JIRAN TETANGGA

Sunday, January 31, 2016

HYPER ACT - TAKKAN PERGI (OST CINTA SI WEDDING PLANNER)(LIRIK)

ASSALAMUALAIKUM...



Hari ku yang pergi
Hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa tiada kembali
Rindu ku tak sudah
Kelam dalam sedar

Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir
kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Di balik rahsia semalam

Hadir diri mu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu di sisi takkan pergi

Mungkin sebenarnya ruangku tiada 
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Di balik rahsia semalam

Kelibat cinta permain rindu kecewa
Bisikan indah khayalan ku seketika
Air mata ini mengalir ku sendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi


Friday, January 29, 2016

Amira Othman : Hati-Hati (OST SHA DAN SHAH)

ASSALAMUALAIKUM...



Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas,aku mahu jawabnya
Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti 
Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati
Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau,aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya
Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Nanti kelak kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Wednesday, January 27, 2016

Wordless wednesday # 569...Pesan Pada Hati

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 568..Isteri VS Suami

ASSALAMUALAIKUM...

Instagram Baby Cute OutFits

ASSALAMUALAIKUM...

Anak mama baru saja memulakan perniagaan online ini dengan menjual baju baby dan kanak-kanak..baru 2 minggu operasi online ini dilakukan dan alhamdullilah dapat sambutan dari kawan-kawan...di sini ingin mama memberitahu kawan-kawan yang belum tahu supaya kiranya sudi la like dan follow page ini...jika yang ada mempunyai anak yang masih baby dan kanak-kanak sudi-sudikanlah singgah ke facebook dan Instagram ini yer...usha-ushalah gambar-gambar baju kanak-kanak di fb dan IG ini..cantik-cantik semua koleksinya..mana tahu ada yang berkenan di hati bolehlah beli untuk anak-anak...
selamat bershopping online semuanya...



Wordless Wednesday # 567...5 Orang Yang Dilindungi Dari Cuaca Panas

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 566..Wudhu Sebelum Tidur

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 565...Solat Tahajjud

ASSALAMUALAIKUM....

Tuesday, January 26, 2016

Resepi Sos Steamboat Yang Paling Sedap..Yer Ke Sedap

ASSALAMUALAIKUM...

Hari cuti hujung minggu yang lepas mama dan family bersteamboat bersama-sama..buat sendiri kat rumah jer..kebetulan ada cucu saudara mama yang bersekolah di MRSM Pontian datang bercuti ke sini..nak balik ke Port Dickson jauh dan memandangkan cuti hanya 3 hari saja jadi mama dan hubby ambil dia keluar dari asrama bercuti di rumah mama saja..cuti tahun baru cina nanti baru dia balik ke Port Dickson..lama sedikit bersama keluarga waktu cutinya itu... 


memandangkan ada ramai kat rumai jadi kami bercadang buat steamboat jer...lagi rami lagi meriah dan seronok jadinya...memang seronok sangat sesekali kalau dapat duduk semeja bersama-sama family begini...macam-macam gelagat anak-anak dan cucu dapat kita kongsi bersama..nak buat steamboat pun boleh beli lebih bahan apa yang kita suka..udang jer mama tak sediakan sebab ada yang allegik udang kat rumah ni...jadi beli mana yang jadi kesukaan mereka saja...


sos untuk pencicahnya mama buat sendiri saja..konon-konon ala Johnny steamboat la tu...kalau nak cuba kat bawah ni ada cara-cara nak buat sosnya...cuba sendiri yer kawan-kawan..memang sedap pun..hubby dan anak-anak pun cakap sedap rasa sosnya...suka hati bila ada yang memuji apa yang kita buat dan masak tu kan...

Bahan-bahan yang diperlukan...
cili merah,bawang putih,cuka.sos ikan
sos tiram,kicap,sedikit minyak bijan,sedikit air
sedikit sunquick (kalau suka masam boleh tambahkan)
bijan disagai dulu,daun ketumbar
garam,serbuk perasa n gula

Cara membuatnya..
1-Ambil cili merah,bawang putih,cuka,kicap,sos tiram,sos ikan,sedikit minyak bijan dan sedikit air...
2-Kisarkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga lumat..setelah siap masakkan sekejap di atas dapur..masukkan sedikit sunquick,garam,gula dan serbuk perasa secukupnya..
4-Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang telah dihiris-hiris halus dan bijan yang telah disagai tadi keatasnya...sos untuk steamboat siap untuk dihidangkan...
selamat mencuba semua...

Saturday, January 23, 2016

Nuffnang Bagi Rezeki Bulan Januari

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah !! dapat lagi rezeki awal tahun 2016 dari pihak Mr.Nuffnang...thanks Nuffnang Malaysia..tapi earningnya itu masih belum dikreditkan lagi...harap cepat-cepatlah kreditkan yer..
Tak sangka juga mama ada juga yang sudi singgah ke blog mama yang tak seberapa ini..pada teman blogger yang sudi like iklan nuffnang kat sini mama ucapkan berbanyak terima kasih yer...jasa kawan-kawan alam maya ini memang tak akan dilupakan selamanya...terima kasih daun keladi kalau datang ke sini sudilah klik iklan nuffnang mama lagi yer...


p/s rezeki berblog ni..

Thursday, January 21, 2016

Bila Dah Kepenatan Inilah Jadinya

ASSALAMUALAIKUM...
Melakukan tugas seharian memang agak memenatkan tapi bagi kita sebagai suri rumah sepenuh masa ni memang itulah tugas seharian yang selalu kita lakukan...memasak,mengemas rumah,mencuci pakaian dan banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan...memang tak pernah habis walaupun hari-hari melakukanya..tiada sedikit pun rasa jemukan...pelik la walaupun kerja yang sama kita lakukan sehari-hari masih kita tidak jemu dan masih juga tetap nak lakukan tugas-tugas itu..

itulah sebabnya orang kata tugas sebagai suri rumah sepenuh masa ini adalah satu tugas yang paling baik di dunia dan ianya akan sentiasa mendapat pahala yang berganda..keluarga amat penting buat kita kaum hawa ni..semua keperluan ahli keluarga terus terjaga rapi..pada kaum adam hargailah penat lelah isteri kerana mereka tetap melakukan semuanya untuk suami dan anak-anak walaupun kepenatan...


bagi mama pula semakin dah berusia ni..semakinlah kurang laratnya melakukan kerja seharian ni..terasa sakit seluruh urat sendi bila terlebih sangat melakukan kerja kat rumah ni...faktor usia la tu kan...semakin berusia semakin tulang jadi reput..tak boleh terlebih sikit buat kerja mulalah terasa keletihannya..lutut sakit,pinggang sakit,kaki kebas macam-macam ada..oleh itu terpaksalah lakukan sedikit-sedikit kerja yang mana perlu saja..mana yang berat lakukanlah bila betul-betul ada tenaga dan ada juga pembantunya supaya ianya tidak memudaratkan diri sendiri..


Wednesday, January 20, 2016

Wordless Wednesday # 564...Resepi Persahabatan

ASSALAMUALAIKUM...




Wordless Wednesday # 563...Strawberry Girl

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 562...Pekerjaan Banyak Dapat Pahala

ASSALAMUALAIKUM...


Tuesday, January 19, 2016

Bila Dua-Dua Buat Perangai

ASSALAMUALAIKUM...

Hari yang cukup sibuk hari ini..entah kenapa mama pun tak tahu kenapa hari ni terasa kepenatan sangat gayanya...kebiasaannya macam ni juga tapi hari ni luar biasa sikit pulak rasanya...cucuanda Damia dan anak asuhan Haris hari ni pulak buat hal..tak mahu tidur..bila tidurkan sekejap jer dah jaga balik...nak masak pun hari ni macam lipas kudung gayanya...terkejar ke buaian dan lepas tu berlari ke dapur semula melihat ikan yang sedang digoreng...terasa sangat meletihkan hari ini...masak pun cepat-cepat dan main campak-campak jer..bila cucu dan anak asuhan mama sudah menjerit minta dilayan hilanglah feel nak memasak menu yang lain sikit dari biasa...mood nak bersantai di dapur lama-lama memang tak adalah hari ini..masak jer menu yang cepat dan ringkas jer..bila dah keletihan kedua-duanya baru boleh lelapkan mata..barulah grandma dapat merehatkan diri sekejap jengah blog ini..

p/s bila dua2 dah nangis pening jadinya..

Monday, January 18, 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 By Emas Putih

ASSALAMUALAIKUM....

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Sunday, January 17, 2016

Hasil Kerja Tangan Jahitan Silang Pangkah

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah ! akhirnya siap juga tempahan pertama anakanda mama untuk tahun 2016 ini...jahitan silang pangkah berupa jam dan ianya boleh dijadikan hiasan jam untuk diletakkan di rumah...bukan mama yang membuatnya tapi hasil kerja tangan anakanda mama yang sulung tu...kalau mama memang minta ampun la...nak membuatnya kena bagi tumpuan sepenuhnya..lebih-lebih lagi sekarang ni badan,mata pun dah rabun memang tak termampulah nak nak duduk lama untuk menjahitnya...memang sakit pingganglah jawabnya..

Inilah kerja sampingan anakanda mama tu...selain bekerja tetap dia juga menerima tempahan membuat crossticth ini...pada kawan-kawan yang suka dengan hasil kerja tangan jahitan silang pangkah ni dan juga kalau ada yang teringin hendak membelinya bolehlah menghubungi anakanda mama yer...untuk tempahan bolehlah ke facebook anak mama dibawah ini..

 HP 019- 7019384 (AIN)

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wednesday # 561... Dendam

ASSALAMUALAIKUM....



Wordless Wednesday # 560..7 Sombong Dilaknat Allah

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday # 559..Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 558...Skim Cepat Kaya Dunia

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 557...5 Jambatan Hidup

ASSALAMUALAIKUM...




Tuesday, January 12, 2016

Resepi Butter Prawn Simple

ASSALAMUALAIKUM...

Sedapnya dapat layan menu butter prawn ni...kalau kat kedai makan memang mahal harganya jadi oleh itu marilah kita mencuba memasaknya sendiri...pasti seisi keluarga akan dapat merasa kepuasaan hasil dari air tangan kita sendiri..inilah menu yang baru bagi mama untuk mencuba memasaknya..kiranya percubaan pertamalah ni..itu sebab terlebih garing telur floss tu..jom kita tengok resepinya kat bawah ni yer..

Bahan-bahannya..
Udang,telur,minyak masak
butter,daun kari,bawang putih
sedikit garam (butter dah masin)gula
serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1-Bersihkan udang.potong muncung dan belah belakang keluarkan urat hitamnya...cuci dan toskan udang...
2-Gaulkan udang dengan lada sulah,garam dan tepung jagung gaulkan kesemuanya...gorengkan udang tadi dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan..angkat dan toskan..
3-Untuk flossnya ambil telur dan pecahkan..masukkan garam,serbuk perasa,susu cair..  kacau semua bahan itu. 
4-Panaskan kuali..masukkan butter dan minyak ...masukkan telur yang sudah dikacau tadi dengan menuangkannya dengan cara yang tinggi untuk membuat telur halus...sebelah tangan kacau telur dengan menggunakan bawah senduk yang bulat itu tanpa henti..masukkan daun kari,cili padi dan gula..kacau sehingga berbuih dan kekuningan yer..mama hari itu terlama sedikit memasaknya dan telur menjadi garing sangat...kacau sehingga telur itu kekuningan...
5-Bila telur dah kekuningan tutup api dan toskan minyaknya...
8-Akhir sekali tuangkan floss telur tadi di atas udang yang telah digoreng tadi..prawn butter siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain juga..
Selamat mencuba yer kawan-kawan menu butter prawn simple ini.. 

Resepi Masak Lemak Nangka

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama juga tak makan nangka muda ni...bila tekak dah terasa nak makan kena juga cari buah nangka muda ni...kalau kat kampung lebih senang pi cari jer kat bawah pokok nangka belakang rumah pasti ada jer buah nangka muda tergantung kat pokoknya...sekarang ni kalau teringin nak makan dan masak kenalah cari kat pasar tani,pasar malam atau kat pasar biasa..kekadang ada kekadang tak ada langsung..hari ini jom kita kongsi menu kampung yang sedap dan simple ni..

Bahan-bahannya...
sebiji atau separuh buah nangka muda
bawang merah,asam keping
cili padi,ikan bilis,daun kunyit
santan cair n pekat,kunyit hidup
garam,serbuk perasa.lada hitam (kalau suka)

Cara memasaknya...
1-Potong buah nangka kecil-kecik dan rebus dengan air...(letak minyak sedikit supaya getah nangka tak melekat kat periuk)bila dah empuk buangkan airnya..
2-Ambil cili api,kunyit hidup,bawang merah, ikan bilis tumbuk sehingga lumat..
3-Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi nangka yang telah direbus tadi bersama asam keping...
4-Masukkan dahulu santan cair dan masakkan di atas dapur sehingga mendidih..kacau selalu jangan sampai pecah santan yer..
5-Akhir sekali masukkan daun kunyit,santan pekat,garam dan serbuk perasa secukup rasa..kacau sehingga didih dan selepas tu bolehlah ditutup apinya..siap untuk dihidangkan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan masin..
selamat mencuba yer kawan-kawan...


Monday, January 11, 2016

Petang-Petang Bawa Kembang Jenjalan

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau ada masa terluang rajinlah anak mama membawa si Kembang ni pusing-pusing naik basikal..bawa jenjalan pun bukan jauh pun hanya bawa pusing-pusing kat sekitar depan rumah mama ni jer...


Elok jer si Kembang ni duduk dalam bakul basikal tu..seronoklah tu bila ada orang bawa dia jenjalan naik basikal petang-petang...


Anak mama memang rajin melayan si Kembang ni tu yang seronoknya dia..bila di suruh duduk diam dalam bakul tu dia pun duduk diam jer..terasa bahagia la si Kembang bila ada tuannya yang rajin melayannya..

p/s Kembang kesayangan...

Thursday, January 7, 2016

Janam Janam – Dilwale | Shah Rukh Khan | Kajol | Pritam | SRK | Kajol | ...

ASSALAMUALAIKUM...





Wednesday, January 6, 2016

Wordless Wednesday # 556...Makbulnya Doa Wanita

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 555...Tips Minum Air Sehari

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 554...Ucapkanlah Setiap Hari

ASSALAMUALAIKUM...



Monday, January 4, 2016

Bawa Awisy Dan Damia Jenjalan

ASSALAMUALAIKUM...
Hari cuti hujung minggulah masa yang ada untuk bawa Awisy dan Damia keluar jenjalan..mama dan papa Awisy bercuti dari bekerja jadi ada masa hendak meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka..mama hanya menumpang sekaki ikut sekali mereka keluar berjimba bersama..seronok tengok gelagat cucunda bergembira..


Hari ini Damia diam saja baring dalam strollernya..sesekali hendak juga di dokong penat agaknya asyik berbaring dalam strollernya tu...tapi sekarang berat Damia sudah semakin bertambah jadi bila mendokongnya sudah terasa penat tangan dan urat sendi papanya..jadi terpaksalah mama dan papa Damia carikan baby carrier untuk Damia kat Aeon semalam..


Atok sibuk dengan handphonenya juga..bukan nak buat apa tu..atok nak juga amik gambar cucunda kesayangannya itu bermain..cuney dok memerhatikan papa dan mama Awisy melayan Awisy bermain..grandma asyik snap gambo jer la...


tengok tu bukan main asyik Awisy bermain...leka sampaikan ajak balik Awisy tak mahu...


Papa dan mama Awisy melayan kerenah si bambam Awisy ni bermain bowling mininya itu..inilah rutin kami sekeluarga setiap hujung minggu..keluar berjimba bersama-sama..


Sunday, January 3, 2016

Rajin Menolong Budak Bambam Ini

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau hari cuti inilah kerja masa lapang papa Awisy...cuci kereta di hujung minggu..Awisy memang seronok kalau bab-bab main air ni..pantang diajak terus jer keluar...

 

Budak bambam Awisy tolong cuci kereta papa yer..awisy cucu papa siramkan...


 Bersemangat menolong sungguh budak bambam ni...main air main air sabun memang jadi kegemaran die..tak pe janji jadi budak yang rajin menolong semua orang sehingga besar nanti yer sayang...aamin..


Friday, January 1, 2016

Awal tahun Dah Kena Dera

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi-pagi di tahun baru Damia dah kena sakat...cian nyer cucunda grandma ni..sedihnya dia sebab tak dapat susu yer...sesekali posing gambar nangis pulak la yer cayang...nanti dah besar mia boleh tengok gambar mia nangis semasa kecil...walaupun nangis tetap kontrol cute muka tu...cayang cucunda grandma ni...

p/s cucunda kesayangan hati...

Rezeki 2015 Dari Nuffnang

ASSALAMUALAIKUM...

Masih ada lagi iklan yang melekat di blog mama pemberian dari Mr.Nuffnang kita ni..alhamdullilah masih ada juga rezeki dari blog mama ni...banyak juga earning yang masih belum dimasukkan...sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan kawan-kawan...inilah iklan promo dari nuffnang yang telah singgah kat blog mama di bulan Nov dan Dis 2015 yang lepas...kalau nak lebih lagi earning ni..mama kenalah kuatkan azam nak baiki dan update selalu entri kat blog ni..in sha Allah jika Allah masih mengizinkannya akan adalah entri dari blog mama ni...terimakasih kawan-kawan semua yang sudi hadir ke sini...cayang uolls semua...

p/s awal pagi 2016..


Selamat Tinggal 2015 Selamat Datang 2016

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT TINGGAL 2015

Selamat datang tahun baru 2016..masih ada lagikah impian yang ingin dilakukan pada tahun ini masih belum tercapai..?kalau masih ada lagi azam 2015 yang belum tertunai cubalah kuatkan lagi azam untuk terus melakukannya ditahun 2016 ini...

Sekejap jer dah bertemu tahun baru 2016 ini..rasanya baru lagi kita menyambut awal tahun 2015 hari tu..masa berjalan begitu pantas sekali..tiada apa yang dapat kita lakukan hanya tetapkan azam baru yang perlu kita jayakan di tahun baru ini..


 Inilah cuti-cuti yang akan kita lalui pada tahun 2016 nanti...semoga tahun 2016 ini akan memberikan seribu lagi kenangan dan kejayaan pada diri kita semua...tingkatkanlah amalan kita ditahun baru ini mahu pun amalan dunia juga amalan akhirat...In sha Allah Allah akan lipat kali gandakan pahalanya buat kita yang melakukannya..

SELAMAT DATANG TAHUN 2016



DUIT TABUNG