Food Review Pizza Vivo Bukit Indah

MAKAN PIZZA DI VIVO BUKIT INDAH

Monday, January 30, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Rindu pulak rasanya..lama grandma tak bersiaran di blog ni...sunyi sepi rasanya...banyak                   hal yang perlu diuruskan jadi terpaksalah menyepi sekejap dari berblog ni...jom la kita teruskan cerita grandma ni...lama jari ni tak menaip...sementara ada mood ni baik teruskan...

Kaum cina makan besar petang Jumaat lalu kami pun nak juga...tapi makan besar kami lain la ! tak sama macam makan besar kaum cina tu...kami layan pizza vivo di Bukit Indah jer...bila jenjalan memang perut akan cepat terasa laparnya...apa lagi kami singgah makan pizza dulu la... 




Kebiasaan la air mesti sampai dulu sebelum makanan yang diorder...masing-masing punya pilihan minuman...warna warni kehidupan kita seharian kan...


Tak lama juga kami menunggu pizza ni siap...dah akhirnya sampai juga...dah depan mata apa lagi jomlah kita makan...


Berjimba bersama di cuti tahun baru cina...

p/s jenjalan dan makan-makan...

1 000 jiran datang mendoakan mama:

Chinese New Year

Gong Xi Fa Cai

Saturday, January 28, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...


Gong Xi Fa Cai buat rakan2 yg meraikannya...buat rakan-rakan yang bercuti ke mana agaknya percutian kali ini yer...? Grandma ucapkan selamat bercuti untuk semua...


1 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday #705...Teringin Pulak

Wednesday, January 25, 2017 Mas Zull 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...



4 000 jiran datang mendoakan mama:

food review Mr.Dakgalbi Korean Food

MR.DAKGALBI KOREAN FOOD

Tuesday, January 24, 2017 Mas Zull 12 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Anak oh anak ! pantang dengar ada restoren Korea yang baru jer...pasti nak mencuba makan di situ...kali ni anak-anak mama ke Restoren Mr.Dakgalbi di Sutera Mall..makanan Korea berasaskan ayam..gagah menunggu walaupun terpaksa beratur panjang menunggu giliran...restoren ni masih baru dibuka di Johor Baharu..jadi memang masih ramai orang yang datang ingin mencuba makanan di sini...


Sempat posing di depan restoren Mr.Dakgalbi ni...masing-masing menunggu giliran untuk masuk ke dalam restoren ini...


Dah berjaya masuk akhirnya ! dapat tempat duduk di hadapan sekali...tengok la tu masih ramai yang menunggu giliran dan beratur panjang di luar restoren ini...tak sempat nak snap gambar banyak-banyak dalam restoren ini...


Banyak makanan yang ada disediakan di sini...inilah cara mereka menyediakan makanan itu..digoreng bila kita sudah ada bersedia dimeja makan ini...macam goreng mee jer..mee ramyang,campur kuih beras,sayur,isi ayam digoreng sekali..dah siap digoreng makan ketika ianya masih panas...nama makanan ni pun mama tak tahu...just ikut selera anak jer...


Kalau yang peminat tegar makanan Korea pasti suka dengan makanan begini kot...tapi pada mama memang tak boleh nak kenyang perut makan macam ni...selera grandma ni memang tekak orang yang nak makan makanan orang melayu jer...tapi boleh juga la diterima tekak ni walau dimakan hanya sedikit saja..


order la ikut menu yang kita sukai...kalau nak cuba bolehlah ke

Mr.Dakgalbi
L2-31,32 Sutera Mall 
(Next to Vivo Pizza)


p/s kalau 5 bintang mama bagi 3 bintang jer...


12 000 jiran datang mendoakan mama:

minum petang

Minum Petang Dengan Jagung Rebus Manis

Tuesday, January 24, 2017 Mas Zull 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Cuaca sejuk jer dari dulu semalam lagi...hujan jer sejak kebelakangan ni...basuh baju pun lambat nak keringnya...petang semalam jenjalan ke Pasaraya Tesco terjumpa jagung manis ni ! jadi grandma terbeli juga la jagung manis ni...murah harganya hanya rm0.98 sen jer sebatang..jadi grandma pun beli la dalam 6 batang jagung..jadi petang ni grandma nak rebus jagung manis tu..boleh juga buat minum petang...kononnya nak makan jagung rebus tu dengan kelapa parut yang digaulkan dengan gula...tapi dek kerana malas nak keluar ke kedai semula lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan lebat ni..jadi menu tu terpaksa la dibatalkan...maka makan jagung tu macam biasa jer yer anak-anak ! lain kali kita buat la menu tu nanti..sedap dapat makan jagung manis yang baru direbus tadi...


p/s cuaca sejuk jer...sedap kalau dapat tido kn...


6 000 jiran datang mendoakan mama:

Haris

Buah Tangan Dari Korea

Tuesday, January 24, 2017 Mas Zull 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah...seminggu anak jagaan grandma Haris tak ada pada minggu lepas tapi grandma ni tetap juga tak ada masa nak menulis kat blog ni...penyakit malas grandma dah datang la tu namanya...bukan malas kesemuanya ! tapi malas nak buka blog dan menaip jer...walaupun tak ada cerita kat blog tapi kat alam nyata memang banyak perkara yang grandma buat..inilah rutin suri rumah dan grandma Awisy ni ! ada saja perkara yang hendak grandma lakukan...


Inilah buah tangan untuk grandma dari mama Haris yang baru pulang dari Korea semalam...ada macam-macam yang dibawanya...fridge magnet tu boleh tambah koleksi simpanan grandma..seaweed original dari Korea pun ada...sedap rasa seaweednya..mask untuk muka pun ada juga...bolehlah grandma mencuba mask ini nanti..mekacih mama Haris bawakan grandma semua buah tangan dari Korea ni...


5 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

Ara Af 2016 - Warkah Untukku (Lirik)

Sunday, January 22, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...





1 000 jiran datang mendoakan mama:

sakit

Alhamdullilah ! Sakit Penghapus Dosa

Monday, January 16, 2017 Mas Zull 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Sakit itu penghapus dosa...! 2 hari lepas diri sendiri kena gastrik hari ni hubby pula...alhamdullilah ! sakit penghapus dosa-dosa yang ada dalam diri kita..hari ni bawa hubby pergi klinik buat check up pula..memang sah gastrik...doktor dah check memang banyak angin dalam perut katanya...doktor bagi ubat dan makan ubat ikut aturan yang diberikan...



Alhamdullilah !! setelah makan ubat ada perubahan..sakitnya juga sudah berkurangan... ubat yang diberikan itu...semuanya perlu dimakan sebelum makan...


p/s moga2 cepat sembuh yer sayang...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita family,

Aktiviti Hujung Minggu

Monday, January 16, 2017 Mas Zull 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Aktiviti setiap hujung minggu kami sekeluarga bawa Darwisy dan Damia keluar jenjalan...kali ni kami ke Aeon Bukit Indah...ramai pengujung warga chinese atau tionghua bershopping di sini..tak lama lagikan mereka nak sambut perayaan tahun baru...jadi semuanya sibuk dengan segala persiapan untuk perayaan itu nanti...


sempat juga dak Darwisy ni berposing kat sini...color baju Darwisy dah sama pula dengan gambar chicken kat belakang tu...


pemandangan dari atas tingkat 3 Aeon Mall ni...warna kebiasaan untuk Chinese New Year semuanya merah...merah itu menawan hati...


ada banyak promosi harga semua barangan di Aeon Mall..biasalah kalau nak ada perayaan begini la ! memang banyak promosi harga yang diadakan...kena sediakan duit jer la...kali ni kita tengok warga cina pula yang bershopping jer yer... 


Tengoklah si kecik Damia tu ! seronok dapat berjalan..semenjak dah dapat kaki ni ! asyik nak berjalan sendiri saja budak ni...dah kurang sangat nak duduk dalam stroller dan troli...kalau tidur jer baru boleh letak dalam stroller...dah semakin membesar cucunda grandma ni sekarang...


Kebiasaan la ! kalau nak tahun baru cina bunga ni mesti ada dijual...cantik dan menarik bila tengok pokok-pokok ni...kemestian yang ada bila nak tahun baru cinakan...memang nampak segar dan menarik pokok-pokok ni...


Ni kerja budak kecik 2 orang ni yer ! Kalau dah masuk kedai Toy's Rus Kid ni memang seronoklah dia...macam-macamlah yang dibeleknya...semua mainan dicuba dan diusiknya...saja mama dan papa Darwisy Damia bagi kedua-duanya happy bila berada di sini...biar puas hati bermain walaupun tak ada yang berkenan hendak dibeli...


Lagi seronok la Damia ni ! kalau dapat naik permainan ini memang lama la jawabnya...kalau tak bagi main memang tak puas hatilah...jadi mama Damia bagi Damia main sepuas-puasnya dulu.. bila dah puas hati baru boleh gerak ke tempat lain pula...

p/s bersama cucunda tersayang buat hati gembira...

0 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita family,

Serasi Bersama

Sunday, January 15, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau dah jenjalan tak sah kalau tak singgah cari makan...kali ni pergi dekat jer...pi gerai kat Taman Universiti makan rojak dan air batu campur...pasangan makanan minuman yang serasi digandingkan...rojak petis dan air batu campur...puas hati dapat makan dan minum...bila dah habis, perut dah kenyang jom kita gerak balik ke rumah...


p/s jom kita layan...

1 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Darwisy Oh Darwisy !!

Saturday, January 14, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Alahai cucunda grandma ni...yer la benda dah nak jadi..tak boleh nak cakap apa pun..inilah akibatnya keluar bilik air tak lap kaki..kaki basah lagi kemudian berlari lalu terjatuh..sudah dipesan selalu keluar bilik air tu lap kaki dahulu...
Kesian la cucu grandma ni...jatuhnya malam bangun pagi baru terasa tangan tu sakit...nak angkat tangan tu pun tak larat...sakit katanya...memang tak boleh dibiarkan kena juga bawa Darwisy ke hospital untuk medical check up...mana tahu lain pula jadinya...



Bawa Darwisy ke Hospital Besar Sultanah Aminah untuk check up...mama Darwisy kena buat pendaftaran dulu..dan kami menunggu untuk pemeriksaan doktor pula...nasib baik tak ramai pesakit yang ada pada hari tu...sekejap jer nombor dah dipanggil...


sambil menunggu nombor giliran dipanggil..mama sempat berselfie dengan dengan buah hati grandma ni...
kesian grandma tengok Darwisy sakit...


cucunda kesayangan grandma ni...


kena buat x-ray kat tangan Darwisy...bila dah check dengan doktor baru lega sedikit...doktor cakap tak ada apa-apa masalah...hanya ada bengkak sedikit ...nasib baik tak ada tulang yang patah atau retak...doktor hanya bagi ubat dan melarang tangan Darwisy diurut...semoga cucunda grandma ni cepat sembuh seperti biasa yer sayang...!!


p/s esok terpaksa cuti sekolah....


1 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

MAJLIS PERBANDARAN BUAT OPERASI

Thursday, January 12, 2017 Mas Zull 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Tiba-tiba orang-orang dari Majlis Perbandaran datang buat operasi membersihkan semak samun di taman permainan di hadapan rumah mama ni...

Habis semua pokok yang kami tanam ditebang dan dicabutnya..sayang sungguh pokok pisang yang sudah mula nak mengeluarkan buahnya itu ditebang...mereka tak mahu taman ini jadi tempat pembiakkan nyamuk aedes...
rupa-rupanya dah ada kes demam denggi di kawasan kejiranan mama ni...patutlah semua badan berkanun seperti jabatan kesihatan datang memeriksa kalau-kalau ada takungan air dirumah disekitar kawasan ini...selang beberapa hari mereka datang lagi kali ini buat semburan kabus (fogging)...nasib baik semburan kabus itu dilakukan disebelah petang...tapi bagus juga bila ada pemeriksaan begini jadi tak adalah takungan air disetiap rumah di sini..



















1 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama,

Private Pool Jadi Idaman..

Thursday, January 12, 2017 Mas Zull 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Cantik-cantiknya deko kolam renang di bawah ini...teringin juga nak ada kolam renang di rumah macam ni...tapi apa kan daya ! rumah sekangkang kera tang mana nak letak kolam renangnya...kolam mandi Darwisy yang biasa tu bolehlah..mama ni hanya mampu berangan-angan mat jenin jer la...entah bilalah dapat rumah besar yang ada private pool macam ni agaknya...kolam renang sebegini memang memerlukan tapak ruang yang besar untuk membuatnya..jadi jomlah kawan-kawan kita tengok gambar jer la yer...kita menjamu mata sekejap dan berangan-angan jer la yer...
















p/s berangan jer la yang mampu...

6 000 jiran datang mendoakan mama: