ASSALAMUALAIKUM...


Suamiku !! 
Kau antara beribu Allah hadirkan mu buat peneman hidupku
Inginku anugerahkan setiaku buatmu
seumur hidupku
Inilah tanda terima kasihku
Atas segala perkongsian hidup yang tidak pernah berkira
Antara kita...

Allhamdulliah !!
Kata yang akan selalu ku luahkan
Hidup bersama mu untuk sekian lamanya ini
Tiada kata bahasa madah dapatku ucapkan
Hanya rasa indah dan bahagia bersama mu 
suamiku

Alhamdullilah !!
Kau pilihan Allah buatku
Jadi peneman keseluruhan hidupku
Dalam kelembutan mu
Membuat aku menyedari cinta ini hanya untuk mu

Suamiku !!
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih menerima segala kekurangan ku
Kelemahan ku
Kau tutup rapi setiap salah sikapku
Kau tutup bibirmu atas segala kemarahanku
Kerana ingin menjaga hatiku..

Suamiku !!
dari dulu hingga sekarang
hanya doa yang mampu ku iringkan
Yang terbaik buat mu di dunia dan di akhirat 
Kerana aku tahu kau suami mithali buatku
Tiada yang lain lagi buat ku...

Suamiku !!
Di penghujung usia ini
Aku memohon maafkanlah segala kesalahanku
Ku mohon halalkan segala apa jua yang kau berikan padaku
Bukan kerana aku akan meninggalkan mu
Tapi...
 ajal tiada siapa yang menjangka
Kau atau aku yang pergi dijemput Allah dahulu
Inilah tanda cintaku padamu
Ingin sering memohon keredhaan mu
Kerana syurgaku di telapak kaki mu
Wahai suamiku...

Selamat ulang tahun perkahwinan ke 31 tahun sayang
semoga ulangtahun kali ini kebahagian akan terus
berada di setiap lorong hidup kita
berpegang tangan sambil meniti usia kita
sayang abang selalu dalam seumur hidup ini
Kau syurgaku di dunia dan akhirat...

Nukilan rasa dari isterimu...
Normas Mohd Noah

Buat suami tercintaku
Dzolkarnine Hassim..


p/s teringat memori indah...