11 May 2017

# resepi masakan

RESEPI SIMPLE IKAN BILIS GORENG BERMINYAK

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak semuanya deman dan tekak tak sedap ada saja menu yang sangat simple keluar dari mulut anak-anak...layankan jer la...menu lagi simple tu la yang buat selera makan bertambah-tambah jadinya..yang demam sikit jer makannya yang tak sakit yang berlebih-lebih...jom la kita tengok resepi simple ini...

Bahan-bahannya...
ikan bilis
hirisan bawang merah
hirisan cili api dan cili merah
hirisan bawang putih
minyak untuk menggoreng
kicap
garam dan serbuk perasa

Cara memasak...
1-Kopek ikan bilis basuh dan toskan..kalau ikan bilis kecil tak perlulah dikopek yee..
2-Ambil bawang merah,bawang putih,cili padi dan cili merah.Hiriskan kesemuanya..
3-Panaskan minyak ke dalam kuali dan gorengkan ikan bilis tadi sehingga garing.
4-Setelah ikan bilis garing tepikan sebentar..masukkan bahan-bahan hirisan tadi ke.dalam minyak..goreng sekejap bahan-bahan tadi dan gaulkan sekali dengan ikan bilis..balik-balikkan sebentar tambah garam,serbuk perasa dan kicap..gaulkan rata kesemuanya dan tutup api.
5-Menu simple siap untuk dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan nasi panas..Kalau suka boleh juga dimakan dengan bubur nasi yer...selamat mencuba yer...


p/s tak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma...resepi mudah ni elok untuk bersahur nanti..


2 comments: