The Great LEGO Race builds a universe of imagination that will unleash the inner child of everyone. It pits riders in a rollicking race against wild, brick-built contraptions driven by Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard and Pirate Captain, including a rocket-powered surfboard and a stylish scooter fueled by espresso. Wearing VR headsets, guests will experience the action from every direction – up, down, forward, backward and all points in between – in a spectacular environment completely made of LEGO bricks.


General Manager of LEGOLAND Malaysia Resort, Kurt Stocks added, “We’re honoured to be the first LEGOLAND park to launch this experience in the world. Fuelling this launch is our commitment to consistently deliver refreshing experiences and attractions so that every visit here is a new experience for our guests. This November’s launch will further testify to that commitment as guests visiting LEGOLAND Malaysia Resort will be among the first in the world to embark on The Great LEGO Race and lose themselves in a virtual world with captivating storyline suitable for adults and children alike”.

The adventure begins the moment guests approach the ride’s bold new entry portal enveloped in the sounds of roaring engines fill the air. Nearby, the coaster’s queue will resemble a pre-race space where pit crews for each of the five LEGO racers prepare for the competition, including interactive and hands-on elements to entertain riders in the queue.


 
During the ride, Bluetooth technology will sync the virtual visuals with the roller coaster’s twists, turns, drops and climbs, creating an all-new experience filled with thrills, spills, surprises and humor – done in LEGOLAND’s brilliance.

The Great LEGO Race can be ride with or without the VR headset, and is suitable for children ages 6 and up. For further information on promotions and activities, visit LEGOLAND Malaysia Resort’s official website www.legoland.com.my and stay connected with the resort via social handles (Facebook & Twitter) to find out more.

A standard 1-day adult theme park ticket costs SGD$63 (RM193), while a standard 1-day child theme park ticket costs SGD$50 (RM155). Admission for child below 3 years old is free. For more details on LEGOLAND Malaysia Resort tickets, visit https://www.legoland.com.my/book-visit/day-tickets/.
For more high-res images of LEGO® Virtual Reality Roller Coaster, please download them here.

10 HEALTH BENEFITS OF WATERMELON

September 19, 2017 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

10 HEALTH BENEFITS OF WATERMELON

1-HIGHEST ALKALISING FRUIT
2-REDUCES HIGH BLOOD PRESSURE
3-REDUCE HEART DISEASE RISK
4-REDUCE BLOOD SUGAR LEVEL
5-HIGH WATER CONTENT (92%)
6-bOOSTS IMMUNE SYSTEM
7-STRENGTHENS BONES
8-PRODUCES ENERGY
9-CLEANS KIDNEYS
10-FIGHTS CANCER

GOOD MORNING TUESDAY

September 19, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

GOOD MORNING !!

You can't UPLOAD love,
You can't DOWNLOAD time.
and you can't GOOGLE all the ANSWER INlIFE.
So just LOG-IN with GOD's presence and you will surely LIKE 
the STATUS of your life.

Stay in GOD's embrace and have a graceful day.


18 September 2017

IHSAN JOHOR | PEMBINAAN RUMAH IHSAN JOHOR

September 18, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


IHSAN JOHOR akan mengadakan pembinaan Rumah Ihsan Johor yang ke-11. kami menjemput semua sukarelawan untuk turut serta membantu menyediakan sebuah rumah untuk mereka yang memerlukan. Pembinaan Rumah Ihsan Johor Ke-11 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 22 - 24 September 2017
Tempat: Kampung Sungai Sayong, Kulai

REVIEW KEDAI EMAS JUMBO | TRADE IN GELANG LAMA

September 18, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Mama dah beberapa kali ke Kedai Emas Jumbo ni...memang bestlah kalau beli emas kat kedai Emas Jumbo ni...harga yang dijual memang betul-betul ikut berat barang emas yang kita nak beli tu...tak ada kos upah yang dikenakan hanya jadi ahli seumur hidup sebanyak RM30 kalau tak silap mama la dan like facebook mereka..jadi bila datang next time kita akan dapat harga emas dengan harga ahli saja...


jadi harga yang kita perolehi lebih murah dari harga biasa...memang mama dah jadi ahlinya jadi bila nak beli barang kemas memang dapat dengan harga ahlinya...tak ada kos upah dan harga emas lebih murah dari harga yang biasa dijual...pada kawan-kawan yang nak beli barang kemas tu bolehlah ke Kedai Emas Jumbo ini...pasti korang akan puas hati dengan layanan dan servis di kedai ini..



Kononnya saja nak singgah bila lalu depan kedai ini tapi terus terjebak sekali...harga emas dah semakin meninggi daripada hari hubby belikan mama hadiah anniversery hari tu...masa beli hari tu harganya masih murah lagi baru RM198 segram jer...kalau nak tahu ceritanya lebih lanjut tekan sini...

Semalam mama singgah dan tengok harga emas dah meningkat ke RM215 segram...wah !! masa mahal ni memang tak boleh beli emas tapi kalau jual atau tukar tinggi harganya...mama dan hubby cubalah menanya pada sales girl kat situ kalau nak trade in gelang tangan lama mama berapa agaknya harga yang diperolehi...

Boleh tahan jugalah harganya rasa serba salah nak tukar ke tidak..disebabkan gelang tu dah banyak kemek-kemeknya mama teruskan juga pertukaran itu...gelang lama mama bila dikira dia ambil dengan harga RM1,670.00 saja...rugilah sedikit dari harga masa beli dulu...tapi tak apa la kiranya harga dah pakai lama..jadi mama minta sales girl tu tolong carikan gelang tangan yang baru dengan harga gelang lama mama tu...akhirnya dapat juga gelang yang berkenan tapi panjang pula gelangnya...tapi sales girl tu kata boleh dipotong dan harganya akan berkurangan lagi...okaylah mama setuju maka sales girl tu pun buat kerjanya...


Mama dan hubby dok menunggu proses pemotongan dan penyambungan semula gelang tangan tu...makan bertapalah sekejap kami berdua kat depan kedai emas ini...


Sempat snap beberapa keping gambar kedai ni dan barangan yang ada dijual di sini...sambil menunggu kami diberikan air mineral...tekak memang tengah kehausan buka jer dan terus minum...penat juga menunggu proses pemotongan yang sedang dilakukan itu...


Sambil tu servey cincin kawin untuk orang lelaki boleh pakai...ingatkan nanti nak beli cincin kawin anak mama kat sini jer sebab harga yang diberikan memang berpatutan...tengoklah macam mana nanti...kena tanya pengantinnya dulu...


Akhirnya siap juga gelang mama yang baru ini...ambil yang simple saja janji dapat ditukar gelang lama yang dah kemek tu...dapat duit bakinya lagi sebanyak RM12 dari kedai emas tu...


p/s kalau dah menyinggah tu mesti ada saja yang terbekenannya...

LEGOLAND 5TH BRICK-VERSERY | FIRST STEP WATER PARK

September 18, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Happy 5th Brick-Versery Legoland !! and thank you Legoland Malaysia !!
Memang seronok kalau dapat berjimba bersama keluarga atau teman ke Water Park Legoland ini...kebetulan masa pergi hari tu memang dengan teman-teman JDT Blogger tapi tak dapat nak join mereka berjimba bersama semua sebab masing-masing dengan family dan mama tiada cucu atau anak-anak bersama pada hari tu...jadi mama upkan entri seminggu sebelum itu semasa besday boy Darwisy tempohari di mana kami telah berjimba bersama di Water Park Legoland...


Kalau dah masuk ke sini semuanya pasti seronok dan melonjak kegembiraan..masing-masing hilang entah ke mana..pandai mereka cari tempat yang disukai untuk bermandi manda di sini...keseronokan terserlah bila dapat berjimba di Water Park Legoland ini...memang banyak tempat yang menyeronokkan untuk bermandi manda di sini...hanya mama yang tak dapat menerokai kesemuanya bila dah sampai ke sini...kalau ada rezeki lagi dari Legoland bolehlah terjah ke semua tempat dan boleh juga merasai sendiri keseronokan bermandi manda d sini...kalau ada event lagi invite mama yer !!


Mama memang tak dapat nak join bermandi-manda hanya jadi tukang snap gambar jer la kat tepi...atok mandi bersama-sama cucundanya...masa ni cuaca memang tengah panas berdenting ! tengok jer la muka atok dah macam terbakar dek panas matahari...tapi kalau mandi di kawasan ini airnya memang terasa sejuk saja...


Keseronokan si kecik ini bila dapat bermandi manda di sini...semua leka bermandi hinggakan rasa rasa kelaparan dan kepanasan mentari tak diendahkan si kecik ni...mama yang dok di tepi pun dah rasa bahang kepanasan mentari masa ini...tapi terpaksa juga menunggu mereka bersuka ria di sini sepuas-puasnya...


Terima kasih Legoland dan selamat ulang tahun ke 5 tahun...semoga ada rezeki lagi nak berjimba di Legoland Water Park,Legoland Theme Park dan Lego Hotel nanti...semoga kita berjumpa lagi Legoland Resort Malaysia.


HEPI 5TH BRICK-VERSERY LEGOLAND

Entri Berkaitan



p/s kepuasan berjimba bila berada di sini...lepas ni kita ke taman tema pula yer...


RESEPI | IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK REBUNG

September 18, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Hari-hari menu request dari hubby...order jer bini dia ni masakkan makanan kegemarannya...sebenarnya mama pun suka juga menu ni sebab ada rebungnya...jadi tanpa berlengah terus ke dapur memulakan tugas seorang isteri dengan patuhnya...hahahaa patuh la sangat yer...dah tanggungjawab perlulah dilaksanakan dengan baikkan...okala kita tengok resepi mudahnya ni...


Bahan-bahan yang diperlukan...
Isi ikan tenggiri
rebung
asam keping
cili api
kunyit hidup
bawang merah
santan
garam
serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1-Ambil cili padi,bawang merah sebiji dan kunyit hidup blander atau tumbukkan sehingga hancur..
2-Masukkan bahan yang dah diblander tu ke dalam periuk dan letak sedikit air.
3-Masukkan rebung ( rebung ni mama dah rebus terlebih dahulu yer) dan biarkan sebentar.
4-Setelah mendidih masukkan asam keping,garam dan serbuk perasa...kacaukan biar sebati.
5-Akhir sekali masukkan ikan tenggiri ke dalam kuah lemak yang telah mendidih tadi..kacau perlahan-lahan sehingga ikan masak dan tutup api dapurnya.Menu masak lemak ikan tenggiri rebung siap untuk dihidangkan bersama menu yang lain juga..kalau rajin buat sambal belacan dan ikan masin memang sedap...inilah menu yang cepat dan ringkas dari mama..selamat mencuba semua..


TARIKAN BARU DI SHAZ RESORT PULAU TINGGI MERSING

September 18, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

TARIKAN BARU DI SHAZ RESORT PULAU TINGGI, MERSING, JOHOR
Salam 1 malaysia! Pada hari ni 16 September 2017, seekor penyu lipas telah naik untuk bertelur di hadapan pantai chalet Shaz Resort, Pulau Tinggi pada jam 9 pagi.
Butirannya adalah seperti berikut :
Speisis penyu : Penyu lipas
Tarikh & masa bertelur : 16.9.17, 9.30 pagi 
Jangkaan mendarat untuk bertelur semula 15 hari lagi pada : 30.09.17
Jangkaan telur menetas : 27.10.17

Untuk pengetahuan, penyu akan naik ke darat untuk bertelur sebanyak 5 kali dalam semusim pada setiap tahun. Seekor penyu mempunyai lebih 1000 biji telur yg akan di keluarkan setiap tahun. Oleh itu, dijangkakan penyu yang sama akan mendarat lagi utk bertelur pada 30.9.17 kerana penyu akan naik ke darat untuk bertelur setiap 15 hari sekali. Penyu ini dianggarkan bertelur sebanyak 200 biji!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan fenomena penyu bertelur dan menetas ini di pantai Shaz Resort pada 30 SEPTEMBER 2017 & 27 OKTOBER 2017 yaa!
Hubungi 013-776 8811 / 019-776 3788 / 013-728 1188 atau email di shazresortp.tinggi@gmail.com untuk membuat tempahan segera!


JOHOR FUTURE COLOUR FUN RUN 6KM

September 18, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

JOHOR FUTURE COLOUR FUN RUN 6KM

Sempena himpunan Muafakat Belia Johor 2017
24 September 2017
Pendaftaran : 7.00 PG
Bandar Utama Segamat

Open Category
Men & Women
RM30person

Student
RM20 person
13-30 years with student card

Kids
RM10person
Below 12 years (no tshirt)

No akaun bank online : 
CIMB : 7041926458
(Pertubuhan Belia Bersatu Segamat)







GOOD MORNING MONDAY

September 18, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Every Morning,
When we wake up, we have twentr-four brand-new hours to live.
What a precious gift !
We have the capacity to live in a way that these twenty-four hours ill bring peace Joy
and Happiness to ourselves and others.
-Thich Nhat Hanh-

17 September 2017

MINUM PETANG DENGAN ROTI BAKAR HANGUS

September 17, 2017 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Petang-petang ni layan roti bakar dengan planta dan jem memang sedap...mama memang suka kalau bakar roti tu suka sangat garing-garing macam ni...bila makan terasa manis masin dan rangup jer...kalau yang tak garing tu memang tak minat sangat...hubby mama memang dah tahu yang bini dia ni suka sangat makan roti bakar hangus macam ni...

Makan roti sambil menghadap laptop..mulut mengunyah jari merayap kat keyboard...siap juga satu entri roti bakar hangus ni..

p/s nak pi legoland lagi la...