JIRAN TETANGGA

Thursday, June 30, 2016

Biskut Raya Darwisy

ASSALAMUALAIKUM...

Sibuk sangat si kecik Darwisy ni nak menolong mama Darwisy buat biskut raya..dia pun nak pegang mixer juga...rajin dan seronok bila berjaya menggunakan mixer itu...Darwisy selalu tengok kat games dalam tab dia jer..tapi kali ni juga dia menggunakan yang real punyer...


Berjaya juga Darwisy membuat gaulan untuk biskut tu...inilah budak yang paling suka kalau dapat pegang barangan memasak di dapur


Mama Darwisy buat macam ni saja biskut tu...dah siap bolehlah dibakar...


Biskut yang telah siap dibakar ...


siap juga akhirnya biskut yang dak Darwisy buat ni...


senyum bila biskutnya siap diletakkan ke dalam balang...



Sakit Lagi Gunakan Minyak Jerslin Pula

ASSALAMUALAIKUM...

Bulan Ramadhan tahun ini memang besar dugaannya...sakit kami on off...hubby pun sakit juga..sesama menjaga sesama sendiri bila sakit datang menyerang..hanya dengan bersyukur yang mampu ku ucapkan dalam menghadapi dugaan besar kali ini...pasrah dan redha dengan semua dugaan dan ketentuan dari Allah kali ini..

Kali ini mama mencuba untuk menggunakan minyak Jerslin ini...diharapkan dengan menggunakan minyak ini kesembuhan dapat dihilangkan dari kesakitan yang dihadapi ini...In sha Allah kita hanya mampu berusaha,bertawakal mencari penawarnya dan dari Allah jua yang menyembuhkannya...


Thursday, June 23, 2016

DIY Cermin Dinding Ruang Makan

ASSALAMUALAIKUM..


Hari ni projek ubahsuai yang mama lakukan adalah dinding tepi tangga ni...Dulu letak frame gambar kat sini tapi kali ni mama nak tukarkan dengan letakkan cermin pula kat sini...


Semalam sempat ke kedai Eco rm2.12 ini..beli 20 keping cermin ni...harga cermin ni murah sikit beli kat sini...nak beli cermin IKEA entah bila la nak ke sana lagi...Beli yang ni pun cukuplah buat deko sikit-sikit kat rumah...


Mulalah proses membuka satu persatu plastik cover cermin tu...Jenuh juga nak membukanya...tapi akhirnya siap juga tanggalkan framenya..


Nak lekat kenalah cari gam yang betul-betul kuat takut cermin tu jatuh pulak nanti...cari gam kat kedai Diy..jumpa yang ini dan yang paling kuat gamnya...mulalah proses melekatkan satu persatu cermin kat dinding ruang makan ni...


inilah akhirnya siap juga projek diy mama...cuma cerminnya taklah secantik cermin yang dibeli dari IKEA.. jadilah janji dapat sedikit perubahan yang dapat dilakukan di ruangan makan ini...nampak luas sedikitlah dari yang selalu...deko sikit-sikit tukar perubahan untuk raya tahun ni..


Wednesday, June 22, 2016

Hepi Besday To Me

ASSALAMUALAIKUM....


22 Jun 2016
Selamat hari lahir buat diri sendiri...Ya Allah aku bersyukur dengan limpah kurnia Mu dalam hidupku ini...Kau berikanlah aku kesihatan yang sempurna,berikanlan aku umur yang panjang..berikanlah kebahagiaan untuk aku dan keluarga ku.
semoga Kau memberikan aku kesempatan untuk membahagiakan orang-orang yang aku sayangi...Hanya doa yang mampuku pohon pada Mu Ya Allah..Kau permudahkanlah  apa jua yang ku lakukan di dunia ini...


Dalam usia yang mula meninggi ini aku bersyukur kerana dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi diri ini...semoga aku akan tetap merasa kebahagiaan ini sehingga akhir hayatku nanti...


Alhamdullilah gembira rasanya hati bila anak-anak masih mengingati hari lahir maknya ini...terima kasih anak-anakku atas pemberian hadiah untuk mak di hari lahir ini...

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI KU...

Wordless Wednesday #634...17 Hari Berpuasa

ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, June 16, 2016

DIY Projek Tukar Sarung Sofa

ASSALAMUALAIKUM...

Bila tengok sofa dah koyak kainnya memang sakit hati...rasanya raya tahun ni nak tukarlah sarungnya sebelum koyak tu semakin merebak lagi besar..cuba juga tanya kat kedai repair sofa tapi terkejut dengan cas yang dikenakan..lebih-lebih lagi nak dekat raya ni memang cas yang dikenakan agak melampau..rasanya tak mampu mama nak membayarnya...dari bayar 1K buat sarung sofa tu baiklah mama beli jer sofa yang baru dgn duit tu...


Fikir-fikir baiklah diy sendiri saja sarung sofa ni...kebetulan ada kain langsir yang ada mama ambil buat sarung sofa ni...terbaik hanya bermodalkan beberapa puluh ringgit saja mama dah dapat menukar sofa yang koyak tu ke bentuk yang baru...


Tadaaa...inilah hasilnya...sofa lama sudah bertukar wajah yang baru untuk raya tahun ni...selamat duit 1K mama tu...dah boleh guna beli benda yang lain...tapi sayang tak dapat buat keseluruhan sarung bantalnya sebab kekurangan kainnya...kalau rajin nanti nak juga ganti kain sarung bantalnya ke warna purple plain...cantik juga kan...


Mama hanya bermodalkan beberapa puluh ringgit saja untuk membeli stapler besar ni dan pelurunya saja..dengan harga rm25...kain dah sedia ada hanya tenaga yang diperlukan...hubbylah jadi penolongnya...jadi tukang staplerkan pun dah okay juga..

Cara mama lakukan senang jer...amik kain langsir tu ukur bahagian mana yang hendak dibuatkan dahulu..bila dah ukur guntingkan kain tu...lebihkan sedikit di bahagian tepinya untuk lipatannya..disebabkan mama tak guna cara jahitan jadi bahagian tepi perlu dilipatkan untuk mengelakan bulu kain tu terkeluar nanti..

Bila dah siap dipotong amik kain tu gamkan dahulu kalau perlulah tapi mama terus staplerkan jer...bila dah siap barulah dikemaskan dan distaplerkan keseluruhan bahagian sofa supaya nampak lebih kemas lagi...buatkan kesemua bahagian sofa tu sehingga habis...cek mana bahagian yang perlu dikemaskan lagi dan staplerkan saja...akhirnya siap juga sofa lama bertukar ke wajah yang baru kali ini...


Wednesday, June 15, 2016

Wordless Wednesday #633...Sekejap Dah 10 Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM...


Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

ASSALAMUALAIKUM...


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, June 8, 2016

Wordless Wednesday # 632...Doa Dan Harapan

ASSALAMUALAIKUM...



Projek Qu Putih Dinning Room Pula

ASSALAMUALAIKUM...
Kali ni entri mama nak mengqu putihkan set meja dan kerusi makan pula..mama buat ni seminggu sebelum puasa lagi..bila dah bulan puasa memang letih rasanya...jadi eloklah buat sikit-sikit...satu persatu kerusi makan ni mama buka kusyennya dulu...lepas tu barukah dispraykan...


Kerusi yang belum diquputihkan lagi...


Akhirnya siap juga projek qu putih mama...nampak berseri dah kerusi makan ni bila dah disolekkan sedikit...puas hati bila projek qu putih mama dapat dijalankan dengan jayanya...


Wordless Wednesday #631...Jom Berzikir

ASSALAMUALAIKUM...


Monday, June 6, 2016

Pergi Baby Fair

ASSALAMUALAIKUM...
Semalam ikut anak mama ke  Baby expo di Danga City Mall..hari terakhir baby expo ini..grandma dan atok temankan Darwisy jer kat luar...mama dan papa Darwisy sibuk memilih baju dan barang-barangan baby yang lain..


Semua baju dan barangan baby yang dijual di sini semuanya murah-murah harganya..Itu sebab ramai yang datang bershopping baju baby di sini...


Seronok tengok barangan baby ni...comel-comel jer semuanya...ramai pengunjung datang membeli barangan baby di sini..



grandma tumpang tengok jer la...tumpang seronok juga ni...dah tak ada anak kecik lagi jadi beli barang pun untuk cucu jer la...

Sambut Hari Lahir Sasha

ASSALAMUALAIKUM...


Semasa di Port Dickson sempat juga sambut hari lahir cucu saudara mama ni...sambutan yg dibuat hanyalah biasa-biasa saja memandangkan keadaan kesihatan neneknya kurang mrmuaskan..budak la katakan janji ada kek dah memadai sangat...seronoknya bukan main lagi..


Selamat Hari Lahir Sasha yang ke 6 tahun...semoga membesar menjadi anak yang solehah yer...

Melawat Ibunda Sakit

ASSALAMUALAIKUM...
Inilah tujuan mama ke Port Dickson tempohari...ke hospital melawat ibunda yang sakit...selalunya ibunda di Johor jer tapi kali ni beliau sakit semasa melawat adik di sana...jadi kami adik beradik turun ke Port Dickson melawat ibunda di hospital..alhamdullilah dari check up dari doktor ibunda hanya mengalami semput dan kekurangan air...beberapa hari di hospital ibunda dah dibenarkan balik ke rumah...




Saturday, June 4, 2016

Menuju ke Port Dickson


Masih dalam perjalanan ke Port Dickson..nantilah mama ceritakan tujuan mama ke sana sebab sekarang ni mood masih belum datang...lagi pun gusi ni masih lagi berdenyut-denyut...


Thursday, June 2, 2016

Menahan Sakit Semalaman

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam masih boleh lagi menahan sakit ni tapi hari ni dah tak boleh tahan sangat...semalaman tak dapat tidur menahan denyutan kesakitan gusi ini..hari ni kena juga jumpa doktor check apa yang sakitnya...masih menunggu giliran di klinik...nasib baik tak ramai pesakitnya hari ini...tapi jenuh juga menunggu sebab doktor bila nak buat treatment gigi ni pada setiap pesakitnya memerlukan masa sikit...jadi kenalah tunggu juga bila giliran kita sampai...

p/s sakit gigi atau gusi ni mmg boleh buat kita sengsara...


Wednesday, June 1, 2016

Lambat Menunggu

ASSALAMUALAIKUM...

 
Temankan hubby ke klinik hari ni...masih lagi menunggu giliran untuk ambil darah...ramai pulak yang sakit hari ini...nak cari parking kereta pun susah...terpaksa dua tiga kali pusing baru dapat parking yang betul...


bila dah dapat parking kereta kat luar...lain pula kes kat dalam ni...lagi lama pula nak menunggu gilirannya...bersabar jer la tunggu giliran dipanggil...tak boleh nak merungut sebab masing-masing ada nombor gilirankan...beginilah kalau ke hospital atau klinik kerajaan memang sentiasa ramai pesakitnya....


Mee Samyang Mee Pedas

ASSALAMUALAIKUM...

Nak sangat rasa kepedasannya kan...jom kita cuba merasai kepedasannya..ramai yang dah rasa memang pedas kata mereka...anak mama pun dah rasa memang pedas sampai berasap mulut dan telinga katanya...Pada mama sambal cili api masakan kita lebih pedas lagi kot...


Rebus mee dulu pastu masukkan jer perencahnya...gaulkan sehingga rata keseluruhannya...


dah siap pun mee samyang pedas ni..jom kita makan dan rasailah kepedasannya...pada yang tak tahan pedas jangan nak cuba makan yer tapi kalau nak merasainya juga boleh jer mencuba...


mee samyang pedas ini terdapat juga dalam pek mangkuk...rebus mee dalam mangkuk dulu...bila dah kembang buangkan air dan letakkan perencahnya saja...gaulkan rata-rata dah siap bolehlah terus dimakan...sediakan air dahulu sebelum makan yer takut tersedak kepedasan pula nanti...


Wordless Wednesday # 630...Wordless Wenesday

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #629...Jun Hadir Lagi

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat datang bulan June..
Bulan Jun ini juga kita akan menyambut bulan mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak dan bulan Jun ini juga adalah bulan kelahiran mama..datang lagi bulan kelahiran mama ini..usia pun sudah semakin meninggi...tengok di kelender tahun ni hari kelahiran mama jatuh pada hari Nuzul Al-Quran...alhamdullilah bertambah setahun lagi usia ini...

Pada kawan-kawan alam maya ini..mama ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan kita sambut pada 6 Jun nanti...dengan harapan semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa kita nanti dengan penuh ketakwaan dan kesabaran..


Memang betul semua kata Dr.Fadzillah Kamsah di atas ni...semua ciri-ciri untuk warga yang lahir pada bulan Jun ini...semuanya memang betul dan kena jer...


GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER