JIRAN TETANGGA

Tuesday, January 19, 2016

Bila Dua-Dua Buat Perangai

ASSALAMUALAIKUM...

Hari yang cukup sibuk hari ini..entah kenapa mama pun tak tahu kenapa hari ni terasa kepenatan sangat gayanya...kebiasaannya macam ni juga tapi hari ni luar biasa sikit pulak rasanya...cucuanda Damia dan anak asuhan Haris hari ni pulak buat hal..tak mahu tidur..bila tidurkan sekejap jer dah jaga balik...nak masak pun hari ni macam lipas kudung gayanya...terkejar ke buaian dan lepas tu berlari ke dapur semula melihat ikan yang sedang digoreng...terasa sangat meletihkan hari ini...masak pun cepat-cepat dan main campak-campak jer..bila cucu dan anak asuhan mama sudah menjerit minta dilayan hilanglah feel nak memasak menu yang lain sikit dari biasa...mood nak bersantai di dapur lama-lama memang tak adalah hari ini..masak jer menu yang cepat dan ringkas jer..bila dah keletihan kedua-duanya baru boleh lelapkan mata..barulah grandma dapat merehatkan diri sekejap jengah blog ini..

p/s bila dua2 dah nangis pening jadinya..

2 comments:

  1. hehe...dua-dua si comel ni nak berebut perhatian grandma...

    ReplyDelete
  2. Hihi...bersilat la grandma hari ni ya..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG