JIRAN TETANGGA

Thursday, December 31, 2015

Gerua - Shah Rukh Khan | Kajol | Dilwale | Pritam | SRK Kajol Official N...

ASSALAMUALAIKUM...



p/ s jumpa lagi di tahun hadapan 2016..

LOVE STORY (Where Do I Begin?) - Andy Williams

ASSALAMUALAIKUM...



Wednesday, December 30, 2015

Wordless Wednesday # 553..Tanda Doa Dimakbulkan

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 552..Tips Sihat

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday # 551...Azab Suami Jika...

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday # 550...Nur Damia Zulaikha

ASSALAMUALAIKUM...

Nur Damia Zulaikha : "Comel tak saya bila pakai tudung ni...ni semua gara-gara kerja cuney saya.."

p/s genap 3 bln hari ni...

Tuesday, December 29, 2015

Haris Dan Damia

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap pagi dan petang inilah rutin seharian mama bila budak kecik berdua ni belum tidur lagi..dok melayan mereka sehingga penat..bergulit,bergolek dengan mereka memang seronok sekali..gelak dan tawa mereka buat hati ceria selalu...bila dah betul-betul penat barulah senang nak tidurkan mereka berdua ni..

Petang pula bila dah siap beginilah kedua-duanya bergolek jer sambil menunggu mama pulang dari kerja..leka budak kecik berdua ni memandang sesuatu..semakin hari semakin membesar..

p/s dua2 dah tido ni kena cpt2 buat apa yang patut..

Monday, December 28, 2015

Puas Hati Makan Hasil Tanaman Sendiri

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah dapat juga merasa hasil tanaman sendiri..semalam mama dan hubby dibantu menantu telah bergotong royong mencabut ubi hasil tanaman cinonet depan rumah ni...dapat juga merasa hasil tanaman sendiri..itulah dia kalau kita berbudi pada tanah inilah hasilnya...walaupun sedikit tapi berbaloi dan puas hati sangat...jadilah menu sarapan pagi ini..cicah pula dengan sambal tumis ikan bilis memang mabeles sangat...tapi mama ni tak boleh makan banyak sangat nanti perut mulalah jadi sebu dan asyik nak melepaskan angin jer nanti...makan pun ala kadar saja..


Friday, December 25, 2015

Susah Pulak Malam Ni..

ASSALAMUALAIKUM...
Dah malam-malam macam ni pun masih susah juga nak lelapkan mata ni...kalau dah terlewat masa tidur macam ni la gayanya...makin susah la mata ni nak terlelap...lihat muka hubby disebelah ni dah jauh dibuai dalam mimpi-mimpi indah agaknya...terpaksalah layan mata ni dengan menonton tv tapi masih tak boleh juga nak lelapkan mata ini...cuba cari cara lain yang boleh buat mata ini terlelap...okaylah kawan-kawan sebelum terlelap mama ucapkan selamat pagi yer..



P/s cuba layan baca novel pula..

Thursday, December 24, 2015

Sibuk Dengan Cucunda

ASSALAMUALAIKUM...
Ramai blogger mengadu kebelakangan ini pasal follower mereka ramai yang hilang...entah kenapalah jadi macam tu kan...mungkin ada masalah dengan laman web blogger ni atau hanya berlaku pada blog yang jarang berupdate kot..entah la mama pun kurang tahu..blog mama pun salah satu yang terkena tiba-tiba follower jadi susut dan terus hilang entah kemana agaknya...biarlahkan semua itu..janji apa yang kita lakukan atau tulis kat blog ini jadi ingatan,kenangan dan bermanafaat untuk semua...bukan semua follower kat blog kita datang singgah baca entri kitakan..

Lama juga tak menulis panjang-panjang kat blog mama ni..rasa macam dah beku kepala otak ni..tapi bila teringat balik blog mama yang tak seberapa ni rasa macam sayang pulak nak dibiarkan begitu saja...kebelakangan ni mama sibuk dengan cucunda kesayangan..sentiasa sibuk dari buat kerja rumah juga melayan cucuanda mama ni..walaupun sibuk tetap juga nak postkan entri di sini..cucunda mama pun dah semakin membesar dan dah mula aktif sesangat..tu yang kekadang terpaksa melupakan sekejap blog mama ni...
Kekadang tu semakin malas juga nak update blog biasa-biasa mama ni..kalau dah semakin lama semakin malas la jawabnya..tinggal lama-lama semakin bersarang dan bersawang la nanti...tak kisahlah apa-apa pun. mama pun bukannya blogger tegar pun hanya sekadar blogger biasa-biasa aja...pada yang sudi singgah ke sini mama ucapkan berbanyak-banyak terima kasih la...jangan marah yer kalau mama lambat membalas balik kunjungan dari kawan-kawan semua..In sha Allah jika ada masa kelapangan mama akan singgah berkunjung juga ke blog kawan-kawan semua...


Wednesday, December 23, 2015

Wordless Wednesday # 549...Air Mata Tiga Solat

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 548...Kenali Logo Halal Malaysia

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 547...Nafkah Suami Kepada Isteri

ASSALAMUALAIKUM..

Wordless Wednesday # 546...Dah Pandai Senyum

ASSALAMUALAIKUM...

p/s wajah kesayangan hati...


Monday, December 21, 2015

Kena Ganggu Sesuatu

ASSALAMUALAIKUM...
Inilah kisah yang mama ingin ceritakan tempohari...suspen dan seram kisah ini...cerita ini diceritakan semula oleh anak mama yang bekerja di legoland..sememangnya setiap hari minggu anak mama akan bertugas berseorangan di opisnya...hanya di bahagian IT sahaja setiap hari Sabtu dan Ahad akan ada cuma seorang yang akan bertugas pada hari tu...

Kebetulan pada satu hari untuk menghilangkan kebosanan anak mama secara tak sengaja mengambil gambar di atas meja bekerjanya...anak mama pada mulanya memang tidak perasan pada gambar yang diambilnya itu..bila dia menghantar gambar itu di group whatsapp family mama dok menegur dan bertanya dia bekerja dengan siapa...jawapannya hanya dia seorang saja...tapi mama bertanya kenapa kat skrin laptop ke 2 tu ada bayangan kepala seseorang..


gambar 1 dalam bulatan tu tiada bayangan

Memang terkejut anak mama bila tengok gambar itu semula...tetiba jer rasa seram sejuk pulak katanya...memang banyak perkara yang pelik berlaku ketika anak mama bekerja berseorangan atau pun berdua...kekadang tu ada juga kena kacau bila tiba-tiba mesin photostat berbunyi sendiri,kekadang tu ada terdengar bunyi seperti seseorang sedang menaip keyboard dan macam-macam lagi la..bila ada terdengar bunyi yang pelik-pelik macam tu anak mama akan cepat-cepat keluar ke theme park atau terus balik jer..

gambar 2 ada bayangan di tepi skrin laptop tu..

Kalau kawan-kawan tengok gambar di atas ini ada tak perasan memang ada bayangan hitam seseorang di tepi skrin laptop itukan...benda-benda halus macam ni selalunya memang ada dimana-mana saja..hanya kita sebagai manusia ni jer yang tidak boleh nampak dengan mata kasar kita..kita kena kuat semangat dan banyakkanlah membaca ayat-ayat suci Al-Quran selalu...

p/s semoga kita dijauhi dr perkara2 yg tidak diingini...

Friday, December 18, 2015

Cerita Disebalik Gambar Ini

ASSALAMUALAIKUM...

Gambar 1


Gambar 2

Cuba kawan-kawan lihat betul-betul apa yang peliknya dengan ke dua-dua gambar ini..apa agaknya benda yang tersembunyi itu...siapa yang berjaya menekanya akan ada hadiah dari mama...setelah itu ada juga cerita yang suspen disebalik gambar ini..mama akan ceritakan apa cerita yang suspen sangat dengan gambar2 ini setelah kawan-kawan berjaya menekanya...kalau nak tahu ceritanya kenalah tunggu yer...


Wednesday, December 16, 2015

Wordless Wednesday # 545...Cara Saidina Umar Mendidik Anak

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 544...Ketika Sakit

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 543...Pahala Setelah Mati

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday # 542...Peringatan Buat Anak-Anak

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday # 541...Cucunda Kesayangan

ASSALAMUALAIKUM...

P/s Buah hati pengarang jantung grandma...

Monday, December 14, 2015

Juara Final Gegar Vaganza 2

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah ! tahniah ! buat Siti Nordiana kerana telah berjaya menjadi juara Gegar Vagaza musim ke 2 kali ini..inilah hasilnya dan Nana telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000.00..sebelum ini Nana telah digelarkan sebagai penyanyi kampung saja tapi lihatlah siapa sangka penyanyi kampung juga boleh berjaya jika ada usaha dan semangat yang kental..walaupun Nana seorang ibu tunggal tapi beliau mampu menjalani kehidupan yang sederhana sebagai penyanyi dan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak beliau yang kini telah berusia 6tahun..


Tahniah juga untuk Farahdhiya dan Ezad Lazim kerana telah menduduki tempat ke 2 dan ke 3..masing-masing mendapat wang tunai sebanyak RM 50,000 dan RM 30,000...tahniah juga buat Ah Chong Sweetchild dan Haiza kerana mendapat tempat ke 5 dan ke 6...


Berakhir sudah Konsert Gegar Vaganza musim ke 2 dan kita akan bertemu lagi di musim ke3 ditahun hadapan pula...kita nantikan pula siapakah artis yang akan berentap di musim hadapan nanti yer...


Sunday, December 13, 2015

Final Gegar Vaganza 2 Malam Ini

ASSALAMUALAIKUM...


Malam ini malam penentu siapakah yang bakal bergelar juara Gegar Vaganza...konsert akhir ini akan bersiaran pada jam 9 malam di channel Astro Ria dan Astro Ria HD..pasti kawan-kawan sudah dapat merasakan siapakah yang bakal menjuari Gegar Vaganza 2 ini...semua peserta adalah yang terbaik dapat menjejaki ke konsert final pada malam ini...

Antara yang akan ke final pada malam ini akan menyanyikan 2 buah lagu...1 bersendirian dan yang ke 2 berduet dengan pasangan yang terpilih..kita tunggu persembahan dari mereka pada malam ini...inilah di antara lagu yang akan dipersembahkan oleh mereka pada malam ini nanti... 

1-Siti Nordiana
Putus Terpaksa (Ziana Zain)

2-Farahdhiya
Janji Manismu (Aishah)

3-Haiza
Puisi Cinta 
(Ilusi)

4-Nassier Wahab
Gelombang Cinta (Heavy Mechine)

5-Ah Chong Sweetchild
Seruan (Lefthanded)

6-Ezad Lazim
Nur Nilam Sari (Awie)

Sama2lah kita tunggu Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 pada malam ini di tv Astro..siapakah yang bakal menjadi juara pada malam ini...

Thursday, December 10, 2015

Kesihatan Perlu Dijaga Selalu

ASSALAMUALAIKUM...
Semoga pagi ini membawa keceriaan pada diri kita dan kawan-kawan semua...tiada apa yang lebih baik dari dapat menikmati suasana alam ciptaan Allah di pagi yang indah ini...tanpa mengalami kesakitan dan kedukaan..

Seawal pagi memang dah menjadi kebiasaan hubby mama untuk mengetahui keadaan tekanan darah dan kandungan gula dalam badannya..dalam melihat hubby melakukan ujian kandungan gula dalam badannya mama pun turut menyibuk juga nak tahu macam mana kandungan gula dalam badan mama ni...biasalah umur dah semakin berusia ni semuanya nak kena dijaga kalau tidak semua penyakit mudah menyinggah...


Alhamdullilah !! setelah diambil darah untuk diuji inilah hasilnya..kandungan gula dalam badan mama ni normal jer kata hubby...walaupun normal tapi kena juga berhati-hati semasa hendak mengambil sesuatu makanan bergula ini..tidak boleh makan berlebih-lebih sangat kena dijaga dengan rapi juga mana tahu satu hari nanti ada masalah pula..semoga diberikan kesihataan yang sempurna hendaknya..aamin..

p/s sekejap jer dah hari khamis semula..


Wednesday, December 9, 2015

Wordless Wednesday #540...Sabar Separuh Dari Iman

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #539...Semuanya Rezeki

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday # 538...Renungan

ASSALAMUALAIKUM...





Wordless Wednesday # 537...Ingat Yer Bos

ASSALAMUALAIKUM...


Monday, December 7, 2015

Foto Kenangan Yang Diabadikan

ASSALAMUALAIKUM...
Sayu rasa hati bila melihat foto-foto almarhum Tunku Jalil ni...kelihatan seorang yang periang dan sentiasa menyayangi ayahanda dan bondanya...begitulah kasih sayang ayahanda dan bonda yang tidak berbelah-bagi pada anakandanya..tak boleh nak meneruskan bicara lebih panjang lagi sebab air mata mama ini memang dah tidak boleh ditahan2 lagi dari terus mengalir...jomlah kita lihat gambar-gambar mereka yer...







Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com

ASSALAMUALAIKUM...


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Foto Sayu Majlis Pengebumian Almarhum Tunku Jalil

ASSALAMUALAIKUM...
Kasih sayang yg tidak berbelah bagi ayahanda dan bonda...menitisnya air mata melihat anakanda yang dikasihi pergi dahulu menemui Sang Penciptanya...Allah lebih menyayanginya dan semoga 
YAM Tunku Jalil bersemandi dengan aman bersama insan-insan yang beriman dan terpilih...aamin...

Kami rakyat dan bangsa Johor merafak sembah salam takziah buat 
DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM
 juga kerabat Diraja Johor atas kemangkatan Putera tercinta
Tunku Laksamana Johor
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim 
-5 Julai 1990 - 5 Dis 2015-

''inna lillahi wa inna ilaihirrajiun"...AL-Fatihah...

























DUIT TABUNG