HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Saturday, June 24, 2017

GOOD MORNING SATURDAY

ASSALAMUALAIKUM...

HAPPY SATURDAY GOOD MORNING
IF YOU CANNOT FIND THE RIGHT WORDS FOR THE CERTAIN SITUATION JUST GIVE A SMILE.WORDS MAY CONFUSE,BUT A SMILE ALWAYS CONVINCES!!

Friday, June 23, 2017

MOTIVATION WORD #78

ASSALAMUALAIKUM...

EVERYONE WANTS,
HAPPINESS.
NO ONE WANTS 
PAIN.
BUT YOU CAN'T HAVE A RAINBOW,
WITHOUT A LITTLE
RAIN.

MUTIARA KATA #78

ASSALAMUALAIKUM...

ASSALAMUALAIKUM..
"BILA MENTARI MUNCUL,HARI YANG BARU
AKAN MENJADI SAKSI AMALAN KITA.
BILA TERBENAM MENTARI 
IA AKAN PERGI TAKKAN KEMBALI SEHINGGA TIBA HARI KIAMAT."
(IMAM HASSAN AL-BASRI)
SELAMAT PAGI...

GOOD MORNING FRIDAY

ASSALAMUALAIKUM...

GOOD MORNING,GIVE SOMEONE YOU LOVE A HUG AND 
TELL THEM YOU LOVE THEM
BECAUSE THEY MIGHT JUST NEED IT THIS MORNING.
HAPPY FRIDAY.

Thursday, June 22, 2017

IFFTAR RAMADHAN 27

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni memang tak lalu sangat nak snap gambar...anak yang memasak menu ifftar petang tadi..mama memang dah tak tahan menanggung kesakitan perut biasalah dah hujung bulan ni bercutilah jawabnya...bila dah senggugut macam ni memang terus baring dan berehat jer..lebih-lebih lagi dah beraya awal ni memang tak ada mood nak snap gambar menu ifftar hanya sempat ambil gambar kuih ni jer la tadi...


p/s okaylah kawan-kawan mama nak berehat yer...

MOTIVATION WORD #77

ASSALAMUALAIKUM....

WITHOUT DEATH,LIFE WOULD GO LARGELY UNAPPRECIATED.
LIFE IS A BLESSING, DEATH IT'S PRESERVATION.
LIFE FOR EVERY WAKING MOMENT.


BALIK KAMPUNG BERSAMA LAZADA HATI GIRANG

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ini mama ingin mencuba lagi contest dari Lazada untuk minggu yang terakhir..mana tahu ada rezeki sebab hari ini adalah hari kelahiran mama mana tahu boleh menang..seronoknya kalau menang dan berjaya dalam contest terakhir ini...boleh la mama shopping sakan membeli hadiah hari lahir kat Lazada nanti...Apa lagi korang jomlah kita join contest Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest ini mana tahu rezeki raya nanti...boleh rujuk syarat-syarat di SINI yer..

Theme : Travelling Back Home

Contest period : 16 June 2017 - 30 June 2017
Title of article : Any title related to the Article

a-Where do you celebrate Raya this year?
Pada mama beraya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lepas juga..mesti beraya di kampung dahulu walaupun sudah ketiadaan ayah tapi kami tetap kena beraya dengan emak di kampung.Kampung mama tidaklah jauh sangat dari tempat tinggal mama sekarang...Orang kata sekangkang kera jer la nak balik ke kampung tapi kalau jammed terasa juga jauhnya.Kampung mama hanya di Majidee Johor Bahru saja.Adik beradik semuanya ada tinggal di sini jadi tak susahlah nanti hendak pergi beraya ke rumah mereka semua. 

b-List down your "balik kampung" essentials.
Untuk balik kampung banyak juga barang keperluan yang perlu dibawa dan perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung...Biasalah kalau dah ramai adik-beradik semua keperluan anak perlu difikirkan.Walaupun dekat tetap kena juga bawa serba sedikit untuk keperluan semasa berada di kampung nanti..Okaylah mama cuba listkan barang apa yang perlu dibawa dan perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung nanti...

1-Baju dan pakaian (Sendiri)
Ini memang perlu untuk dibawa lebih-lebih lagi dalam musim raya ini.Bagi mama pakaian mama dan hubby mama yang sediakan manakala anak masing-masing lebih suka bawa beg sendiri.Anak-anak mama dah besar jadi semua keperluan mereka yang aturkan sendiri.List barang yang perlu dibawa..
-Baju raya
-Kasut raya 
-Hand bag
-Tudung lip lap 
-Pakaian basahan
-Kamera / gadjet yang lain /Chager
-Berus gigi
-Tuala
-Bahan-bahan makeup (kang tak berseri pula)

2-Kuih / Biskut Raya
Kalau mama buat biskut kenalah buat untuk emak sekali kiranya macam buah tangan untuk mak di hari raya..Bawakanlah serba sedikit untuk mak buat menjamu saudara mara yang akan datang berkunjung ke rumah di hari raya nanti.

3-Duit Raya
Yang ini memang penting bila ada saudara mara berkunjung duit raya pasti akan jadi tumpuan utama untuk anak saudara,sepupu sepapat atau jiran-jiran yang datang berkunjung ke rumah...Lagi satu asingkan duit raya mengikut siapa yang perlu di berikan..tandakan pada setiap angpow yang perlu.
-Anak-anak
-Isteri
-Ibubapa
-Anak saudara
-Anak jiran yang berkunjung

4-Pampers/ Baju Anak Kecil
Bagi yang ada anak kecil keperluan mereka memang perlu disiapkan semuanya supaya nanti bila berada di kampung tiada yang kekurangan.
-Pampers
-Susu
-Mandian bayi
-Baju yang perlu
-Bekalan ubat / termometer
-Berus gigi
-Mainan yang perlu
-Bantal anak / bantal busuk
-Bekas makanan
-Ubatan memang perlu bawa mana tahu cuaca yang tak menentu membuat anak kita deman atau sakit.Kiranya kesemua keperluan anak kecil ni memang amat penting sekali.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

5-Servis Kereta / Cuci Kereta
Pastikan kereta kita berada di dalam keadaan yang baik.Servis kereta terlebih dahulu cek bateri,air,air-cond,tayar,brek dan apa jua yang perlu untuk memudahkan perjalanan kita nanti.Setelah siap kereta perlu juga dicuci supaya ianya berada di dalam keadaan yang bersih juga..

6-Kunci Pintu / Tutup Dapur Gas / Buang Sampah
Sebelum bertolak pastikan suis dan lampu di rumah di tutup..Bukakan satu lampu di luar rumah untuk keselamatan.Pastikan juga kepala dapur gas ditanggalkan terlebih dahulu dan buangkan sampah juga.Kalau ada jiran yang berlainan agama dan ada dirumah minta tolong tengok-tengokkan keadaan rumah kita..Itulah pentingnya kalau kita berbaik dengan jiran tertangga..

7-Berhati-hati Semasa Dalam Perjalanan
Penting dan perlu diingatkan pada kawan-kawan ikutlah masa dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak PLUS untuk mengelakkan kita menempuh perjalanan dalam jammed nanti...Kalau ikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan perjalanan balik ke kampung akan berjalan dengan lancar dan kita akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

c-What would you like to buy on Lazada's platform to bring along for "balik kampung"


RM 299.00

Pertama sekali benda yang paling penting bila hendak pulang kekampung..memang perlu beli beg luggage 3 In 1 ABS Travel Luggage (Hello Kitty Love) ini...senang bila hendak pulang ke mana-mana atau pulang ke kampung..boleh asingkan pakaian untuk anak-anak dan diri kita sendiri dengan beg luggage ini.Terdapat dalam 2 saiz yang berbeza dan 1 beg yang kecil itu untuk barang-barang make-up atau benda penting yang lain-lain juga..dan yang paling pentingnya pilihan warna mama mestilah yang berwarna pink..


RM 282.00

Nak juga mencuba gunakan kamera Cam Dual Screen ni...senang bila berada di kampung boleh rakam gambar dan video dengan kamera ini...At least perkara-perkara menarik semasa dalam perjalanan dan semasa berada di kampung halaman pada hari raya nanti boleh dirakam dan ianya akan jadi memori pada kita, keluarga dan anak-anak kita nanti...sebenarnya nak cari warna pink juga tapi dah kehabisan stok pula jadi warni ni pun okay juga la...



RM 36.50

Lagi satu yang perlu ada dalam simpanan untuk di bawa balik ke kampung adalah Pendrive Usb ini...banyak kegunaannya nanti bila gambar dah penuh di hand phone atau kamera bolehlah ditransferkan ke pen drive ini...memori telefon pun jadi laju tanpa gambar-gambar yang banyak ada di dalamnya..Itulah barang-barang yang perlu mama beli dari Lazada nanti untuk dibawa pulang pada hari raya nanti...



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini LAZADA MALAYSIA telah melancarkan MARHABAN YA RAMADHAN BY LAZADA dan RIANG RIA RAYA (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dari 19 Mei sehingga 30 June 2017.Jadi jangan ketinggalan dan melepaskan peluang membeli belah di Lazada untuk penjimatan di musim perayaan ini.
SELAMAT HARI RAYA LAZADA..!!


TODAY IS MY BIRTHDAY !!

ASSALAMUALAIKUM...

Hepi besday to me..!!
When me celebrate my birthday,i want to get tremendous happiness.
However, the next day my should be aware because my age increases, so me have to be more thoughtful than a year ago.

Alhamdullilah aku bersyukur Ya Allah Kau panjangkan usiaku hingga ke hari ini...semoga aku diberi keberkatan dibawah perlindungan MU...di saat usiaku ini aku berharap menjadi seorang insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya...Ya Allah Kau berikanlah kesihatan yang baik padaku,Kau berikanlah aku kesabaran,kekuatan ketika aku merasa lelah dalam menghadapi cobaan yang Engkau berikan...Aamiin...





HAPPY BORNDAY TO ME !!!




AWESOME PEOPLE ARE BORN IN JUNE

ASSALAMUALAIKUM...

AWESOME PEOPLE ARE BORN IN JUNE

p/s bulan kelahiran...

GOOD MORNING THURSDAY

ASSALAMUALAIKUM...

GOOD MORNING HAPPY THURSDAY !!
MAKE THE MOST OF THIS DAY !
LAUGH LOVE READ,LIVE,LOVE,LEARN 
PLAY DREAM JUST BE HAPPY
LIVE EVERY MOMENT.

Wednesday, June 21, 2017

IFFTAR RAMADHAN 26

ASSALAMUALAIKUM....
Menu ifftar mama tadi...semakin hari semakin menuju ke penghujung ramadhan....iftar ramadhan ke 26...hanya 3 atau 4 hari kita semua akan menyambut bulan syawal pula...kita pasti akan rasa sangat kehilangan ramadhan nanti...in sha Allah jika usia panjang kita akan bertemu lagi di tahun hadapan...


Menu simple ifftar mama hari ini... Ikan goreng masak lemak bernenas...


kerang goreng bercili..request anak kedua mama...memang suka sangat makan kerang..jadi hari ini bagi dia duduk dapur pegang sudip masak sendiri menu kegemarannya hari ini..



Tak tahu nak cakap apa ni ek...


Murtabak...


hubby beli kuih muih lagi sedangkan anak mama ada buat popiah sardin...


Popiah sardin ...

p/s alhamdullilah selesai ramadhan ke 26...


ANTARA LOKASI TERBARU YANG KINI SUDAH DITEMPATKAN KAMERÀ AES

ASSALAMUALAIKUM..

ANTARA LOKASI TERBARU YANG KINI SUDAH DITEMPATKAN KAMERÀ AES

1-KM17 GUA MUSANG - KUALA KRAI
Antara persimpangan Limau Kasturi dan RnR Rantau Manis (RnR Lama)

2-KM256,1 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2(PERASING :KUALA TRENGGANU KUANTAN)
Selepas RnR Perasing arah Jabor.

3-KM146.8 LEBUHRAYA PLUS 
Pagoh arah ke selatan.

4-KM96.3 LEBUHRAYA PLUS
(Kuala Muda-Gurun- Sg Lalang)

5-KM151.4 LEBUHRAYA PLUS
Selepas RnR Pagoh arah utara

6-KM299.9 LEBUHRAYA PLUS
Gua tempurung arah utara.

7-KM288.6 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR  2
(Chukai :Kuantan -K.Terengganu
Selepas susur exit Chukai arah Dungun


10 JUTA BEG PLASTIK BOLEH URAI UNTUK PENGGUNA DI JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...

10 Juta Beg Plastik Boleh Urai Untuk Pengguna Di Johor
JOHOR BAHRU - Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor (J-Biotech) akan menyediakan 10 juta beg plastik boleh urai untuk pengguna di negeri ini bermula Ogos, bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan beg plastik biasa dan bahan polisterina.
Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech Asman Shah Abdul Rahman berkata beg plastik boleh urai terbabit akan dibekalkan tanpa kos tambahan kepada pengguna menerusi pihak berkuasa tempatan, pasar raya utama dan pengilang di seluruh negeri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media dan prapelancaran BBJ di sini malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat.
Asman Shah berkata pihaknya turut menyediakan beberapa insentif menarik seperti hadiah dan baucar makanan bagi menggalakkan pengguna mengitar semula barangan di kiosk pengumpulan dan pusat kitar semula yang akan ditubuhkan.
((BERNAMA))


MUTIARA KATA #77

ASSALAMUALAIKUM...

WHEN LIFE IS SWEET,
SAY THANK YOU AND CELEBRATE,
AND WHEN LIFE IS BITTER,
SAY THANK YOU AND GROW.

ALHAMDULLILAH MENANG GIVEAWAY ABAM KIE

ASSALAMUALAIKUM....
Alhamdullilah ! tak sangka mama berjaya dalam giveaway yang dianjurkan oleh blogger Abam Kie nak tahu boleh cerita boleh tekan sini..seronokkan kalau join segmen dari kawan-kawan alam maya ni..kalau berjaya alhamdullilah kalau tak berjaya pun dapat juga kenal lebih ramai kawan alam maya ini...


Hadiah yang mama akan perolehi nanti adalah stokin tangan dan stokin Silvy dari pihak sponsor Jiakreatifelt... terima kasih untuk Abam Kie dan sponsor Jiakreatifelt...


MOTIVATION WORD # 76

ASSALAMUALAIKUM...

HAPPY WEDNESDAY
TODAY CHOOSE TO DANCE TO THE RHYTHM OF YOUR OWN HEART...
GO WITH THE EBB AND FLOW OF YOUR SOUL...
SHINE BRIGHT,SHARE YOUR LIGHT AND LET YOUR SPIRIT SOAR!

GOOD MORNING WEDNESDAY

ASSALAMUALAIKUM...

MAY YOUR WEDNESDAY 
BE A GARDEN OF WONDERFUL BLESSINGS & YOUR LIFE BLOSSOM WITH EVERY DREAM AND WISHES THAT IS CLOSE TO YOUR HEART...
KEEP SAFE ALWAYS...

Tuesday, June 20, 2017

IFFTAR RAMADHAN 25

ASSALAMUALAIKUM...
Ifftar ramadhan ke 25 mama...tiada menu yang istimewa hanya menu biasa saja...anak mama request menu kari ikan hari ini jadi masakkanlah juga...alhamdullilah selesai berifftar tadi...hari ni rasa letih sangat sebab semalam terlajak bersahur...tapi dahaga air saja nak makan rasa kurang sikit...


Menu utama hari ini Kari kepala ikan tongkol...


Ada baki separuh lagi sayur peria ni jadi mama goreng bercili jer...


Anak mama belikan pizza petang tadi jadi tak adalah kuih muih...berseleralah kami sekeluarga berifftar tadi...selesai ifftar kami hari yang ke 25...


p/s jangan esok terlajak sahur lagi sudah...

BUAH NENAS DALAM GROUP WHATSAPP

ASSALAMUALAIKUM...
Aduh !! budak-budak sekarang ni nak beli nenas sebiji pun nak tanya mak ayah dalam group whatsapp family...buat lawak jer la anak-anak mama ni...semakin moden dunia it sekarang ni....tapi elok juga bertanya dari tak tahu kan...bila dah bertanya perkara tu akan jadi lebih senang dan mudah....mak-mak kita dulu pun ada cakap jangan malu bertanya nanti sesat jalan...betul sangatla kata peribahasa orang dulu-dulu ni...tak kisahlah anak-anak janji perkara yang dilakukan itu betul dan benarnya...nasib la kenal mana satu buah nenas tu kalau hantar whatsapp tanya buah nenas yang mana satu memang nak kena cubit-cubit jer bila sampai rumah...


Dah ambil nenas tu pun masih nak tunjuk dan tanya okay ke tak...okay jer la anak-anak janji buah nenas....

p/s anak-anak ni kekadang bila teringat memang nak ketawa dibuatnya...

DEKO RUMAH MEMANG TAK PERNAH HABIS

ASSALAMUALAIKUM...
Deko lagi..? Ada saja yang tak cukupnya grandma ni ! selagi tak raya ada jer benda yang nak ditambahnya...mama apa lagi yang kurangnya tu...! Cukup ! cukup la tu grandma...tak kisah la apa orang nak cakap janji hati sendiri puas kita pun tak kacau orang lain just tepek gambar kat blog..korang jangan marah yer asyik deko raya jer mama ni..jangan marah nanti cepat tua ! yer dak..kalau suka layankan kalau tak suka tak apa...





p/s selagi tak raya ada jer yang kurangnya...




TAHNIAH BUAT ANAKANDA BONGSU KU

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah ! selesai juga sesi pembelajaran anakandaku di Kolej Yayasan Pelajaran Johor...Baru dapat keputusan untuk sem akhir beliau...ini jer la keputusan yang termampu dilakukan oleh anakanda mama...bersyukur juga selepas habis belajar jer dah dapat bekerja di Hotel Lego Legoland Malaysia...sentiasa menadah tangan memohon mendoakan anak-anak mama agar sentiasa berjaya di dunia dan diakhirat juga..


p/s lega semua anak-anak dah ada kerjaya sendiri...

MOTIVATION WORD #75

ASSALAMUALAIKUM...

WHEN YOU ARE HAVING DIFFICULTY WITH SOMETHING,
 INSTEAD OF MOANING AND GETTING DEPRESSED,
JUST RAISE YOUR HANDS AND MAKE DUAA.

p/s don't give up...


MUTIARA KATA #76

ASSALAMUALAIKUM...

JANGAN TINGGALKAN DIA YANG BAIK
DEMI MENCARI YANG LEBIH BAIK..

Apabila seseorang itu MENYAKITI kamu, 
BERDOALAH kepada ALLAH agar kamu
 tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain.

DURIAN VIRAL HJ RAZAK

ASSALAMUALAIKUM...

Siapa yang ingat lagi durian viral tahun lepas? Durian Viral Hj Razak viral kini kembali dengan harga tiptop punya. Selamat makan durian semua!
🗓 19 Jun - 23 Jun 2017 
🗓 Akan dibuka semula pada Raya Ke-8 
 12.00 PM - 11.00 Malam (Setiap Hari) 
📍 Jalan Harmoni 3, Kangkar Pulai, 81110 Johor Bahru (Kedai warna peach) 
☎️ 013 - 766 6166 (Hj Razak) / 017 - 825 8828 (Tempahan)

✔️ Nak datang beli malam pun boleh 
✔️ Makan dekat situ pun boleh 
✔️ Buah yang rosak/masam akan digantikan 
✔️ TIada servis delivery

Harga, 
Durian Kampung, 
RM10 - RM15/kg

Durian (Buat Kuih seperti Serawa, Gula Durian, Tempoyak),
RM5/kg

NOTA : Tiada servis delivery