HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Tuesday, April 4, 2017

TANAMAN TERAPI MINDA

ASSALAMUALAIKUM...

Terapi minda mama di waktu pagi...seronok bila tengok tanaman membesar dengan jayanya dan mengeluarkan hasilnya..pokok ulam pegaga ni pun dah semakin membesar...dah boleh buat ulam ni...


pokok pucuk manis mama ni pun dah mula bercambah..ingat nak tanam lagi batang pokok pucuk manis ni...kalau banyak lagi seronok juga dapat banyak bila dipetik hasilnya nanti..


tanam daun sup ni dari akar jer...kalau beli daun sup akarnya jangan dibuang tapi letakkan dalam air dan lepas tu boleh ditanam...cepat besarnya kalau dari biji benih memang lambat keluarkan hasil...


Pokok limau kasturi ni pun sudah mula mengeluarkan hasilnya...dah keluar buah..boleh juga guna untuk buat sambal belacan..


pokok nenas madu...nenas ni lambat sikitlah nak rasa hasilnya...tapi tetap ditunggu juga...


semaian pokok betik...jenuh juga nak tunggu hasil pokok betik ni...masih awal lagi...semoga pokok betik ini akan terus membesar dan mengeluarkan hasilnya nanti...


Tanam daun bawang dengan bawang yang dah mengeluarkan tunasnya...letak jer kat tanah..semoga pokok daun bawang ni dapat membesar dengan jayanya juga...lebih cepat besarnya kalau tanam bawang yang sudah mengeluarkan tunas ni...

Entri berkaitan kalau nak tahu...

p/s tenang jiwa dengan terapi minda pagi ni...


5 comments: