ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama juga tak makan nangka muda ni...bila tekak dah terasa nak makan kena juga cari buah nangka muda ni...kalau kat kampung lebih senang pi cari jer kat bawah pokok nangka belakang rumah pasti ada jer buah nangka muda tergantung kat pokoknya...sekarang ni kalau teringin nak makan dan masak kenalah cari kat pasar tani,pasar malam atau kat pasar biasa..kekadang ada kekadang tak ada langsung..hari ini jom kita kongsi menu kampung yang sedap dan simple ni..

Bahan-bahannya...
sebiji atau separuh buah nangka muda
bawang merah,asam keping
cili padi,ikan bilis,daun kunyit
santan cair n pekat,kunyit hidup
garam,serbuk perasa.lada hitam (kalau suka)

Cara memasaknya...
1-Potong buah nangka kecil-kecik dan rebus dengan air...(letak minyak sedikit supaya getah nangka tak melekat kat periuk)bila dah empuk buangkan airnya..
2-Ambil cili api,kunyit hidup,bawang merah, ikan bilis tumbuk sehingga lumat..
3-Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi nangka yang telah direbus tadi bersama asam keping...
4-Masukkan dahulu santan cair dan masakkan di atas dapur sehingga mendidih..kacau selalu jangan sampai pecah santan yer..
5-Akhir sekali masukkan daun kunyit,santan pekat,garam dan serbuk perasa secukup rasa..kacau sehingga didih dan selepas tu bolehlah ditutup apinya..siap untuk dihidangkan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan masin..
selamat mencuba yer kawan-kawan...