JIRAN TETANGGA

Thursday, January 21, 2016

Bila Dah Kepenatan Inilah Jadinya

ASSALAMUALAIKUM...
Melakukan tugas seharian memang agak memenatkan tapi bagi kita sebagai suri rumah sepenuh masa ni memang itulah tugas seharian yang selalu kita lakukan...memasak,mengemas rumah,mencuci pakaian dan banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan...memang tak pernah habis walaupun hari-hari melakukanya..tiada sedikit pun rasa jemukan...pelik la walaupun kerja yang sama kita lakukan sehari-hari masih kita tidak jemu dan masih juga tetap nak lakukan tugas-tugas itu..

itulah sebabnya orang kata tugas sebagai suri rumah sepenuh masa ini adalah satu tugas yang paling baik di dunia dan ianya akan sentiasa mendapat pahala yang berganda..keluarga amat penting buat kita kaum hawa ni..semua keperluan ahli keluarga terus terjaga rapi..pada kaum adam hargailah penat lelah isteri kerana mereka tetap melakukan semuanya untuk suami dan anak-anak walaupun kepenatan...


bagi mama pula semakin dah berusia ni..semakinlah kurang laratnya melakukan kerja seharian ni..terasa sakit seluruh urat sendi bila terlebih sangat melakukan kerja kat rumah ni...faktor usia la tu kan...semakin berusia semakin tulang jadi reput..tak boleh terlebih sikit buat kerja mulalah terasa keletihannya..lutut sakit,pinggang sakit,kaki kebas macam-macam ada..oleh itu terpaksalah lakukan sedikit-sedikit kerja yang mana perlu saja..mana yang berat lakukanlah bila betul-betul ada tenaga dan ada juga pembantunya supaya ianya tidak memudaratkan diri sendiri..


6 comments:

  1. betul TT_TT
    kalau penat tak larat mmg terrrrbaring je hihi

    ReplyDelete
  2. Bila dah letih tengok dua hero yg dijaga lena ambil masalah Mas
    Rehat macam kucing tu - sedapnya dia baring hihi..

    ReplyDelete
  3. comel meow tu tido... ekin ni sejak masuk angka 3 series ni sakit sendi dah mai.. ni tak beranak lagi pun..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG