JIRAN TETANGGA

Sunday, February 5, 2017

KOREAN BINGSU

ASSALAMUALAIKUM...
Dalam perjalanan balik anak mama mengajak kami semua menyinggah ke kedai Ice Age Dessert Cafe ni..baru pertama kali singgah ke sini...nak juga tahu bagaimana rasa dan kesedapannya Korean Bingsu ni...


First time datang makan dessert di sini...kalau tak memang tak tahu ada kedai dessert ni..
anak mama yang kedua tu la yang selalu datang makan dessert di sini..lepas ni boleh datang dan cuba rasa menu Korean Bingsu yang lain pula...


Inilah antara menu dessert yang disediakan di sini.
Yang atas tu semuanya menu Korean Bingsu yang large...di ikuti dengan yang sederhana dan yang kecil...kedai Ice Age Dessert Cafe ni adalah cafe yang pertama di Johor...


Menu dessert Taiwanese Snow Ice Coklat ini untuk dak.Darwisy...Taiwanese Snow Ice ini ada 11 perisa yang berbeza..harganya dari rm9...semuanya ada biskut coklat oreo dan lain-lain perisa..sibuk juga la dak Darwisy nak yang coklat ni..okay untuk dak Darwisy dikira besar juga la ni..! jadi kami dok tumpang merasa sekali..nak harapkan dak Darwisy habiskan sendiri memang tidak la...


Inilah Korean Bingsu yang kami order...harga dari rm20 ke atas...ikut menu yang tersedia..memang besar buah tembikainya..macam-macam buah yang ada hanya pilih ikut kesukaan kita mana yang hendak dirasa...

Order satu Korean Bingsu ni boleh makan 5 orang sekali...rasanya memang sedap..dalamnya ada ais yang dikisar halus dan disejukkan...hiasannya itu adalah dari buah tembilai itu sendiri dan dicampurkan dengan pilihan buah-buahan yang kita mahukan..diatasnya diletakan dengan ais lrim vanilla dan taburan coklat..memang sedap la...kalau cuaca panas memang baik datang dan makan Korean Bingsu ni...

Kat sini pun ada juga disediakan makanan yang lain juga...hanya pilih saja menu yang mana kita suka jer..semuanya ada..


Suasana dalaman kedaj ini pun best jer...ramai juga pengunjung yang datang..layout dalamannya pun cantik juga..cuma tak dapat nak snap lebih gambar dalamannya...ramai pelanggan ketika ini tu yang ambil.dari jauh jer...pada kawan-kawan yang ingin ke sini bolehlah datang ke sini..

ICE AGE DESSERT CAFE
NO 17 JALAN BESTARI 6/2
PRESINT 5 NUSA IDAMAN
81200 JOHOR BAHARU
JOHOR.

OPENING HOURS
TIME OPEN : 1 PM-10 PM
MONDAY,WEDNESDAY,THURSDAY 1.00 PM-9.30PM
FRIDAY & SATURDAY 1.00PM-11.00PM
SUNDAY 1.00PM - 9.30PM
TUESDAY OFF

TEL: 011-1113-2514

3 comments:

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER