DIY

MENGEMAS TOOL BOX HUBBY

Monday, February 27, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Geleng kepala mama ni bila tengok tool box hubby ni...macam-macam ada tapi bersepah-sepah barang di dalamnya...bila nak guna sesuatu barang terpaksalah bongkar kesemuanya...susah sangat nak mencarinya...biasalah orang lelaki ni ! main ikut suka jer letak barang dia orang...bila nak guna susah sangat nak jumpanya....


Ikut suka jer la letak barang kat dalam tool box ni...macam-macam ada..


bila nak guna semuanya kena dikeluarkan sebab senang nak cari barang yang perlu saja...


kalau tak tolong susunkan memang ikut suka hati jer nak letak dalam tool box ni...


terpaksa asingkan barang-barang kecil ni dulu...letak dalam satu bekas...sayangnya bila dah kemas terlupa nak snap gambar selepas siap mengemasnya...kira okay la janji tersusun elok sedikit dari yang mula-mula tadi...

p/s kena campur tangan sedikit peralatan orang lelaki ni...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

diy tanaman

DIY PROJEK MENYEMAI PAGI NI

Monday, February 27, 2017 Mas Zull 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Pagi ni projek mama dengan hubby diteruskan...beli benih sayur bayam semalam kat kedai rm2...jadi pagi ni semaikan dahulu kat pasu kecil dulu..bila dah besar nanti barulah boleh dialihkan ke bekas yang lebih besar..


Siapkan bekas semaian sementara...bila dah besar sikit boleh alihkan ke bekas yang lebih besar...


Siap juga menyemai benih bayam ni...cepat la kau besar yer bayamm..kena tunggu benih bayam ni bertunas dulu....


ni dia ! cucuk jer batang pucuk manis ke dalam pasu..harap-harap batang pucuk manis ni membesar dengan jayanya..


tanam batang kangkung dlm pasu ni..sekejap saja dah  mula mengeluarkan tunasnya..


alhamdullilah daun sup ni juga dah mula membesar...pokok pandan yang baru ditukar tanah dan pasu hari tu elok tumbesarannya(gambar kat belakang tu)..elok menghijau daunnya...seronok rasa hati bila tengok pokok-pokok ini dapat  hidup dengan subur dan menghijau daunnya....

p/s tanam sikit dlm pasu jer...mini garden grandma ni...

6 000 jiran datang mendoakan mama:

JDT BLOGGER

JDT BLOGGER : FIRST TIME JUMPA

Friday, February 24, 2017 Mas Zull 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Semenjak mama join dalam JDT BLOGGER Group ! inilah kali pertama mama dapat jumpa ahlinya yang lain...semalam 4 orang wakil dari group ini ada join event di Aeon Bukit Indah !  jadi dapatlah kami berjumpa...ahli yang mama dapat jumpa dan hadir semalam adalah Hernee Nazir, Helmi Julia dan Yaya Cendana...memang happening sangat rasanya walaupun first time jumpa...semuanya sporting dan peramah...okay ! next time kita jumpa lagi yer dalam program yang akan datang ni...


Kalau dah ada event macam ni perkara paling penting kena dilakukan adalah ambil gambar banyak-banyak...perkara wajib sekali bagi blogger-blogger semuakan...


Masa makan pun kami sempat juga berposing sakan...klik sana klik sini yer..


Inilah wakil blogger dari JDT BLOGGER..mereka adalah blogger Herneenazir, blogger Helmijulia dan blogger Yayacendana..tak sangka Yaya Cendana comel loteh jer orangnya...macam student form 5 la...sori yer Yaya pengakuan ikhlas dari kak mama ni...memang best dapat jumpa you all semua dan berkenalan dengan adik-adik comel bertiga ni...


Mama dan Herneenazir...Hernee memang sporting dan peramah orangnya...selesa bila dapat berbual-bual dan beramah mesra dengannya...


mama dan Helmijulia...Ju pun mesra dan sporting orangnya...memang best dapat jumpa dan berkenalan dengan semuanya...


mama diapit oleh 2 orang blogger bertudung kuning...ikut tema yang telah diberikan biru,kuning dan satu lagi color lupa pula mama..Hernee yang tak biasa bertudung color kuning nampak menarik sekali hari ini..mama tak bodek yee Hernee tapi memang cun la bila awak pakai tudung color ni..lepas ni jangan takut nak guna color yellow ni yer..

p/s tunggu entri Coco yee...


4 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

PANTANG JUMPA BERGAYA SAJA

Friday, February 24, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM..
Darwisy ni kalau jenjalan kat shopping mall pantang jumpa spec mata hitam ni pasti semua nak dicubanya...lepas satu persatu spec dilaramkannya...pastu suruh grandma snap gambar dia...bertuah sungguh cucu grandma ni kan...nak bergaya saja dia...


Wah !! hancem boy la...suka sangat memcuba saja...tapi bila dibelikan pakai pun tak mahu...


Posing saja la dak Darwisy ni...


mama Darwisy la yang rajin melayannya...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

Nur Damia Zulaikha

WORDLESS WEDNESDAY # 710...POSING MANJA LA TU...

Wednesday, February 22, 2017 Mas Zull 6 Comments


 Cucunda Kesayangan Grandma 
Nur Damia Zulaikha

6 000 jiran datang mendoakan mama:

hadiah teman blogger

TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA

Tuesday, February 21, 2017 Mas Zull 7 Comments

ASSALAMUALAIKUM....

Tahniah buat pemenang untuk segmen 31 Days Challenge yang diadakan oleh JDT BLOGGER GROUP tempohari...segmen ini telah berlangsung selama 31 hari...dan telah dijalankan dengan jayanya...segmen ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan di JDT BLOGGER GROUP ini...

Tahniah !! SITI NORSHARIFAH SHOIMI kerana telah berjaya menjadi salah seorang pemenang di segmen 31 Days Challenge tempohari...mama sebagai salah seorang sponsor untuk hadiah yang disediakan telah pun mengirimkan hadiah ini kepada pemenang yang berjaya itu...

p/s Tahniah juga buat  semua ahli JDT Blogger Group...


7 000 jiran datang mendoakan mama:

diy tanaman

DIY PROJEK HARI INI

Tuesday, February 21, 2017 Mas Zull 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Pagi ni mama dan hubby bercadang nak tukar tanah tanaman yang ada kat depan rumah mama ni...dah lama sangat pokok-pokok ni tak ditukar tanahnya...dah keras sangat tanahnya jadi proses untuk pokok itu membesar memakan masa yang agak lama..minta-minta bila dah ditukar dengan tanah yang baru nanti pokok-pokok ini akan membesar dengan baiklah hendaknya...



Mula-mula proses menukar tanah pokok jambu air yang hubby tanam di dalam pasu...bila dah di tukar bekas ini nanti dapatlah ianya membesar dengan baik dan akan boleh berbuah nanti.. 


Kedua proses menukar tanah dan pasu untuk pokok buluh hiasan mama ni...nampak sangat tanah pokok ni dah keras...


proses pertukaran pasu dan tanah dilakukan dengan jayanya...


Ketiga proses menukar tanah pokok hiasan ini pula...abaikan kaki hubby tu yer...


Keempat proses pokok pandan pula...trim dan ditanam semula bagi elok untuk tumbesarannya nanti...


Siap juga proses penukaran pokok ini..



Pokok buluh pun dah ada bekas dan tanah baru...semoga pokok ini membesar dengan cantik dan eloklah nanti yer...


Siap sudah proses yang hubby dan mama lakukan pagi tadi..pokok nenas pun mama ada tanam kat dalam pasu...nak tengok boleh berbuah ke tidak buah nenas ini nanti...ada tanam daun sup juga...bila nak guna senang dah ada depan rumah pun...potong sedikit jer bila nak guna...


Pokok cili api pun ada mama tanam di dalam pasu...nampaknya pokok cili ini elok jer ia membesar dengan jayanya..nak tunggu hasilnya nanti...


Tanaman yang sedia ada mama tanam di dalam pasu...rasanya lebih senang memandangkan rumah mama ni tiada kawasan nak bercucuk tanam jadi tanam dalam pasu lebih berbaloi...



semoga pokok-pokok yang mama tanam ini membesar dengan baik dan akan mengeluarkan hasil yang baik nanti...berbudi pada tanah akan dapat balasan dengan hasil yang banyak dan baik...


Pokok kari ini pun membesar dengan jayanya...senang mama bila nak guna petik jer sedikit daunnya..


pokok cili yang disemai di dalam pasu ini pun membesar dengan jayanya...ada beberapa pokok cili yang dapat di tanam di dalam pasu di depan rumah mama ni...nak tunggu hasilnya saja...



3 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita family,

DATING..ADA JER YANG MENYELIT...

Monday, February 20, 2017 Mas Zull 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Inilah rutin bila hujung minggu kami...mama sekeluarga akan meronda dan jenjalan ke tempat yang disukai...kali ni kami ke Aeon Tebrau pula...suka sangat datang ke sini macam-macam perubahan telah ada di sini..jumpa jer tempat yang menarik apa lagikan ! Buka handphone terus ambil peluang ambil gambar..hubby mama pula kali ni ikut je kata isterinya ni...kalau tidak susah sangat nak bergambar...



sesekali dapat juga bergambar dengan hubby mama ni...


asal jumpa tempat yang menarik mesti nak berhenti untuk posing sekejap mama ni..


konon-konon nak peeling dating la tu...tapi sekejap lagi mesti ada yang datang nak menyelit pula..


ini dia si kecik grandma ni dah datang...dah mula menyibuk la ni...nak juga berposing..


kali ni posing dengan atok pula...memang dah tak beri peluang grandma dan atok berposing lagi la..


Baru cuney nak posing dia pun nak menyelit juga sekali...


posing dengan atok lagi...grandma dah tak ada peluang nak posing dengan atok lagi la lepas ni...


Darwisy ! Darwisy ! suka sangat nak join posing juga yer..


p/s saat indah bersama family dan cucunda kesayangan...


4 000 jiran datang mendoakan mama:

besday girl

KEK BESDAY ADIK DARI ALONG

Thursday, February 16, 2017 Mas Zull 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Semalam adalah hari lahir anak mama yang kedua...dah semakin berusia rupa-rupanya anak mama ni...masih bujang dan single lagi...bila tanya pasal jodoh senang jer jawabnya.."belum sampai serunya"....tak apalah adik belum sampai seru jodoh dari Allah agaknya..mungkin ada hikmahnya yang Allah nak bagi kat adik tu...in sha Allah mak doakan agar adik akan bertemu jodoh yang sesuai nanti...aamiin...

Tiada hadiah yang berharga yang dapat kami sediakan untuk adik semalam hanya ada kek hasil air tangan along dan sedikit daging goreng makan dengan salad kegemaran adik dan juga spaghetti carbonara...


Kek Hello Kitty hasil air tangan along untuk besday adiknya semalam...


Walaupun tak secantik mana tapi tanda keikhlasan itulah yang amat pentingnya...seronok adik bila along keluarkan kek ni semalam...peminat Hello Kitty la katakan...apa-apa pun asal ada Hello Kitty mesti seronok jer..


Spaghetti Carbonara hasil air tangan along juga..daging goreng makan dengan salad dan cicah air asam adalah makanan kegemaran adik...

"..hanya dengan makanan boleh membuat seseorang itu terasa disayangi dan dikasihi walaupun tanpa hadiah yang berharga...ikatan kekeluargaan paling utama dalam hidup walaupun tanpa harta yang berjuta..."

p/s hepi bersama-sama...



3 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

WORDLESS WEDNESDAY #709...HEPI BORNDAY ADIK

Wednesday, February 15, 2017 Mas Zull 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat hari lahir buat anakku sayang
Nurul Azlin Binti Dzolkarnine... 
semoga diberikan umur yang panjang,menjadi anak solehah,berbakti pada ibu bapa dan sentiasa diberkati dan bahagia selalu di dunia dan diakhirat...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

Review Wonder Living

WONDER LIVING MEMANG BEST

Tuesday, February 14, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Pada yang suka deko style inggeris pasti akan teruja bila singgah ke kedai "WONDER LIVING" ni...Wonder Living ini adalah kedai yang masih baru lagi dibuka di Mutiara Rini...first time masuk ke sini grandma memang teruja sangat...harga barangan yang dijual di sini semuanya ada dari yang murah hinggalah ke yang mahal...

Kalau jadi member adalah diskaun yang akan diberikan setiap kali kita datang berbelanja di sini..sekarang ni ada promosi pembukaan kedai jadi anak mama buat kad member tu free saja...jom la kita layan mata dengan barangan yang ada dijual di kedai Wonder Living ni...





















1 000 jiran datang mendoakan mama: