22 July 2017

REPAIR KERETA | TUKAR MANA YANG PERLU

July 22, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni hubby bawa kuda gold ni ke bengkel...lama tak buat check up denyutan nadinya...kalau biarkan lama-lama pasti akan timbul bermacam-macam penyakit..mencegah tu lebih baik dari mengubati kan...

Bila dah cukup masa kena ganti memang eloklah digantikan dengan spare part yang baru...


Kuda gold sedang diperiksa semuanya...jantung,limpa,hati,tekanan darah,kencing manis...mana tahu ada jer penyakit yang besar akan menyerang atau bermasalah ...


Bila sudah diperiksa ada saja penyakit yang perlu diberikan ubat dan perhatian yang lebih...Hari ni saja kuda gold ni dah menerima banyak dugaan...


Kalau dah sakit kenalah juga keluarkan duit beli ubat-ubatan yang perlu...kenalah buat sesuatu..
Barang baru untuk kuda gold...
-water pump
-Cover gasket
-Timing belt
-Timing  oil seal
-Timing bearingl


Inilah senarai ubatan yang telah diberikan untuk memulihkan kesakitan yang dihadapi oleh kuda gold tu..kalau dibiarkan saja penyakit itu ianya akan melarat dengan lebih teruk lagi...bila.dah di tukarkan semuanya akan jadi lebih baik...

-kalau rasa sakit perlu dijaga lebih awal-

MUTIARA KATA #99

July 22, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

KAWAN TERBAIK ADALAH :
1-Seseorang yang dengan melihatnya mengingatkan kita kepada Allah
2-Seseorang yang dengan perkataannya bertambah amal kebaikan kita
3-Seseorang yang dengan amal-amalnya mengingatkan kita kepada akhirat


21 July 2017

PROGRAM JALINAN SYAWAL 2

July 21, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Haiii korang cerita mama minggu lepas semasa menghadiri majlis Program Jalinan Syawal Kongsi Kegembiraan...
Program Jalinan Syawal ini adalah program yang disediakan oleh Themed Attraction Resort dan Hotel untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk berhibur di Taman Tema Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town.Majlis ini telah diadakan pada tarikh 8Julai 2017 yang lepas...


Pemangku Ketua Pegawai Taman Tema TAR&H Philip Whittaker


ADUN NUSAJAYA YB Dr Haji Zaini Bin Haji Abu Bakar


Di majlis itu penyampaian sumbangan saguhati dari pihak TAR&H dan cenderahati disampaikan oleh YB Nusa Jaya dan juga Mr.Philip Whittaker.Setiap semua jemputan dimajlis ini telah mendapat sumbangan yang telah disediakan



Selesai majlis penyampaian saguhati sesi bergambar bersama-sama dengan semua anak-anak yatim,Pertubuhan Kebajikan Shafar,kanak-kanak dari Tabika Kemas Iskandar Puteri juga beberapa keluarga terpilih dari Daerah Pasir Gudang.









Setelah majlis semua jemputan disajikan dengan hidangan dan terdapat beberapa menu yang telah disediakan..




Seronok bila lihat keluarga yang kurang berkemampuan ini bergembira di majlis yang diadakan ini...semoga majlis sebegini akan terus diadakan disetiap tahun...


JUMPER KERETA KANCIL

July 21, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Dah lama tak hidupkan enjin kereta kancil menantu mama ni...bila nak hidupkan baterinya dah kong jadi terpaksalah guna jumper nak menghidupkannya...


Senang jer nak gunakan jumper ni..letakkan wayarnya kat kepala bateri tu dan hidupkan enjin kereta...


Pasangkan kedua-dua wayah merah dan hitan itu di kepala bateri kereta dan hidupkan...pasti kereta yang tak hidup tadi dapat dihidupkan...


Settel kerja yang dilakukan hubby mama..

p/s diy sendiri jer..


SHOPPING GUNA VOUCHER LAZADA

July 21, 2017 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Ya Allah !! Seronoknya dapat bershopping di Lazada Malaysia..terimakasih Lazada kerana membuat penukaran hadiah voucher mama dari rm100 ke rm150...kali ni memang betul-betul mama bershopping sakan lepas raya la...kebetulan anak mama nak berpindah jadi mama bagi dinning set mama kat dia oleh itu terpaksalah mama cari dinning set yang baru jadi terpaksalah cari dining set yang besar untuk 8 kerusi....kebetulan ada voucher dari lazada ni jadi bolehlah mama gunakan terus...jom kita tengok barang yang mama beli dari lazada ni...


Helsinki Dinning Set berharga rm1,099.00 ...banyak dan besar sikit mejanya...ramai juga boleh duduk sekali...keluarga mama dah semakin membesar dan akan ada pertambahan ahli keluarga baru jadi perlulah sediakan meja yang lebih besar untuk kami sekeluarga nanti..lagi pun tengah ada harga offer tu...


Ini adalah barang permintaan hubby mama nak Car 2 Ton Hydrulic Floor Jack...senang kata hubby kalau tayar pancit ada jack besar ni...
LINK )


Satu lagi barang yang mama beli adalah Gersby Book Case ni...banyak cara boleh digunakan selain susun buku diatasnya...mama ingat nak letak kat dapur untuk letak barangan kering atau pinggan mangkuk..tengoklah macam mana nanti tunggu barangnya sampai dulu...
(LINK)


p/s Thanks Lazada Malaysia..tunggu Baby Fair pula yer..


ATOK BELIKAN GAMES UNTUK DARWISY

July 21, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Darwisy sibuk sangat nak games ini..merengek nakkan games yang warna pink...macam-macam budak sorang ni...bila ke Kipmart tadi atok terpandangkan games ni...harganya pun adalah harga atok mampu beli...


Kalau bawa Darwisy rasanya memang tak nak dengan color yang ada ni..nasib baik Darwisy tak ikut hanya atok dengan grandma jer yang keluar jadi atok belikan jer...


Beli juga satu untuk Darwisy yang color biru cair tu...masa atok bagi kat Darwisy tadi dia nangis nak juga color pink...pujuk-pujuk akhirnya boleh juga Darwisy terima...akhirnya dak Darwisy dah boleh guna sendiri games tu...

p/s sayang cucu lebih dari sayang anak...

TERAPI MINDA KAMI PAGI INI

July 21, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Terapi minda mama dan hubby pagi ini...hubby alihkan anak pokok betik di kawasan lapang hadapan rumah mama ni...pokok betik ini dah semakin membesar di dalam pasu jadi terpaksalah alihkan ke tanah untu tumbesarannya yang lebih lagi...


Dah tanam hubby kepongkan dengan dawai ini untuk mengelakkan terpotong bila pemotong rumput lakukan kerjanya nanti...


Berjaya juga tanam 2 pokok betik ini...buah betik feveret hubby mama...puas makan nanti kalau menjadi buahnya...



Selesai juga tanam kedua-dua anak pokok betik ni...

p/s terapi minda kami hari ini...


Entri berkaitan tanaman...

20 July 2017

PROGRAM JALINAN SYAWAL 1

July 20, 2017 0 Comments

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera


PROGRAM JALINAN SYAWAL KONGSI KEGEMBIRAAN
Themed Attractions Resorts & Hotels beri peluang kanak-kanak kurang berkemampuan berhibur di taman tema SANRIO HELLO KITTY TOWN dan Thomas Town

Puteri Harbour, 8 Julai 2017 –Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (“TAR&H”) terus melaksanakan tanggungjawab korporat dengan meraikan lebih 200 kanak-kanak dan keluarga kurang berkemampuan  di Program Jalinan Syawal yang diadakan di perkarangan Puteri Harbour Retail Precint, hari ini.

Pada majlis hari ini, mereka yang dijemput hadir adalah dari Pertubuhan Kebajikan Shafar, Iskandar Puteri, kanak-kanak dari Tadika Kemas, Iskandar Puteri serta beberapa  keluarga terpilih  dari daerah Pasir Gudang.

Program tahunan yang diadakan ini memberi peluang kepada para jemputan untuk meluangkan masa di taman tema tertutup SANRIO HELLO KITTY TOWN dan Thomas Town bersama-sama karektor-karektor taman tema seperti Hello Kitty, Bob the builder, Barney,  Angelina Ballerina dan banyak lagi karektor-karektor kegemaran kanak-kanak sebelum menjamu selera sambil dihiburkan dengan pelbagai hiburan istimewa sempena Hari Raya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema TAR&H, Philip Whittaker berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat meraikan tetamu-tetamu jemputan yang sudah menjadi amalan syarikat pada setiap tahun.
“Kami amat berbesar hati kerana dapat memberi peluang untuk merasai sendiri kepelbagaian dalam proses pembelajaran sepanjang hayat walaupun sedang berhibur di taman tema kami. Ini merupakan salah satu aspirasi syarikat dalam menjayakan aktiviti tanggungjawab korporat syarikat yang berteraskan pendidikan dan berhasrat untuk meneruskan amalan berkongsi kegembiraan yang sama rata kepada golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.”
Pada majlis yang sama, para tetamu jemputan turut menerima sumbangan sagu hati daripada pihak TAR&H. Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah ADUN Nusajaya, YB Dr Haji Zaini bin Haji Abu Bakar bagi memeriahkan majlis dan tanda sokongan kepada para tetamu jemputan. 


MENGENAI THEMED ATTRACTIONS RESORTS & HOTELS SDN. BHD.

Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelaburan yang ditubuhkan untuk membangun, mengurus dan mengendalikan operasi bagi industri hospitaliti dan destinasi pelancongan. Ditubuhkan oleh cabang pemegang pelaburan kerajaan strategik, Khazanah Nasional Berhad, TAR&H berfungsi sebagai pemangkin dalam industri pelancongan dengan penubuhan hotel bertaraf dunia, pusat peranginan, golf serta tarikan pelancongan di rantau ini.

Di antara portfolio utamanya terdiri daripada Desaru Coast – destinasi resort premium bersepadu, LEGOLAND® Malaysia Resort – LEGOLAND keenam di dunia dan yang pertama di Asia, KidZania Kuala Lumpur & KidZania Singapore – pusat rekreasi berkonsepkan edutainment, Puteri Harbour Retail Precinct – kompleks hiburan keluarga berkonsepkan gaya hidup berlatarbelakangkan tepian jeti, SANRIO HELLO KITTY TOWN – pertama seumpamanya yang dibina di luar negara Jepun, Thomas Town – taman tema dalaman yang menempatkan karakter terkenal Thomas & Friends® dalam pelbagai permainan siri tunggangan serta Hotel Jen Puteri Harbour yang terletak di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, bersama-sama dengan pemenang anugerah The Datai Langkawi dan Els Club yang pertama di Asia Tenggara – The Els Club Malaysia yang terletak di dua destinasi yang menakjubkan – The Els Club Teluk Datai dan The Els Club Desaru Coast.

Kerjasama di antara rakan kongsi serta jenama global yang terkenal memberikan TAR&H peluang untuk menjadi peneraju destinasi bertaraf dunia dengan membawa industri pelancongan sehingga ke Asia Tenggara, dengan mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan.


MELAWAT HARIS SAKIT

July 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Dah beberapa hari cucu asuhan grandma bercuti...tempohari mama ada melawat Haris di Hospital Colombia Asia...kesian Haris terkena cirit birit dan muntah-muntah...


Seronok Haris bila nampak grandma,abang Darwisy dan Mia datang ke hospital...melompat-lompat Haris nak bermain dengan Darwisy dan Mia...


Tak ada apa yang grandma nak bawakan untuk Haris cuma belikan Haris jigsaw puzzle tu...nanti Haris buat kat rumah yer...


Alorrr cain tengok Haris kena masuk air kat tangan tu...


Haris mencuba membuat sendiri jigsaw puzzle tu...


p/s seminggu Haris di tahan di wad...


BIG DADDY'S FAMILY CAFE & BARBERSHOP

July 20, 2017 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Kalau dulu Bigdaddy's Family Cafe & BarberShop ni popular dengan hidangan Western Food dalam dulang dan Air Tower Big Daddy's setinggi KLCC, kali ni didatangkan pula dengan menu baru iaitu BURGER NASI LEMAK BIG DADDY yang semestinya korang wajib cuba. Kalau dah lapar sangat agaknya sekali ngap je. Haha. Selamat menjamu selera semua!

📍No 28, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru 
🚩 Berhadapan dengan Perodua Tampoi 
☎️ 013 433 1204 / 011 4270 0669
 5.00 Petang - 2.00 Pagi

Instagram @bigdaddysfamilycafe
NOTA : Big Daddy's Event Space (Selang beberapa kedai sahaja dari Big Daddy's Family Cafe) boleh memuatkan antara 100 hingga 150 orang pada satu masa untuk Majlis Keramaian, Private Functions, Birthday Party & macam macam lagi. Sambil tunggu makanan sampai boleh juga singgah sat kasi smart itu rambut dekat Barbershop (Berada di dalam kedai)