25 July 2017

JOHOR BAHRU CLASSICAL MUSIC FESTIVAL

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

🗓 27th - 29th July 2017 (Thursday - Saturday) 
⏰ 8.00 PM - 11.00 PM 
📍 Amari Johor Bahru
☎️ 019 - 713 9900 

Buy tickets here (For 27th July) 
http://bit.ly/sans-frontieres 

Buy tickets here (For 28th July) 
http://bit.ly/jazz-rhapsody

Buy tickets here (For 29th July)
bit.ly/journey-west and
bit.ly/a-thai-odyssey

FInd out more on this link,
http://bit.ly/2sQqBqG

Event by Johor Bahru: International Festival City - JBIFC

Follow @johorevent on Instagram & Twitter for the latest update of event around Johor

#JohorEventJuly #JBIFC

PAMERAN PENGANTIN JOHOR

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Pameran Pengantin Johor 2017
🗓 8 - 17 September 2017 
 10.00 Pagi - 10.00 Malam 
📍Plaza Angsana Johor Bahru 
☎️ 07 - 238 6879 / 012 - 703 3455

Instagram [@jzi_event]

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor
#JohorEventSept #PameranPengantinJohor

ISTIMEWA UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Assalamualaikum wbt.
Berita gembira buat bakal jemaah haji 2017..
Dania Optometry ingin berkongsi kegembiraan tuan/puan sekalian.
Jemput hadir ke Dania Optometry kerana kami ingin menghadiahkan cenderahati untuk anda bawa bersama ke tanah suci nanti...
Tnc : Bawa bersama salinan surat tawaran semasa proses menebus hadiah. 👀
Selamat menunaikan rukun islam ke-5 dari kami Team Dania Optometry. Didoakan anda mendapat haji yang mabrur. Aminn.
# Dania Optometry saujana utama, sg buloh 
(03-6038 3587) / (019-708 2632)

# Dania Optometry, Mersing
(07-799 3587) / (011-1029 3587)



TEKSI PENUH DUIT

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

TEKSI PENUH DENGAN DUIT..
Agak agak kalau ada jenis tangan yang 'gatal'.. berapa lama duit abang teksi ni boleh bertahan lama?
Lokasi : Teksi di Langkawi





p/s boleh cari kalau ke Langkawi...


ROYAL WEDDING CEREMONY

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

TUNKU TUN AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH SULTAN IBRAHIM & DUTCHMAN DENNIS MUHAMMAD ABDULLAH
JOHOR BHARU: The Johor Royal Press Office has released the first official photographs of Johor princess Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim and Dutchman Dennis Muhammad Abdullah, ahead of their wedding on Aug 14.
The pictures taken last week showed Tunku Tun Aminah and Dennis Muhammad in traditional Malay attire and casual wear at Istana Bukit Serene here.
Their wedding was announced on July 15.
The betrothal ceremony will be held at 10am on Aug 14 at Istana Bukit Serene, while the bersanding ceremony will be held at 8pm on the same day at the throne room of Istana Besar.
Tunku Tun Aminah, who was born on April 8, 1986, is the second of six siblings and the only daughter of Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar and Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Her soon-to-be husband was born as Dennis Verbaas on May 1, 1989, in Lisse, a town near Amsterdam, the Netherlands.
By Ahmad Fairuz Othman
July 23, 2017 @ 12:01am
Ahmad Fairuz Othman

JENJALAN DI MEDINI MALL

July 25, 2017 0 Comments
ASSAAMUALAIKUM...
Bila jenjalan ke Medini Mall seronok pula tengok ada stage rumah kampung macam ni...semacam betul-betul berada di kampung pula...jarang sekarang ni ada rumah di kampung yang masih menggunakan atap nipah macam ni..di kampung sekarang ni dah banyak berubah rumahnya...semuanya dah bertukar ke rumah batu..nak cari pun sekarang ni memang jarag-jarang jumpa...


Jom kita balik beraya...raya puasa dah habis pula..tak apa raya haji ada lagi bolehlah kita balik kampung kan...


Sempat posing berdua dengan hubby kat sini...ambil aura kampung sekejap buat ianya terasa berada kat kampung dulu-dulu...seronoknya kalau ada rumah kampung yang macam ni lagi...hendak pula rumah ni berada di tepi sawah padi dengan deruan angin sepoi bahasa memang seronok la rasanya...


Welfie sesama...


Bila dah ke sini mesti terus masuk Legoland sekejap..ambil gambar,snap satu dua gambar pastu bolehlah keluar semula....lain kali boleh datang lagi...


Sempat bergambar dengan MR.CHEF ni...


p/s minggu ni nak pi legoland lagi la...

PROSES CUCI RUMAH DULU SEBELUM PINDAH

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Ikut sekali melihat anak mama membasuh rumah barunya...nak tolong lebih-lebih memang tak mampulah grandma dan atok ni...tolong jiruskan air mana yang boleh..itu pun guna getah panjang..kalau setakat angkat air dalam baldi memang grandma tak larat la...


menantu dan anak mama yang banyak melakukan semuanya dari atas hinggalah ke bawah...


Ini budak tukang sibuk jer...nak main air memang nombor satu...


Grandma tolong sikit-sikit jer yer Darwisy ! lebih-lebih kang semuanya  dah longgor...jadi Darwisy tolong mama dan papa cuci rumah baru Darwisy yer...


Siap juga mencuci satu rumah hingga ke ruang luar hadapan...


Proses untuk mengeringkan air...Darwisy pun sibuk sekali..


Alhamdullilah ! siap juga akhirnya proses membersihkan rumah baru Darwisy ni...


Bilik utama di tingkat atas...


Ruang dapur..


Dia lagi ! sibuk jer bila grandma nak snap gambar..

p/s lepas ni proses mengangkat barang sedikit..

Entri berkaitan


PROJEK SUSUN SEMULA

July 25, 2017 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...


Alang-alang anak mama dah dok mengemas barang- barang untuk berpindah mama pun ambil kesempatan susun atur semula dapur mama ni..setelah anak mama mengeluarkan barangan dia kat dapur ni maka sesi perubahan baru perlu dilakukan...


Masih bersepah lagi ruang dapur mama ni...cari ilham nak letak kat mana pula...anak yang nak berpindah rumah mama pun sibuk nak susun atur semula...kalau dibiarkan lagi sakit mata memandangnya..


Hubby sibuk membetulkan kabinet yang dah terbuka ini...nak kena tambah skrew supaya almari ni lebih tegap...nak susun barangan dapur dalam kabinet ni nanti...

p/s memang letih kalau proses berpindah ni...

MUTIARA KATA #101

July 25, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Hikmah mengingati mati
-Menimbulkan rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah swt dan
meninggalkan segala larangan,
(Bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.

-Timbul rasa kasih sayang serta mahabbah sesama manusia,khususnya keluarga,jiran dan masyarakat setempat.

-Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.


24 July 2017

JUMPA BLOGGER MAR DI LEGOLAND

July 24, 2017 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Cerita dah diperam lama tapi tidak juga dipostkan...klik draf banyak juga yang terlepas pandang...hari ni kita postkan satu-satu entrinya...entri untuk kali ini mama dapat berjumpa dengan blogger Mar Mansor (jnjikita.blogspot.com) di Legoland...sempat posing kejap dengan Mar...


Mar dan family...

p/s seronok tengok kekawan hepi bersama family...


RUMAH KAPAL KARAM

July 24, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Selagi tak siap pemasangan meja makan mama ni ! rumah mama pun dah jadi kapal karam gayanya...semuanya masih tak boleh disusun lagi...nak susun kena semuanya beres dulu baru boleh susun dengan senang hati...


Tapi memang pening dan sakit kepala dibuatnya bila tengok rumah mama berkeadaan macam ni...barang anak untuk berpindah pun masih belum diangkat lagi ke rumah barunya...dah lagi berserabut melihatnya...


baru siap 4 pemasangan kerusi makan mama ni...nak kena tunggu dulu sehingga siap semua pemasangan dengan mejanya sekali....tunggu entrinya bila mama dan hubby siap memasangannya yer....

p/s sakit mata bila tengok rumah berselerak mcm ni..

DAPAT JUGA HAND DRILL YANG BARU

July 24, 2017 5 Comments
AASSALAMUALAIKUM...

Disebabkan nak memasang kerusi makan mama yang baru akhirnya terpaksa juga beli drill skrew yang baru...yang lama ni boleh digunakan lagi tapi agak slow sedikit sebab kena cas dahulu...sekejap guna jer dah slow baterinya...jadi kali ni beli yang guna karen terus lebih mudah...plug in jer terus boleh guna...


Agak lambat nak buat kerja memasang hubby terus pergi beli jee drill yang baru kat kedai hardware...ni dia senang buat kerja memasang kerusi tu...

p/s semuanya nak mudah dan senang...

TERKENA JUGA MAMA | PENGAJARAN UNTUK MAMA

July 24, 2017 12 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Bila tengok balik gambar kat web lazada ni terasa macam tertipu pun ada tapi bila difikirkan semula mungkin silap mama juga sebab pandang pada gambar saja tanpa melihat detailnya terlebih dahulu...pengajaran buat diri sendiri dan juga kawan-kawan semua...kalau nak bersoping tu berhati-hatilah dengan paparan gambar yang diletakkan...kali ini bila dah terkena barulah tersedar diri sekejap...lihatlah grandma akibatnya ni ! terlalu kemaruk sangat nak bershopping guna voucher lazada tu..nak cari meja makan 8 set akhirnya dapat 6 set juga...tak apalah mungkin ada hikmahnya...


Bila tengok gambarnya ada 8 kerusi tapi sebenarnya hanya 6 kerusi saja...nak salahkan sesiapa pun tak ada gunanya lagi ! jadi redha jer la apa yang diperolehi ini...



p/s tetap jadi pengajaran bila nak shopping online..

SINGGAH SEBENTAR SAJA

July 24, 2017 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Haii korang...cerita 2 hari lepas selepas balik dari review makan-makan kat Ejohng Concept...terima kasih kat team JDT Blogger sebab sudi hadir ke rumah mama..kesian kat Mia,Hernee dan Dilah datang ke rumah mama sekejap saja tanpa dapat makan dan minum...next time datang lagi yer mama buat makan-makan sikit dan mama masakkan asam pedas ikan mayong untuk semua..


Posing memang tak boleh dilupakan bagi kami..wefie la kita bersama-sama yer... 


sempat juga cucu grandma ni menyelit nak bergambar bersama..pada kawan-kawan yang sudi jomlah singgah ke blog JDT Blogger ni yer klik jer nama mereka

p/s nanti kita gathering lagi yer..


GOOD MORNING MONDAY

July 24, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

MONDAY MORNING AFFIRMATIONS
I CHOOSE TO HAVE AN AWESOME WEEK...
I CHOOSE TO LOVE WITH AN EXPANDED HEART
I CHOOSE TO EMBRACE MY STRENGTH WITHIN
I CHOOSE TO WORK WITH A FOCUSED MIND
I CHOOSE TO BE THANKFUL FOR ALL I HAVE
I CHOOSE TO WORK WITH GOD TO CREATE THE LIFE THAT I DESIRE.


23 July 2017

MAKAN MALAM | JOHNNY RESTAURANT

July 23, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Cerita 2 malam lepas..anak mama yang bongsu belanja mak dan ayahnya ni makan di Johnny Restaurant..sesekali dapat makan kat luar memang seronoklah mama ni...tak payah nak fikir nak masak menu apa....jom kita makan-makan...


Kami ambil satu set steamboat untuk 2 orang jer...itu pun dah cukup banyak...


Tengoklah set untuk 2 orang pun dah penuh satu meja...


Sesekali dapat makan steamboat memang sedap...teringat masa mama buat steamboat sendiri kat rumah...nak tahu ceritanya bolehlah kawan-kawan ke SINI dan SINI..


sedapnya tengok steamboat ni...


Jom makan steamboat kekawan semua...


Si tukang belanja makan steamboat malam ni..


Grandma dan grandpa seronok dapat makan free...


Licin semuanya...memang kekenyangan perut mama malam ni..
"Ahamdullilah semoga Allah melipat gandakan rezeki anak-anakku..."

p/s puas hati makan malam ni...