JIRAN TETANGGA

Tuesday, January 26, 2016

Resepi Sos Steamboat Yang Paling Sedap..Yer Ke Sedap

ASSALAMUALAIKUM...

Hari cuti hujung minggu yang lepas mama dan family bersteamboat bersama-sama..buat sendiri kat rumah jer..kebetulan ada cucu saudara mama yang bersekolah di MRSM Pontian datang bercuti ke sini..nak balik ke Port Dickson jauh dan memandangkan cuti hanya 3 hari saja jadi mama dan hubby ambil dia keluar dari asrama bercuti di rumah mama saja..cuti tahun baru cina nanti baru dia balik ke Port Dickson..lama sedikit bersama keluarga waktu cutinya itu... 


memandangkan ada ramai kat rumai jadi kami bercadang buat steamboat jer...lagi rami lagi meriah dan seronok jadinya...memang seronok sangat sesekali kalau dapat duduk semeja bersama-sama family begini...macam-macam gelagat anak-anak dan cucu dapat kita kongsi bersama..nak buat steamboat pun boleh beli lebih bahan apa yang kita suka..udang jer mama tak sediakan sebab ada yang allegik udang kat rumah ni...jadi beli mana yang jadi kesukaan mereka saja...


sos untuk pencicahnya mama buat sendiri saja..konon-konon ala Johnny steamboat la tu...kalau nak cuba kat bawah ni ada cara-cara nak buat sosnya...cuba sendiri yer kawan-kawan..memang sedap pun..hubby dan anak-anak pun cakap sedap rasa sosnya...suka hati bila ada yang memuji apa yang kita buat dan masak tu kan...

Bahan-bahan yang diperlukan...
cili merah,bawang putih,cuka.sos ikan
sos tiram,kicap,sedikit minyak bijan,sedikit air
sedikit sunquick (kalau suka masam boleh tambahkan)
bijan disagai dulu,daun ketumbar
garam,serbuk perasa n gula

Cara membuatnya..
1-Ambil cili merah,bawang putih,cuka,kicap,sos tiram,sos ikan,sedikit minyak bijan dan sedikit air...
2-Kisarkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga lumat..setelah siap masakkan sekejap di atas dapur..masukkan sedikit sunquick,garam,gula dan serbuk perasa secukupnya..
4-Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang telah dihiris-hiris halus dan bijan yang telah disagai tadi keatasnya...sos untuk steamboat siap untuk dihidangkan...
selamat mencuba semua...

3 comments:

  1. ok boleh cuba ber-steamboat sendiri di rumah setelah membaca entri ini...

    ReplyDelete

DUIT TABUNG