ASSALAMUALAIKUM...
Hujung minggu jer dah jadi satu kemestian kami akan keluar berjimba bersama...jenjalan saja kemana saja tempat shopping mall yang dirasakan kami ingin pergi...masalahnya tetiba pula tayar kereta pancit pula terpaksalah la bawa ke kedai untuk dibaiki dulu..sampai kedai tayar tu pomen cek dan lihat bahawa tayar tu tidak boleh dugunakan lagi sebab tayarnya dah merekah jadi terpaksalah tukar saja tayar yang lain....
Kebetulan ada kedai serbaneka 7Eleven bersebelahan kedai tayar tu...kami ambil kesempatan melepak di situ sementara menunggu kerja penukaran tayar baru siap..melepak kat kedai 7Eleven sambil melayan dak Darwisy dan cuneynya makan maggi....
Kenapa tak gemuk jugak ni..makan punyalah banyak tapi masih tak naik berat badan ni...Persoalannya orang lain nak kurus mama ni pula nak gemuk...bersyukurlah dengan segala apa yang ada...tak perlu nak meminta lebih-lebih sebab ianya bukan milik kita walaupun hari-hari makan bertambah pun jika tak boleh nak gemuk memang tak adalah...alhamdullilah setakat ni berat badan mama memang tetap maintain 55kg...kalau naik pun hanya 1kilo jer esok turun semula....
tengok menu macam ni jer dah tak boleh tahan...makan bertambah-tambah lebih-lebih lagi bila kena dengan nasi panas...rasa macam tak boleh nak berhenti makan jer...nafsu makan kuat mama ni tapi tulah badan tetap tak boleh nak berisi sedikit...kurus sangat pun tak elok juga sebenarnyakan..jadi kononya naklah berisi sedikit tu yang makan lebih tapi tak juga boleh...tak kisahlah kurus ke gemuk ke janji badan mama sihat dan tak ada masalah penyakit yang lain...
Alhamdullilah settel juga urusan pertukaran kad ATM yang lama ke yang baru ini...kalau nak diikutkan memang malas nak menunggu di setiap bank untuk urusan ini tapi nampaknya urusan pertukaran kad ATM mama ni dipermudahkan kesemuanya...hanya satu kad maybank saja yang mama buat melalui online saja...
tarikh ulang tahun perkahwinan buat anakandaku Nurul Ain dan Mohammad Suhaimi yang ke 5tahun...di doakan semoga perkahwinan yang dibina ini bahagia selalu dan jodoh ini kekal hingga ke jannah hendaknya...
Sesekali ngeteh bersama keluarga memang seronok...nasib baik 2 orang budak kecik ni masih belum tidur lagi...hubby sibuk nak makan mee goreng jadi kami semua ambil keputusan ngeteh saja di luar...kedai yang jadi tumpuan adalah kedai makan Pak Kassim...dak Darwisy memang tak lepas dari order air milo aisnya...feveret si kecik ni...
maggi goreng pattaya kononnya tapi tak menjadi...jadi menu maggi goreng selimut telur dadar jer ni...menu untuk menantu mama..
menu anak sulung mama roti sardin...sedap roti sardinnya ni...
menu untuk hubby tapi berkongsi dengan mama sebab hubby tak boleh habiskan seorang...mee goreng kering...
last sekali menu kedua-dua anak dara mama nasi goreng ayam...seronok sesekali ngeteh dan makan-makan bersama begini...perut kenyang hati senang...
Aduh !! Setiap tahun memang inilah yang akan terjadi...memang tidak boleh dielakkan lagi...mati serentak ketiga-tiganya di bulan yang sama..bila dah mati memanglah wajib dihidupkan semula kalau tidak boleh patah kaki dibuatnya...nak buat macam manakan.. inilah padahnya kalau beli kereta masa yang sama pada hujung tahun...lepas ni kalau nak membeli kereta lain kenalah pandai-pandai cari masa supaya tak sama tarikh matinya sekali serentak macam ini yer...
p/s parah kalau ketiga2 nya mama yg kena bayar seorang...
Dah berkali-kali ingatkan diri bila keluar nak cari juga bendaalah ini...apalah mama ni kan asyik terlupa jer bila dah keluar jenjalan atau ke kedai...semalam bila keluar untuk renew roadtax barulah teringat nak beli sebab opis nak renew roadtax tu bersebelahan dengan 7eleven jadi masa inilah ambil kesempatan mencari "mister potato"color ungu ni...kalau tak dibeli memang akan terlupa lagi nanti....
Memang bestlah rasa sweet mister potato Ungu ini...sekali hadap saja dah habis...sorang seluk dua seluk last-last habis juga...memang best rasanya tu yang laju semacam makannya...next time boleh beli lagi...harganya agak mahal sikitlah dari harga perisa yang lain tu...mahal tapi sedap apa ada kisah kan..
Sempat juga sama-sama ngeteh malam ni...walaupun kami duduk berdekatan tapi jarang keluar sesama begini...masing-masing ada kerja dan tanggungjawab...malam ni sempat juga keluar bersama ngeteh di restoren yang baru dibuka..nak test sekali menu kat sini..bila dah berjumpa tu memang ada saja cerita yang nak dibualkan
sambil berbual-bual mama dan hubby order roti sardin sekeping saja..kongsi berdua..kakak dan abang ipar pula order mee goreng..kami semua bersembang sambil makan...hubby kalau dah ada geng memang ada saja cerita yang hendak disembangkan..
Sesekali berjumpa memang banyaklah ceritanya..semoga ikatan persaudaraan ini akan terus kekal selamanya...ada masa nanti kita ngeteh lagi yer...
Papan tanda macam ni pun adakan...Siapalah yang punya angkara macam ni agaknya...rasanya tengok dari tulisan,cara dan bunyinya macam mat bangla jer yang tulis ayat-ayat ini...tapi tak tahu la...nak guna tandas pun ada begitu banyak casnya...semuanya ada..bukan hanya buang air besar dan kecik jer kena cas yang lain-lain juga terpaksa berbayar mengikut keperluannya...inilah rupanya kalau pekerja yang ditugaskan di tandas awan adalah pekerja asing..ikut suka dialah apa pun dia nak tulis kat papan tanda tu...
p/s dunia dah semakin parah..semua benda kena berbayar...
Semalam cuaca berkabus hari ini mendung dan hujan pula..begitulah lumrah alam yang diciptakan Allah ini..ada hujan mendung cerah dan panas...kekadang diberikan kita ribut tauan,banjir dan berbagai-bagai musibah...semuanya adalah kejadian alam yang dicipta Allah untuk kita manusia di muka bumi ini..bersyukurlah dengan anugerah yang dikurniakan ini...hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya....
Cuaca sejuk-sejuk ni memang malas segala-galanya...tapi bila bab makan ni memang kena rajin-rajinkanlah diri ini masuk ke dapur sebab kalau tak berasap dapur tu memang laparlah perut ni...hari ni mama nak sharekan resepi mudah yang simple untuk dimasak..tekak teringin nak makan spaghetti la pulak...tengok kat peti ais tak berapa nak ada bahannya tapi buat jer la apa yang ada...janji perut dapat dikenyangkan...
Okay bahan-bahannya ikut resepi mama ni la yer...apa yang ada jer yer dak...pada yang suka boleh jer letak bahan-bahan yang disukai...kita buat dia kan janji sedap kat tekak...
1-Ambil spaghetti rebuskan dulu...letak sikit minyak zaitun dalam air rebusan tu...nak elak spaghetti melekat nanti...dah cukup masak angkat dan toskan...
2-Nak buat kuahnya pula...keluarkan cendawan dalam tin..potong hiris2kan cendawan butang tu..bila dah siap letakkan dalam mangkuk...
3-Panaskan minyak kalau tak ada minyak zaitun minyak biasa pun bolehla...tumiskan bawang kalau nak sedap guna bawang holland yer.. kemudian masukkan sedikit cili kering yang telah diblander dulu..mama suka letak cili sebab nak pedas...tekak orang melayu kalau tak ada pedas tak sah kan...
4-Bila cili dah garing masukkan daging hancur..biarkan sehingga daging itu lembut dan empuk secukupnya...setelah itu bolehlah dimasukkan sos spaghetti tomato prego dan daun bay ke dalamnya...apa-apa perasa sos spaghetti pun boleh digunakan..biarkan sehingga masak...perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya...
5-Bila dah siap bolehlah dihidangkan...letak mee spaghetti ke dalam mangkuk dan letakkan kuahnya ikut suka berapa banyak nak letak dan makan...kalau suka boleh taburkan chess di atas mee spaghetti tu..mama stok chess dah habis jadi tak payah la nak tabur-taburkan makan jer apa yang ada..kalau kawan-kawan suka taburkan chess kat atas mee spaghetti tu baru feel mat salleh sikit kan...okay kawan-kawan selamat mencuba yer resepi mudah dari mama ni...
p/s sesekali tekak orang melayu ni nak juga makanan orang putih kan..
Cuaca memang sejuk dari semalam...hujan renyai-renyai sampai ke petang...baju yang dibasuh pun tak dapat diangkat semalam sebab lembab dan sejuk saja...bangun pagi ni pun masih terasa kesejukannya lagi...hari ni pula cuaca sejuk disertakan dengan kabus sekali...dah macam berada di Cameron Highland pulak rasanya pagi ni..diharaplah sangat sang mentari muncul pagi ini...dapat juga mengeringkan baju semalam yang lembab tu...
p/s supermoon pun tak dpt tengok semlm disbbkan faktor cuaca...
Cuaca kat luar hari ni memang sejuknya sampai ke tulang...nak pergi dapur rasa bercinta sangat...kalau ada orang yang nak masakkan alangkah seronoknya...makanan siap dihidang kita cuma duduk makan jer...tapi rumah mama ni mana nak datangnya orang gaji...kalau lapar bangun masaklah sendiri...kalau tak nak masak laparlah perut tu...nasib badan kan...bangun juga la kan..sebab mama nak memanaskan badan dari kesejukan cuaca hujan kat luar tu...apa yang mudah dan senang nak bagi badan dan telinga panaskan..ini dia sambal belacan cili api panas badan namanya...jomlah apa tunggu lagi jom kita menumbuk sambal belacan simple ni...
1-Ambil cili api kalau ada cili kampung lagilah sedapnya...boleh meraung satu rumah kena cili mulut tu...semuanya mama guna cili padi hijau dan campur yang merah sedikit..kalau letak cili hidup tak pedas pula nanti...kalau ada yang alah cili padi tu eloklah tambahkan dengan cili hidup juga...nanti pedih perut susah pulak jadinya...
2-Ambil belacan agak-agak berapa banyak cili padi tu...pastu kalau suka bakarkan sekejap belacan tu...bila dah siap bolehlah kita menumbuknya...
3-Masukkan cili padi.belacan,garam sedikit,serbuk perasa mama tambah sedikit ikan bilis...tumbuklah kesemua bahan tadi sehingga lumat...bila dah siap angkatkan letak dalam bekas...kalau suka perahkan limau kasturi ke dalam sambal belacan tu...sebab ada yang tak suka letak limau..bagi mama perahkan air limau tu lagi sedap rasanya...makan boleh bertambah-tambah nasi berpinggan-pinggan jadinya...
memang berasaplah mulut dan telinga lepas makan tengahari ni...amik kau ! nak panas badan sangatkan..lepas makan memang panaslah badan tu...okay selamat mencuba yer kawan-kawan semua...
Lengkap juga 3 botol air Hello Kitty dak Darwisy ni...semuanya ada 3 color yang berlainan...merah, pink dan biru....boleh la grandma pinjam nanti yer...buat hiasan kat almari dapur....
Darwisy ni kalau dah suka sesuatu tu memang benda tu la yang akan di carinya...dah dapat ketiga-tiganya barulah puas hati dia...botol air ini akan diberikan percuma di dalam kotak bersama dengan coklat kitkat tersebut...pada yang gemar pada jenama hello kitty ini memang akan mencari kesemuanya untuk dijadikan koleksi simpanan...coklat kitkatnya bolehlah dimakan yer bukan untuk disimpan jer...
Seronoknya Darwisy ada kawan bermain yer...hari ini mama Darwisy dan ibu Mairah pergi kelas membuat kek...jadi Mairah kenalah tinggal dengan grandma..dapat juga bermain dengan Darwisy hari ini...
Sibuk bermain budak kecik berdua ni...seronok mereka bermain di dalam khemah ni..
Apalah yang ditengok tu...cerita kartun kat tv la tu...leka sangat tengok..
Wah !! meriahnya rumah grandma hari ni...puas-puas bermain Darwisy dan Mairah yer...semua mainan habis dikeluarkan hari ini...main puas-puas yer sayang lepas ni boleh tidur pula...