ASSALAMUALAIKUM...

Berakhir juga program yang dianjurkan oleh team JDT Blogger ni...alhamdullilah selesai juga setelah sebulan membuat segala persiapan..Tahniah buat semua team JDT Blogger yang bersusah payah untuk menjayakan program ini...walaupun dalam masa yang singkat tapi dapat juga mengumpulkan semua sumbangan yang diberikan untuk anak-anak yatim ini..juga dapat memberikan sepenuh tanggungjawab dalam program Kasih ini...

sorry Herneenazir mama share gambar ni yer..

Sebelum sesi post mortem bermula...sempat juga kami bergambar bersama-sama...
sesi ini dijalankan untuk mencari semua kelemahan yang kita lakukan ketika sebelum dan semasa program dijalankan...bukan untuk mencari kesalahan sesiapa tapi hanya sekadar untuk peringatan buat semua team untuk program yang akan datang nanti In sha Allah...



Banyaklah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam post mortem ini...semoga dengan adanya post mortem kali ini seluruh team JDT Blogger akan lebih bersemangat dan lebih memahami apa yang perlu dilakukan untuk program seterusnya...In sha Allah..


Akhir sekali sesi bergambar untuk team JDT Blogger semua...tapi tak kesemua ahli yang dapat hadir semasa program kali ini...In sha Allah program akan datang mungkin kesemua ahli dapat juga menghadirkan diri nanti...akhir kata diucapkan semoga semua team JDT akan terus maju jaya yer...

Yang buruk datang dari kita 
yang baik hanya datang dari Allah jua...

Entri berkaitan PKAYIK


p/s seronok dpt menjoinkan diri dalam team ni...