JIRAN TETANGGA

Friday, October 7, 2016

Resepi Daging Briyani

ASSALAMUALAIKUM...

Kredit gambar : Mr.Google

 Lama juga rasanya mama tak siarkan resepi di blog mama inikan...rindu pulak nak menaip dan berkongsi resepi mudah di sini...hari ni mama nak postkan satu resepi yang cukup best sekali buat kawan-kawan alam maya mama...bukan apa keteringinan tekak mama ni semalam maka terjadilah menu ini...tapi lupa pulak nak snap gambarnya semalam...pinjam Mr.Google jer la yer...

Bahan-bahannya..
1kg daging lembu dipotong
3ulas bawang besar dihiris
2 sudu besar minyak sapi + minyak kelapa
4 sudu rempah briyani
1/2 tomato puri (jika suka)
3 biji tomato dihiris(jika suka)
3 sudu serbuk badam
4 biji kentang potong 4
1/2 tin susu cair
daun ketumbar
garam/serbuk perasa
rempah penumis
(kulit kayu manis.pelaga,bunga cengkih)

Bahan untuk dikisar
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah 
4 biji cili hijau
sedikit halia

Cara-cara memasaknya...
1-Perapkan dahulu daging tadi dengan bahan yang telah dikisar selama 1 jam..
2-Panaskan minyak sapi dan minyak..tumiskan rempah penumis dan bawang yang telah dihiris-hiris tadi...masukkan pes rempah briyani dan masak sehingga pecah minyak.
3-Masukkan daging yang telah diperap tadi, tomato puri, tomato hiris,bawang goreng,kentang dan sedikit daun ketumbar..
4-Masukkan sedikit air, susu cair dan serbuk badam..tambah dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa..Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat..
5- Menu briyani daging siap untuk dihidangkan bersama nasi putih atau nasi briyani...selamat menjamu selera yer kawan-kawan...



4 comments:

  1. Salam jumaat mama .. singgah sini 😊

    ReplyDelete
  2. yA aLLAH...SEDAPNYA!!

    bw dri segmen sis Mia

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... singgah malam.. sedapnya daging briyani... ala rempah dah ada.. cuma ada bahan2 yg tak lengkap

    ReplyDelete

DUIT TABUNG