JIRAN TETANGGA

Tuesday, April 12, 2016

Baru Servis Dah Kena

ASSALAMUALAIKUM...
Baru hari Sabtu lepas bawa kereta ni pergi servis...semalam anak mama dah sondolkannya dengan kereta lain...nasib baiklah tak ada apa-apa berlaku pada anak mama hanya bonet depan kereta tu jer yang kemek...terpaksalah bawa masuk hospital juga bagi repair mana yang sepatutnya..nasib baik ada kereta lain kalau tidak memang patah kakilah jawabnya...



Nasib baik kereta yang disondol tak banyak kemeknya...tapi nak repair banyak juga kena keluar duitnya...bila dah macam ni duit repairnya terpaksa bayar 2 kereta sekali..nak buat macam manakan benda dah nak terjadi..itupun mama bersyukur taklah berlaku perlanggaran yang teruk sangat dan anak mama pun tak ada masalah lain...



1 comment:

  1. Alhamdulillah.. kata orang duit boleh dicari.. tapi pening jugakkan.. hihi. Semoga kita semua sentiasa dalam peliharan-Nya

    ReplyDelete

DUIT TABUNG