JIRAN TETANGGA

Monday, February 6, 2017

RESEPI JEMPUT-JEMPUT MUDAH

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni grandma nak bagi resepi jemput-jemput mudah, lembut dan sedap...lagi sedap kalau dibuat untuk minum petang atau sarapan pagi...jomlah kita tengok resepi mudah dibawah ni...semua bahan memang sudah tersedia di dapur kita...

Bahan-bahannya...
tepung gandum (mesti ada)
ikan bilis (hancurkan sedikit)
bawang merah (hiris-hiriskan)
daun bawang dihiris (kalau suka)
garam,serbuk perasa
air panas
air suam
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya...
1-Ambil tepung ke dalam bekas..ikut suka banyak mana nak buat..lepas tu masukkan garam dan serbuk perasa ikut rasa sendiri...gaulkan kesemuanya...
2-Tuang air panas dan air suam perlahan-lahan...lakukan sedikit demi sedikit dulu sehingga tepung larut keseluruhannya... 
3-Setelah tepung larut masukkan ikan bilis hancur,hirisan bawang dan daun bawang ke dalamnya..kacaulah sehingga semuanya sebati..(kalau nak blander ikan bilis tu pun boleh juga) tapi grandma memang suka ada nampak hirisan bawang dan ikan bilis dalam jemput-jemput ni...
4-Akhirnya panaskan minyak dan gorengkan larutan tepung tadi sehingga garing..bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama sos pencicahnya...mudah dan senangkan..bolehlah kawan-kawan mencuba untuk minum petang nanti...selamat mencuba...


5 comments:

  1. selalu jugak buat jemput yg simple mcm tu...tp sy letak serbuk soda sikit

    ReplyDelete
  2. Satu-satunya kuih yg kakak rasa semua orang di nusantara memang makan.
    Sebulan sekurang-kurangnya sekali mesti ada buat kan:)

    ReplyDelete
  3. wah dah lain header..hehe..setiap pagi buat jemput-jemput saraoan

    ReplyDelete
  4. sedap ni mama, makan dengan kopi O panas wallaa :)

    ReplyDelete

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER