05 August 2017

# review Joy Design Studio

PEMBUKAAN JOY DESIGN STUDIO | PERABOT TREND BARU MASA KINI

ASSALAMUALAIKUM...
Haii korang !! lama mama tak bersiaran jadi sebelum terlupa jom kita mulakan tugas semula dan lakukan perkara wajib yang belum dilaksanakan...


 Pada 29 Julai yang lalu mama dan Herneenazir blogger Johor dan blogger-blogger Kuala Lumpur telah menghadari perasmian satu studio perabot yang sangat awesome
JOY DESIGN STUDIO (JOY) di Johor Bahru...memang menarik hati sangat bila tengok kesemua perabot hiasan yang ada di sini...Joy juga menawarkan pelbagai jenis perabot bercirikan Moden Mid Century dan Scandinavia yang pasti akan dapat memenuhi citarasa semua golongan peminat deko hiasan dalaman..

Memang sangat teruja bila berada di sinii..semua rekaan yang menarik hati.mewah dan paling penting mengikut semua citarasa moden masa kini berada di sini...apa tunggu lagi kawan-kawan jom kita terjah JOY DESIGN STUDIO ni nanti yer...


JOY DESIGN STUDIO ini telah dibuka pada tahun 2014 oleh pengasasnya Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal..Selain di Shah Alam dan ibu pejabatnya di Bangsar Kuala Lumpur ini adalah kedai yang ketiga yang dibuka di Johor Bahru.


Antara barisan orang kuat JOY DESIGN STUDIO...semua kakitangan Joy terdiri dari yang amat terlatih dan memiliki pengalaman dalam Reka Bentuk Dalaman.Kakitangan Joy juga akan memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan yang datang ke sini..Joy juga pernah berkolaborasi bersama syarikat jenama yang lain seperti MimpiKita,KREE,Royale Orchid,Whimsigiri dan banyak lagi.

Joy Design Studio ini mampu menampung pelanggan dari Singapura dan Johor Bahru dan ianya adalah salah satu pintu masuk bagi warga Singapura dan bakal menembusi pasaran antarabangsa.Bilik pameran di Johor adalah yang terbesar setakat ini dan ianya terletak di kawasan yang amat startegik dan berdekatan dengan pusat bandar Johor Bahru.Perabot berkonsepkan minimalist akan mampu memberikan keselesaan dan kemewahan dengan harga yang mampu dimiliki..

Jomlah kita tengok perabot yang menarik di bawah ini satu persatu di showroom Joy ini...pasti kawan-kawan teruja melihat perabot yang terdapat di sini...





















 Turut diperkenalkan juga adalah perniagaan baru JOY ID & CAFE dengan diberi nama CUPPAJOY, Firma Konsultan Rekabentuk Dalaman dan JOY DESIGN & BULDING yang akan beroperasi di Ibu Pejabat di Setia Alam, Shah Alam..Cafe CuppyJoy ini juga akan beroperasi tidak lama lagi dan ianya adalah permis pertama yang memiliki cafenya sendiri.

Jadi semasa kita melihat perabot yang ada di Joy Design Studio ini bolehlah kita berehat santai dan merasa menu yang disediakan di CuppyJoy ini...Di bawah ini adalah di antara menu yang ada di CuppyJoy..









Memang sedap makanan yang dijamukan di sini...mama dan kawan-kawan sempat merasa pelbagai hidangan yang terdapat di sini...


Setelah menjamu selera di CUPPAJOY sesi soal jawab dan penerangan tentang konsep rekaan perabot dan barangan hiasan oleh Encik Shazwan ( Pengurus) Encik Sheikh Azrul ( Director) dan En.Ariff Rijal (Principal Designer) pula..


Akhir sekali sebelum pulang sempat mama bergambar bersama bos merangkap tuan punya 
JOY DESIGN STUDIO EN. SHEIKH AZRUL ini...


Bloggers yang hadir pada hari tersebut bergambar bersama-sama Pengarah dan kakitangan Joy Design Studio.

Pada yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah ke 

JOY DESIGN STUDIO
No.76,Jalan Pertama 1,
Pusat Perdagangan Danga Utama,
81300,Johor Bahru
Johor.

Website : www.joyd.my


2 comments: