JIRAN TETANGGA

Thursday, March 9, 2017

RESEPI KIMCHI MUDAH GRANDMA

ASSALAMUALAIKUM....
Haiii semua...cepatnya masa berlalu..dah hari Khamis hari ini..hari ni cucu asuhan grandma bercuti sebab demam jadi hari ni bolehlah grandma buat entri ini...mesti ramai yang suka makan makanan Korea ni...jadi pada yang suka bolehlah mama sharekan resepi membuat kimchii dengan cara mudah yer...jom kita buat kimchii hari ini..


Mula2 sediakan kobis panjang ni...belahkan 2...basuh dan lumurkan dengan garam kasar atau halus..perapkan selama 6 jam atau lebih...setelah itu bilas kobis dgn air buangkan sisa garam dan toskan..kalau suka potong kobis atau biarkan sehelai-helai jer yer..


Bahan-bahan yg lain lobak merah, buah epal/lai/pear dan daun bawang..hiriskan kesemua bahan itu..
Masukkan kesemuanya ke dalam satu bekas untuk digaulkan dengan sos pesnya nanti yer..


Untuk penyediaan sosnya ambil bawang putih, halia, sos tiram, sos ikan, gula perang dan serbuk cili...mama nak senang mama kisarkan kesemuanya..bila nak menggaulkan kesemua bahan baru masukkan cili flakes ke dalamnya.. 


Gaulkan kesemua bahan dengan pes yg telah di kisar tadi ke dalam bahan yg telah dihiris itu...tambahkan juga cili flakes ke dalamnya untuk rasa yang pedas sedikit..kalau suka tambah sedikit saja serbuk perasa..ikut suka rasa sendiri la..kalau orang Korea memang tak suka letak serbuk perasa ni langsung..


Setelah rasa kimchi ini secukupnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan di dalam peti ais..bila nak makan bolehlah dikeluarkan dari peti ais..memang mudah dan simplekan cara nak membuatnya...pada kawan-kawan yang ingin mencuba resepi kimchii mudah grandma ini bolehlah mencubanya yer...selamat mencuba semuanya.


11 comments:

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER