JIRAN TETANGGA

Saturday, April 23, 2016

Layan Cinema Malam Semalam

ASSALAMUALAIKUM....

Sesekali layankan juga pergi menonton wayang dengan anak-anak dara berdua ni...sibuk nak bawa mak dan ayahnya ni pergi tengok movie cerita Huntsman Winter War ni..memang betul-betul winter la jadinya...kesejukan kami berada di dalam panggung menonton cerita ini...nasib baiklah pakai baju sejuk semalam kalau tidak memang beku kat situ juga..

Best juga dapat menonton dan merehatkan diri bersama-sama 
anak dara berdua ni..jalan cerita ini pun boleh tahan best juga...dapat juga merasai keseronokkan dan kemesraan ini bersama anak-anak..gembira hati mak dan ayah ni dapat meluangkan masa dan menonton bersama-sama anak-anak...Darwisy dan Damia pula memang tak boleh ikut sebab dah masa untuk mereka berdua tidur...

sempat snap satu gambar sebelum movie bermula...

1 comment:

DUIT TABUNG