resepi masakan

RESEPI SIMPLE BULAN PENUH

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Haii korang...nama resepi bukan main lagi mama ni kan..nak save sangat la mama ni ke..sebenarnya menu ini memang selalu mama masak tak kira la bulan penuh ke atau bulan tak penuh ! kalau tekak dah tak lalu nak makan..yang simple ini la yang sedapnya.. ada telur dan kicap lagilah bertambah-tambah makannya...jom kita tengok resepi simple dan mudah ni...

Bahan-bahan...
ikan bilis
bawang dihiris
cili merah/api dihiris
kalau suka boleh tambah kentang /kicap juga
sedikit garam/serbuk perasa

Cara masak yang simple..
1-Goreng ikan bilis sehingga garing
2-Masukkan bawang,cili merah/api yang telah dihiris..
3-Gaulkan rata-rata letak garam dan serbuk perasa...
kalau letak kicap kurangkan garamnya yer..siap untuk dihidangkan..makan dengan nasi panas,kicap dan telur mata memang sedap...

p/s menu simple ni la yg sedapnya...


6 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

PUCUK UBI MASAK LEMAK

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM..
Sejuk-sejuk ni lapar jer la perut ni...pada korang yang tak ada idea nak masak mama nak tunjukkan resepi kampung jer ni tapi sedapnya...kalau da sambal belacan dan ikan masin memang mengancam la..jomlah kuta tengok resepinya....



Bahan-bahan yang diperlukan...
pucuk ubi
cili api,santan
asam keping, kunyit serbuk
udang kering
bawang merah
garam, serbuk perasa

Cara memasaknya..
1-Pucuk ubi direbus dahulu yer..ambil cili api, udang kering dan bawang merah di tumbuk atau diblander halus.
2-Masukkan santan cair,sedikit serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk..biarkan sebentar kemudian masukkan pucuk ubi yang telah direbus tadi...
3-Masukkan santan pekat,asam keping..letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya..biarkan kuah mendidih sekejap...dah siap bolehlah tutup api dan bolehlah dihidangkan...lebih sedap kalau letak petai juga...
selamat mencuba korang..

Entri Berkaitan Masak Lemak..


p/s sedapnya kalau ada petai...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

ranking alexa

RANKING ALEXA BLOG MAMA #8

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Alhamdullilah menurun lagi ranking blog mama ni...grandma Darwisy kena kuatkan usaha lagi untuk dapat ranking yang baik lagi ni...terima kasih pada korang yang sudi singgah ke blog mama ni yer...


Global Ranking | 2,448,632
Ranking Malaysia | 15,296
Untuk Info tekan sini
Entri sebelum tekan sini

p/s seronok ada perubahan ranking...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yang jadi kegemaran anak-anak dan hubby...bila cuti jer mesti nak menu asam pedas ikan pari ni...korang suka tak menu asampedas ni...kalau suka jom la kita tengok resepi mudah dari mama ni yer....

Bahan-bahan...
ikan pari,daun kesum
kunyit hidup.halia,lada hitam
air asam jawa,cili kisar
garam,serbuk perasa,minyak

Cara-cara memasaknya...
1-Basuh ikan pari dan rendam dulu dalam air asam jawa...tujuan direndam dalam air asam jawa adalah untuk menghilangkan hanyir ikan pari tu..
2-Ambil cili kisar (cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan)...ambil halia,kunyit hidup dan lada hitam tumbuk hingga lumat... 
3-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi...biarkan hingga naik bau dan garing cilinya...kacau selalu jangan sampai hangus...
4-Bila cili dah terbit minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa..ikut banyak mana yang diperlukan kuahnya...
5-Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...ambil ikan yang telah direndam dengan air asam jawa tadi dan cuci...selepas tu masukkan ikan pari ke dalam kuah asam pedas...biarkan ikan masak...last sekali masukkan daun kesum...
6-Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama nasi panas..selamat mencuba yer kawan-kawan semua...

Entri Asam Pedas Lain..


2 000 jiran datang mendoakan mama:

Tazkirah Jumaat

SALAM JUMAAT 31 MARCH 2017

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

"Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada iblis,
"Wahai iblis,siapakah orang yang paling kamu suka ?"
Jawab iblis dengan panjang lebar : "Prang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari.


p/s semoga kita dijauhkan dr iblis laknat ini..

2 000 jiran datang mendoakan mama:

MOTIVATION WORD

MOTIVATION WORD #9

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

STRONG PEOPLE ALWAYS HAVE THEIR LIFE IN ORDER.
EVEN WITH TEARS IN THEIR EYES
THEY STILL MANAGE TO SAY 
''I AM OKAY'',WITH A SMILE ...

p/s smile can make me happy..

3 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

PENCARIAN BLOGLIST APRIL 2017 BY WWW.AERILLHASSAN.COM

Friday, March 31, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017
sehingga 3 April 2017.Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger.Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-

- Follow blog http://www.aerillhassan.com , Add To Circle Google+Mohamad Khairil
dan Like Fanpage www.aerillhassan.com

-Letakkan blog www.aerillhassan.com dalam bloglist anda.

-Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com

-Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.

-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 Blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017.Terimakasih


*Kredit to Mialiana.com

Sekian, terima kasih


1 000 jiran datang mendoakan mama:

ranking alexa

RANKING ALEXA BLOG MAMA #7

Thursday, March 30, 2017 Mas Zull 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Wah !! mengecil lagi no ranking tu...bestnya kalau dari dulu macam ni dah top blog mama ni...hahaha perasan la grandma Darwisy ni kan...tak pe asalkan ada perubahan dah kira bersyukur la tu...ada kemajuan dari tunjuk ajar dan sokongan kawan-kawan blogger semua..


Global Ranking | 2,592,443
Ranking Malaysia | 16,425
Untuk Info tekan sini..
Entri sebelum tekan sini

p/s lagi ! lagi ! grandma teruskan usaha...



4 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

#1 GIVEAWAY BY THE AAISY

Thursday, March 30, 2017 Mas Zull 10 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
 #1 GIVEAWAY BY THE AAISY

Jom join giveaway dari blogger Daisya ni...giveaway bermula pada 
29/3/2017- 29/4/2017

Ikut saja syarat-syarat yang diperlukan dan ada hadiah bakal menanti..

p/s support giveaway blogger..

10 000 jiran datang mendoakan mama:

MOTIVATION WORD

MOTIVATION WORD #8

Thursday, March 30, 2017 Mas Zull 3 Comments

ASALAMUALAIKUM...

DON'T DOWNGRADE YOUR DREAM
JUST TO FIT YOUR REALITY.
UPGRADE YOUR CONVICTION TO MATCH YOUR DESTINY.


3 000 jiran datang mendoakan mama:

Lazada

LAZADA | BIG BABY FAIR

Thursday, March 30, 2017 Mas Zull 10 Comments

ASSALAMUALAIKUM..
Wah !!!! Lazada kembali dengan "BIG BABY FAIR''...seronoknya alahaii bila tengok pakaian baby yang cantik-cantik di sini..pada korang yang ada anak-anak kecil jangan lupa sale yang sedang diadakan sekarang ni dari 29March 2017 sehingga 2 April 2017...cepat-cepat jangan ketinggalan bershopping di LAZADA MALAYSIA...memang banyak pilihan yang ada...kita boleh menikmati tawaran harga terbaik dari berbagai barangan dan produk bayi..


Korang boleh menikmati diskaun dari pelbagai produk yang ada dari jenama terkemuka  termasuk Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku,Fisher Price dan produk yang lain-lain lagi..apa tunggu lagi layari laman web lazada sekarang...


Pada para blogger jangan lepaskan peluang ! cntest untuk blogger juga ada disediakn dan korang juga berpeluang memenangi voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Contest ini..memenangilah voucher membeli belah dari Lazada sebanyak RM500 setiap seorang...jom-jom korang apa ditunggu lagi kita join contest ini yer...

Untuk menyertai sila layari laman web ini

Jom korang kita bershopping sekarang


p/s shopping jom...

10 000 jiran datang mendoakan mama:

teman blogger

BLOG MAMA KENA BOOM DENGAN UYULROSLI

Thursday, March 30, 2017 Mas Zull 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Wah !! buka ruang komen blog banyaknya komen yang ditinggalkan oleh blogger Uyulrosli kat entri mama ni...nampaknya komen di blog mama kena boom dah ni...terima kasih pada kawan-kawan yang datang menyinggah di blog mama dan meninggalkan komen di setiap entri mama...ada masa mama akan balas kunjungan dari kawan-kawan alam maya ni yer...

p/s teman blogger yg sporting...

6 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

SEGMEN BLOGWALKING JANJI KITA

Thursday, March 30, 2017 Mas Zull 9 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
 SEGMEN BLOGWALKING JANJI KITA 

jom frenz kita join segmen dari blogger Mar Mansor ni yer...ikut saja syarat yang diberikan...segmen blogwalking ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim di antara blogger-blogger semuanya...

Segmen dah bermula dan tarikh akhirnya pada 5 April 2017 ini yer..
cepat kita join segmen ni..
hadiah bertuah juga disediakan untuk yang berjaya nanti...

p/s support segmen teman blogger...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

puisi

GURINDAM RASA HATI

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Apakah ianya salah diri
atau hanya terasa hati
Tak mampu menyembunyikan rasa ini

 pedih hati sedih malam ni
naluri hati yang tak bisa ku rungkaikan
semua berlegar di ruangan minda dan hati

Apa bisa ku lalui 
Lelahku dimamah usia ini
hanya kata memujuk buat diri mengerti
berdarah sedih enggan berhenti
yang biasa memulihkan rasa hati

Kata mu bak bisa tercucuk duri
hanya mampu ku alirkan air mata ini
kata bicara mu ku semat di hati
dan ku simpul rapi

Sakit hati...terasa hati...
kata-kata zikir penyedap ilusi 
tiba saat jika lelah ku terhenti
jangan bisa kau meneteskan air mata lagi
jika aku mula melangkah pergi
meninggalkan mu jangan bisa ditahani..

 
 p/s pedih hati ku mlm ni...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

MOTIVATION WORD

MOTIVATION WORD #10

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

ONE SMILE CAN START A
RELATIONSHIP
ONE WORD CAN STOP AN
ARGUMENT
ONE LOOK CAN MAKE YOU
FEEL WANTED
ONE FRIENDSHIP CAN
CHANGE YOUR LIFE

p/s it's began with one...


2 000 jiran datang mendoakan mama:

hadiah teman blogger

MENANG GIVEAWAY DARI UYULROSLI

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah !! berjaya juga dalam giveaway pertama dari blogger UyulRosli ni..rezeki dari kerajinan mama menjoinkan diri..hadiahnya berupa topup bernilai RM10...dapat juga topup free ! kalau rajin sha Allah ada rezeki untuk kita...tapi topup ni terpaksa mama bagi kat hubby sebab mama pengguna line UMobile...rezeki hubby mama la ni...


Mekacih UYULROSLI...detailnya mama dah hantar yer..


p/s berkat rajin join giveaway...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

hadiah teman blogger

MENANG SEGMEN MIALIANA

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 6 Comments


ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdullilah !! blog mama terpilih menjadi salah satu yang berjaya dalam segmen Mialiana ni...nak tahu segmen nyer tekan sini..wah ! dapat fridge magnet dari Padang Besar la..bertambahlah koleksi fridge magnet kat peti ais mama lagi...
terima kasih Mialiana..



Detail yang diperlukan mama dah hantar page Mia yer...

p/s rezeki berblog...


6 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

SEGMEN 24 JAM BLOGLIST #25 MIALIANA.COM

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 12 Comments

ASSALAMUALAIKUM....


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

12 000 jiran datang mendoakan mama:

gambar makanan,

SEDAPNYA KALAU DAPAT LAYAN INI

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Sedapnya bila cuaca panas-panas macam ni kita dapat layan rojak dan abc ni...pehhh memang meleleh air liur tengok gambar...nak keluar cari memang malas la kan...tunggulah bila hujung minggu boleh layan rojak dan abc ni puas-puas....


rasa kesedapannya dah sampai ke tekak ni...


powerr sehhh..telan air liur jer...

p/s feveret mama ni...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

Haris

HARIS NAIK BASIKAL

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Wah!! Haris nak naik basikal la...seronok Haris dapat duduk kat atas basikal tu...eksen je tu ! nak kayuh pun tak pandai lagi...kena belajar kayuh dulu yer Haris baru boleh bawa basikal nanti...




p/s sukanya Haris...


2 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama,

WORDLESS WEDNESDAY #720 KEISTIMEWAAN PUASA BULAN REJAB

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Keistimewaan puasa bulan Rejab...
Barang siapa berpuasa pada bulan rejab sehari makan laksana ia puasa selama sebulan,
bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu neraka jahanam,
bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8pintu syurga
dan bila puasa 10hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya...

p/s amalan terpuji di bulan Rejab..

5 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita anak-anak

SCIENTEX BERHAD | SURVEY RUMAH ANAK

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Ikut anak mama survey rumah..anak mama sedang cuba nak cari rumah untuk dibeli..tu yang dok cari kat area Gelang Patah, Nusa Jaya, Bukit Indah yang dekat-dekat dengan laluan ke tempat kerja anak...kami cuba-cuba survey rumah yang baru kat area Scientex Skudai ni..rumahnya masih dalam pembinaan dan dekat area Pulai Indah..jomlah kita tengok rumah contoh yang disediakan...


Tak tahu la macam mana nanti...jadi ke tidak terpulanglah pada anak mama sendiri...dia yang bayar jadi ikut kesukaan dia dan duit poket dia la..masih banyak juga kekosongan rumah yang ada masa kami datang tempohari...tapi anak tetap nak survey kat tempat lain juga dulu....


Curi-curi ambil gambar kat bahagian dalamannya..mana yang dapat snap jer...jahat juga mama ni yer...gambar kat ruang tamunya...pak guard dah sound tetap nak snap satu dua gambar kat dalam ni..


ruang biliknya...


p/s seronok tengok deko rumah baru...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

WORDLESS WEDNESDAY #719

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

THE ONLY WAY  TO DO
GREAT WORK IS TO LOVE
WHAT YOU DO..


6 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

WORDLESS WEDNESDAY #718 MAN OR GREAT MAN

Wednesday, March 29, 2017 Mas Zull 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM....

A MAN CAN
 TREAT A LADY FOR ONE NIGHT,
BUT IT TAKES 
A GREAT MAN 
TO TREAT HER RIGHT
FOR THE REST
OF HER LIFE


p/s thinking yes or no...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

JDT BLOGGER,

SELESAI PROGRAM SESI POST MORTEM PULA

Tuesday, March 28, 2017 Mas Zull 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Berakhir juga program yang dianjurkan oleh team JDT Blogger ni...alhamdullilah selesai juga setelah sebulan membuat segala persiapan..Tahniah buat semua team JDT Blogger yang bersusah payah untuk menjayakan program ini...walaupun dalam masa yang singkat tapi dapat juga mengumpulkan semua sumbangan yang diberikan untuk anak-anak yatim ini..juga dapat memberikan sepenuh tanggungjawab dalam program Kasih ini...

sorry Herneenazir mama share gambar ni yer..

Sebelum sesi post mortem bermula...sempat juga kami bergambar bersama-sama...
sesi ini dijalankan untuk mencari semua kelemahan yang kita lakukan ketika sebelum dan semasa program dijalankan...bukan untuk mencari kesalahan sesiapa tapi hanya sekadar untuk peringatan buat semua team untuk program yang akan datang nanti In sha Allah...



Banyaklah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam post mortem ini...semoga dengan adanya post mortem kali ini seluruh team JDT Blogger akan lebih bersemangat dan lebih memahami apa yang perlu dilakukan untuk program seterusnya...In sha Allah..


Akhir sekali sesi bergambar untuk team JDT Blogger semua...tapi tak kesemua ahli yang dapat hadir semasa program kali ini...In sha Allah program akan datang mungkin kesemua ahli dapat juga menghadirkan diri nanti...akhir kata diucapkan semoga semua team JDT akan terus maju jaya yer...

Yang buruk datang dari kita 
yang baik hanya datang dari Allah jua...

Entri berkaitan PKAYIK


p/s seronok dpt menjoinkan diri dalam team ni...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

JDT BLOGGER,

PROGRAM KASIH JDT BLOGGER BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ( SIRI 1) SAMBUTAN HARI LAHIR

Tuesday, March 28, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Sambungan entri sebelum ini jom baca... 


kali ini kita ke dewan makan untuk sesi meraikan hari lahir anak-anak yatim yang jatuh pada bulan Januari, Februari dan March..kesemua deko ini telah ditaja oleh Equine Concept BP...memang menarik sekali deko yang disediakan di sini...


Anak-anak terus mengambil tempat masing-masing sebelum sesi majlis sambutan Hari Lahir ini dijalankan...


Sebelum majlis bermula bacaan doa selamat dibacakan oleh anak dari asrama ini juga...lupa pula mama namanya...




Sesi untuk memotong kek bagi anak-anak yang menyambut ulang tahun pada bulan Januari,Februari dan March..


Sesi menyanyi lagu selamat hari lahir juga sesi memotong kek yang disediakan oleh sponsor..


Lihatlah betapa seronoknya anak-anak ini kerana kami JDT Blogger dapat mengadakan majlis ulang tahun ini unutk mereka semua...ada anak-anak ini yang berkata tak pernah ada majlis sebegini diadakan disini...


Untuk jamuan makan ini pun telah disponsor oleh katering dari Batu Pahat...semoga semakin murahlah rezeki para sponsor-sponsor yang ada ini...masing-masing beratur mengambil makanan yang disediakan...


Seronok melihat gelagat abak-anak yatim ini tersenyum dan gembira dengan majlis yang team kami adakan ini...


Semua anak-anak sedang memjamu selera dengan makanan yang disediakan...seronok semuanya...


Cakkk...jemput makan semua...



 Alhamdullilah !! maka berakhirlah program yang team JDT Blogger adakan untuk anak-anak yatim ini...melihat keseronokan dan kegembiraan mereka terasa hilang semua kepenatan yang dialami...semoga akan ada lagi program yang begini di masa-masa akan datang nanti...In sha Allah..

Entri berkaitan PKAYIK

2 000 jiran datang mendoakan mama:

ranking alexa

RANKING ALEXA BLOG MAMA #6

Tuesday, March 28, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Biar betul ni..!! baru pagi tadi mama up entri masih lagi besar angka ranking blog mama ni...tenghari ni cek dah makin mengecil no ranking blog ni...alhamdullilah..sokongan kawan-kawan dan tunjuk ajar semua ranking blog mama semakin mengecil...kena kuat untuk dapatkan ranking yang lebih baik lagi....


Global Ranking | 2,873,391
Ranking Malaysia | 18,918
Untuk Info tekan sini..
Entri sebelum tekan sini..

p/s teruskan usaha grandma Darwisy..

2 000 jiran datang mendoakan mama:

PROGRAM KASIH JDT

PROGRAM KASIH JDT BLOGGER BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ( SIRI1) | PENYERAHAN SUMBANGAN

Tuesday, March 28, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Sambungan dari entri lepas nak tahu klik sini yer...
Setelah siap aktiviti gotong-royong anak-anak yatim ini disediakan dengan minuman dan roti pizza yang telah disediakan oleh pihak penaja untuk sesi merehatkan diri sebelum majlis seterusnya..terima kasih dari pihak kami untuk sponsor yang telah menyediakan kesemua makanan untuk majlis ini...


Masing-masing sedang merehatkan diri di Dewan Ikhlas ambil makan sambil berbual bersama-sama...




Acara majlis dimulakan..Ucapan dan perasmian oleh Yang Di-Petua PKAYIK Dato' Hj Gapar Bin Gurohu..


Seterusnya sumbangan dari orang ramai dan juga sumbangan berbentuk mock cheque telah diserahkan daripada Pengerusi JDT Blogger Cik Yaya kepada Dato' Hj Gapar..


Penyerahan duit sumbangan peruntukan untuk mengecat asrama ini juga telah diserahkan oleh Dato' Hj Gapar kepada pengetua asrama PKAYIK..semoga kita akan dapat melihat perubahan asrama ini setelah usaha mengecat siap dilakukan nanti..


setelah selesai majlis ini sesi bergambar bersama-sama Dato' Hj Gapar dilakukan dengan meriahnya...selepas ni kita sambung pula dengan sambutan hari lahir anak-anak yatim ini pula yer...


Entri berkaitan PKAYIK


2 000 jiran datang mendoakan mama: