07 February 2017

# DIY

DIY : RAK KERETA HOT WHEEL

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ini grandma nak diy tempat letak kereta hot wheel kecil grandma ini menggunakan rak kasut...rasanya koleksi kereta hot wheel ni dah tak muat nak simpan dalam almari cermin tu lagi...jadi kali ni grandma cuba buat tempat letak kereta comel ni di tempat lain menggunakan kayu rak kasut ni...siap beli tempat rak kasut yang baru kat pasarayaTesco..


hanya lekatkan kedua-dua kayu ni dengan menggunakan gam silicon jer...nak guna paku tak boleh sebab kayu tu boleh mudah pecah masa memakunya..spray putih dah tak perlu beli sebab yang lama masih boleh digunakan lagi...proses diy grandma bermula...


bila dah siap melekatkan kedua-dua rak ni proses seterusnya dilakukan pula...proses spray hubby la yang menolong melakukannya..grandma boleh buat sendiri tapi hubby mengoperkan diri nak menolong..lagilah seronoknya...akhirnya siap juga proses spray rak kasut tu dengan color putih...selepas ni proses melekatkan rak kasut di dinding pula...


Tadaaa !! siap juga proses meletakkan kereta koleksi hot wheel mama ni...berjaya diy sendiri jer..apa yang penting kena tahu bagaimana ingin melakukannya..Mr.Googlekan ada !! hanya klik dan cari apa yang senang untuk kita lakukan sendiri...pada kawan-kawan yang nak mencuba boleh la melakukannya sendiri di rumah sebab proses membuatnya cukup mudah dan senang...


9 comments:

  1. wah kreatifnya..nanti nak mintak encik suami buatkan jg laa..

    ReplyDelete
  2. wowwww..gud idea ni kak..elok share kat group deko kt FB.. Aritu ada org tnya psl rak camni..

    ReplyDelete
  3. cunnya.. ada tgok org share dlm fb.. mcm2 idea..cantik2.

    ReplyDelete
  4. Kena ada kreativiti juga ni
    Kalau tak pandai membayangkan apa yg ada diminda tak jadi juga

    Cantiklah:)

    ReplyDelete
  5. Wah, kreatifnya. Azwar tak pernah terfikir pun. Tq for sharing mama!

    ReplyDelete
  6. Uhhh ... leh ehhh buat dari rak kasut. Nampak smart juga ni Masz. Terbaiklah. Banyak benda leh DIY ni guna rak kasut ni, kena kreatif macam Mama Masz je .. ye tak?

    Blog House Husband - Kerja Dari Rumah

    ReplyDelete