ASSALAMUALAIKUM....

Rebus asam ikan tongkol bernenas menu berbuka puasa ganti mama hari ini..simple dan sedap...boleh hirup kuahnya juga...pada korang yang suka menu simple dan senang bolehlah masak menu ni..tanpa minyak kurang kolestrol ! hanya direbuskan saja memang cukup mudah...jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya...
Ikan tongkol / ikan lain pun boleh
cili kisar (bawang merah,bawang putih,belacan)
asam jawa
nenas, garam
serbuk perasa,sedikit serbuk kunyit

Cara memasak..
1-Bersihkan ikan dan rendamkan dalam air asam jawa...tepikan sebentar.
2-Ambil cili kisar masukkan ke dalam periuk dan masukkan air asam jawa ke dalamnya..
3-Biarkan mendidih sekejap selepas tu masukkan ikan yang sudah direndam tadi..letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
4-Akhir sekali masukkan nenas ke dalam kuah asam rebus ini..biarkan didih sebentar..menu simple ini siap untuk dihidangkan bersama sambal belacan dan menu yang lain juga...
selamat mencuba korang..

Nak tahu entri yang berkaitan

p/s tinggal 3 hari lagi puasa ganti...