HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, March 22, 2017

LAZADA SURPRISE BOX MEMANG TERBAIK

ASSALAMUALAIKUM...
Haiii semua..mesti ramai dah tahukan bahawa lazada sedang meraikan ulangtahun ke 5th pada bulan March ini...ramai juga blogger yang dapat Lazada Surprise Box ini...mulanya macam frust juga sebab lambat dapat box ni..malas dah nak tunggu van courier ni..redha jer la ! kalau ada rezeki mama adalah..tup-tup petang tadi dapat juga box yang ditunggu ini..seronok juga jadi blogger ni kan semua dapat free..blogger la sangat kan..


Bila dah sampai mesti nak tahu apa isi dalam box ni kan...tapi sebelum itu mama nak ucap tahniah buat LAZADA MALAYSIA kerana telah menjadi salah satu platform e-dagang yang terbaik di Asia Tenggara buat masa sekarang ni...


Tengoklah ni Darwisy yang excited sangat sebab dapat barangan dari Lazada ni...inilah barangan yang terdapat di dalam box dari lazada ni...banyak barangan untuk kanak-kanak dan baby...walaupun mama dah tak ada anak kecil lagi tapi barangan ini boleh juga digunakan oleh cucuanda mama ni..jom kita tengok barangan dan produk yang mama dapat dalam surprise box tadi...


RM 145.00
Best juga dapat porridge cooker ni..Boleh juga mama gunakan nanti untuk membuat bubur untuk cucu mama...kalau teringin nak makan bubur nasi untuk diri sendiri pun boleh guna juga...


RM 42.90
Diapers ini baru pertama kali mama tengok..dah tak ada anak kecil tu yang kurang tahu..tengok kat portalnya boleh tahan jugalah harganya ni..bolehlah bagi cucu mama try pakai diapers GOON FRIEND ni nanti...saiz yang mama dapat tadi adalah saiz XL dan M..


RM 83.55
Produk ni terpaksa simpan untuk anak-anak bila perlu nanti..mama pun dah lama tak ada anak kecilkan jadi simpan juga dulu la yer...


RM52.50
Mula-mula Darwisy dah excited bila tengok baju ni...bila buka rupa-rupanya baju ni saiz kecil jer keciwa dia sebab tak boleh pakai...rezeki Damia la dapat baju Poney ni...bolehlah pakai masa raya nanti...


5-NOTED BOOK BOTTLE


 RM7.90
Bagus juga dapat baby wipes ni...kalau berjalan boleh letak dalam handbag untuk kegunaan sendiri..


Krim ni hubby dah tempah dulu...tak pernah guna tapi ramai yang cakap produk ni baik...


RM 79.00
Bolehlah buat photobook nanti...ada voucher percuma dari photobook ni..


RM17.90
Baby wash hair and body ni bolehlah digunakan untuk kegunaan seharian...baunya pun memang harum dan tak memedihkan mata...


10-STICKER DARI LAZADA...

Inilah 10 barang yang mama dapat di dalam #lazadasurprisebox dari Lazada ini...pada kawan-kawan jangan lupa sales LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE pada
22-24Mac 2017 ini...esok la harinya yer...jangan lupa semuanya dari LAZADA MALAYSIA..
Diskaunnya hampir 90% tau jangan lupa yer...

Terima kasih Lazada Malaysia dengan surprise box yang best ni...

p/s seronok dpt hadiah free ni kn...

6 comments: