JIRAN TETANGGA

Tuesday, April 26, 2016

The Shore Sky Tower Melaka

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas makan kami ke bangunan tertinggi di Melaka "The Shore Sky Tower"...memang agak mengerunkan juga bila berjalan untuk naik ke atas menara bangunan ini...bila tengok bawah memang gayat rasanya...


Nampak normal jer hubby tu tapi yang sebenarnya gigil dan gayat...budak-budak muda macam anak mama ni memang macam dah biasa jer bila berjalan kat atas laluan ini...boleh pulak berhenti nak snap gambar kat sini...


Gigil juga kaki bila tengok bawah tangga ni...


Cover gigillah tu..buat-buat hepi jer ambil gambar kat sini...


Dah sampai ke atas bumbung The Shore Sky Tower ni...snap gambar sudah jadi kemestiannya...buat kenangan yang kami semua dah sampai ke sini...


Memang cantik pemandangan kat atas ni...dapat tengok keseluruhan Bandar Melaka ini...teropong untuk melihatnya ada disediakan disekitaran kawasan ini..pilih saja kawasan yang mana kita nak melihatnya...


Kawasan yang paling ngeri nak berdiri untuk ambil gambar...pada yang gayat janganlah berdiri di sini...nampak bahagian bawahnya...ngeri nak tengok bawah...anak mama yang berani nak berdiri dan snap gambar di sini...macam nak jatuh jer bila pandang ke bawah bangunan ini...


Suasana paling cantik adalah ketika mentari terbenam di sini...mama tak sempat pun nak tunggu matahari tu terbenam sepenuhnya...hanya ambil ketika ini saja...


Inilah bangunan disekitarnya...nampak jelas bangunan disekitarnya semuanya rendah saja..




Sempat lagi snap satu gambar dengan hubby di atas bangunan ini...


p/s nantikan entri percutian seterusnya...

5 comments:

  1. errr saya gayat! mgkn tak naik la kot kat situuuuuu!

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya. cantik tempat tu..

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya Awisy dgn adik tak boleh naik bumbung itukan
    Nasiblah lepas:)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG