31 October 2015

Tahniah ! Tahniah ! JDT Juara Piala AFC

October 31, 2015 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM... 

Alhamdullilah dan tahniah buat semua pemain pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim) kerana telah berjaya menjuari Piala AFC...Johor Darul Ta'zim telah berjaya mengalahkan pasukan Istiklol dengan mata 1-0...jelas terpampar kegembiraan diwajah setiap pemain pasukan JDT malam ini..Tahniah TMJ dalam 3 tahun 4 Piala telah berjaya dimenangi...jom kita lihat gambar kemenangan mereka sumber Johor Southern Tigers...





Tahniah buat pasukan JDT kerana telah berjaya meluaskan kuasanya...
LUASKAN KUASA MU JDT...




Tahniah juga pada ketua pasukan JDT Safiq Rahim kerana telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai dalam Piala AFC semalam...semoga Safiq akan lebih terus maju lagi di masa depan...
"HIDUP JOHOR"


p/s bangga sey jadi anak jati Johor...

Final Piala AFC 2015 JDT Vs FC Istiklol

October 31, 2015 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Memang berdebar-debar tengok games malam ni...harapan semua agar JDT dapat membawa pulang Piala AFC ke Johor...semua rakyat Malaysia amnya dan rakyat Johor khasnya memang mengharapakan kemenangan malam ini milik kita...


Pada semua penyokong tegar JDT marilah kita sama-sama mendoakan agar JDT membawa pulang Piala AFC ke selatan tanahair Johor...jika JDT menang malam ini semua rakyat Johor akan dapat bercuti esok...

"JDT LUASKAN KUASA MU"

p/s keputusan skg JDT 1-0 Istiklol...


30 October 2015

Renungan Di Hari Jumaat

October 30, 2015 11 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Untuk renungan kita di pagi hari Jumaat yang mulia ini...semoga apa jua kesalahan kepada orang lain dapat kita maafkan...

"Ya Allah...Ketika aku melakukan kesalahan kepada orang lain,
anugerahkanlah aku KEKUATAN untuk memaafkan,
manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, 
anugerahkanlah aku KEKUATAN memberi kemaafan...
semoga dengan memberikan kemaafan itu
 hati ini akan lebih tenang dan lapang..
In sha Allah..."


29 October 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 By Emas Putih

October 29, 2015 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Genap Sebulan Nur Damia Zulaikha

October 29, 2015 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Sekejap jer masa berlalu hari ini dah sebulan usia cucunda kedua Nur Damia Zulaikha bernafas di dunia ini...pejam celik nanti sekejap jer dah membesar pula..mulalah satu-satu perkara yang baru akan dipelajarinya nanti...semoga cucunda mama ni nanti membesar dengan sempurna dan jadi seorang anak yang solehah yer..

p/s bolat mata Damia..

28 October 2015

Wordless Wednesday # 521...Mahalnya Harga

October 28, 2015 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

p/s sedap sangat ke rasa jantung pisang ni...


Wordless Wednesday # 520...Hari Ke 29

October 28, 2015 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Nur Damia Zulaikha


Wordless Wednesday # 519...Ibu Bapa Contoh Anak-Anak

October 28, 2015 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


27 October 2015

4 Perkara Sebelum Tidur

October 27, 2015 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Sebelum kita tidur marilah kita lakukan 4 perkara dibawah ini..walaupun kita masih sibuk dengan tugas harian atau apa jua sekali pun...jika tak dapat melakukan seperti di bawah ini masih ada lagi kemudahan yang telah Nabi kita Muhammad SAW permudahkan...tiada kesusahan hanya kemudahan untuk kita melakukannya..semoga apa jua yang kita amalkan ini akan menjadi satu amalan yang baik selamanya...In sha Allah banyak kelebihannya...

Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah ra..:
" Ya Aisyah ! janganlah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara ini iaitu "
1-Sebelum khatam Al-Quran
2-Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3-Sebelum para muslimin meredhai engkau
4-Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah


Bertanya Siti Aisyah :
"Ya ! Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?

Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1-"Jika engkau akan tidur,bacalah surah Al-Ikhlas 3 X
     (seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran)

     "Bismillaahirrahman nirrahiim.
     "Qul huallaahu ahad' Allaah hussamad'lam yalid walam yuulad''walam yakul lahuu kufuwan ahad'
     3 X

2-"Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku " 
maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.

    "Bismillaahirraahmaa nirrahiim,Allaahumma shallii'alaa saiyyidina Muhammad wa'alaa aalil saiyyidina Muhammad " 3X

3-"Beristighfarlah"
 untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau 

"Astaghfirullah hal'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih 3X

4-Dan perbanyakkanlah
"bertasbiih,bertahmid,bertahlil, dan bertakbir''
maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah'

 Bismillaahirrahmaa nirahiim "Subhanallaah Walhamdullillah Walaa ilaaha illallaah
 hu wallah hu akbar" 3X

Bersama-samalah kita melakukannya dan mengamalkannya setiap hari..maka ganjaran pahalanya akan dapat kita perolehi bersama-sama juga...In sha Allah

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

October 27, 2015 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY



JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.
Artikel Berkaitan

Kisah Kucing-Kucing Jiran

October 27, 2015 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Semalam semasa kemaskan halaman rumah mama ini terbaulah satu bau yang sudah terbiasa...tercari juga dari arah mana datangnya bau menusuk hidung ni...puas cari-cari tak jumpa juga..bila mama siram longkang tu baunya yang semerbak itu terus hilang...terfikir juga mungkin ada bekas tapak kaki atau ada sesiapa yang terpijak sesuatu ke..pi cek semua tapak kasut okay jer..semuanya..tak ada apa-apa pun..bila leka sapu sampah kat depan rumah..terpandanglah mama 2 ekor kucing putih yang sibuk dok mencium di kawasan tepi pasu bunga mama tu..


pinjam gambar Mr.Gugel

Rasa cuak juga mungkin inilah sebabnya ada bau yang semerbak kat situ rupa-rupanya ada 2 ekor si putih ini yang memerut di situ agaknya..tapi tak tahu kat mana hanya baunya jer..rasa-rasanya mesti dalam longkang tepi tu...terus jer sergah 2 ekor si kucing putih ni...berterabur lari sebab kena sergah tadi...rupa-rupanya 2 ekor putih ni dah nak jadikan jamban dia kat situ pulak agaknya yer...alamak macam mana ni ! si kembang yang mama jaga kat rumah ni pun tak berak merata-rata tapi kucing jiran mama ni pulak yang memerut kat situ...nak marah tuannya pun buat apakan...jadi kenalah settelkan sendiri...

Nak buat macam mana lagi..nama pun binatang manalah dia tahu kat situ tak boleh memerut..jadi kenalah cari ubat nak hilangkan bau yang kurang menyenangkan ini...kena segera cari sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi...kalau tidak memang jadi jamban si putih kat situ la nanti..bukan apa tapi memang perlu juga dilakukan segera...tak mahulah nanti ada bau yang kurang menyenangkan di hadapan rumah mama ni..

Akhirnya setelah beberapa hari settel juga semua masalah..hubby tolong belikan dan curahkan minyak tanah kat situ..agak-agaknya hilang la kot bau jamban si putih kat situ...alhamdullilah tak ada lagi nampak si putih 2 ekor tu berkeliaran lagi kat tepi longkang depan rumah mama ni lagi..



kredit gambar Mr,Gugel

26 October 2015

Hiasan Dari Bawang Dan Sayuran

October 26, 2015 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Sekali pandang memang macam lukisan gayanya..tapi bila diperhatikan betul-betul baru nampak gambar yang menarik ini dibuat menggunakan bahan-bahan masakan di dapur kita...memang cantik dan kreatif sungguh bila sudah siap digubahkan..rasa macam nak letakkan dalam frame jer buat hiasan di dinding rumah kita...



Gambar pertama..


Gambar kedua...


Gambar ketiga...


Gambar ke empat...

Pada kawan-kawan yang mahir dan kreatif bolehlah buat sesuatu selain dari gambar-gambar di atas ini...pada yang kreatif memang boleh lakukan apa pun...pokok pangkal ada kesungguhan,kesenian pada diri kita...ada kesungguhan semuanya boleh jadi...tapi kalau buat untuk suka-suka rasanya membazir juga bahan-bahan itukan...




25 October 2015

Bahan Terbuang Jadi Lebih Cantik

October 25, 2015 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Menarik sungguh susunan bunga-bunga di dalam bekas-bekas terpakai ini...jika kita kreatif semua benda terbuang ni boleh kita jadikan bermacam-macam bekas dan susunan apa pun dengan cara kita sendiri..lihatlah gambar-gambar di bawah ini memang menarik sekali...dari dibuang terus bekas terpakai itu eloklah dijadikan tempat menanam bunga atau sayur-sayuran..




Cantik pula tong dram lama yang dah dilakukan begini..suka tengok sebab dah jadi menarik sangat...


Almari solek lama pun boleh jadi menarik..





memang cantik dan menarik semuanya..terasa macam nak lakukan sesuatu dengan bahan-bahan terbuang kat rumah mama ni...tak tahu nak mulakan macam mana...susah juga kalau kita kurang kreatif ni kan..nak buat pun kena rujukan dulu Mr.Gugel barulah dapat idea dan baru boleh nak membuatnya...


24 October 2015

AF2015 - Sufi Kisah Dua Muka (Official MV)

October 24, 2015 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Inikah caranya kau membunuh cinta
Jiwaku berdarah dah ditikam dusta
Hanyut tak berdaya lumpuh tak bermaya
Perihnya hatiku dihukum terseksa
Disangka terkurung meringkup durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya lepaskan ku
Dari jerutan kalbu kisah dua muka mu
Perihnya hatiku dihukum terseksa
Di sangka terkurung meringkup durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana
Dari kisah dua muka mu

Jika ku mati hidup kembali
Kau takkan ku rujuk semula
Biar biarkanlah ku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskanlah ku dari jerutan kalbu
Kisah dua muka mu


AF2015 - Syamel Hidup Dalam Mati (Official MV)

October 24, 2015 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri
Hidup dalam mati
Ohhh ohhhh


p/s suka sangat dengar lagu n suara syamel ni...

23 October 2015

Giveaway : Duit Saku Dari BBL

October 23, 2015 9 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

October 23, 2015 9 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

22 October 2015

Spontan Khamis Untuk Renungan

October 22, 2015 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM..

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh..Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.."(QS Luqman:18)


21 October 2015

Wordless Wesnesday # 518....Hari Ke 22

October 21, 2015 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Selamat malam semua..

p/s Cucunda ke 2 Nur Damia Zulaikha...

FUYOOO !!! GGIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

October 21, 2015 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :

jom kawan-kawan kita join ....mama tag
1-Kak Zakie
2-Nurul Izwa
3-Ana Jingga


Wordless Wednesday # 517...Bermimpilah

October 21, 2015 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 516...Jauhilah Benci

October 21, 2015 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...



20 October 2015

Jaclyn Victor - Wajah (OST Bersamamu) LIRIK

October 20, 2015 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...



p/s kalau tengok rancangan bersama mu mesti suka dengar lagu ni...

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kasar-Kasar

October 20, 2015 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Sarapan pagi ni mama hidangkan nasi goreng yang simple tapi sedap untuk family...salah satu feveret cucu mama si Awisy tu...memang suka sangat makan nasi goreng...pada kawan-kawan yang nak mencuba resepi nasi goreng simple ni bolehlah mencubanya sendiri yer...jom kita tengok resepi nya di bawah ni...

Bahan-bahannya...
Nasi semalam / nasi baru dimasak (kena tunggu sejuk dulu)
cili padi(kalau tak letak pun boleh),cili kering sikit (rendam sekejap)
bawang merah,ikan bilis
garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Nasi gaulkan /hancurkan terlebih dahulu..letak tepi..
2-Ambil cili padi,cili kering ,bawang merah dan ikan bilis..tumbukkan semua bahan tadi separuh kasar..
3-Panaskan minyak dalam kuali..tumiskan bahan tumbuk tadi ke dalam kuali..biarkan ianya sehingga betul-betul garing..
4-Masukkan garam dan serbuk perasa ..gaulkan rencah dan perasa sehingga sebati..takut ada garam yang tak hancur nanti..dan akhirnya masukkan nasi yang telah dihancurkan tadi..
5-Gaulkan nasi tadi sehingga sebati...balik-balikkan nasi goreng itu sehingga betul-betul garing...bila dah siap bolehlah ditutup api dan boleh dihidangkan..untuk hiasan bolehlah letakkan bawang goreng dan daun sup...kalau nak tambah bahan yang lain pun boleh..ikut cita rasa kita..
Selamat mencuba resepi nasi goreng simple ni yer...


19 October 2015

Dapat Lagi Mainan Robocar Poli Dan Lego McD

October 19, 2015 7 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Awisy ni kalau keluar berjalan mesti ada saja yang dibawa balik...mama dan papa tak dapat keluar bawa Awisy jenjalan sekarang ni jadi grandma,atok,aunty dan cuney jer yang bawa Awisy jenjalan...kalau keluar dengan atok mesti dapat jer apa yang Awisy minta...dapat jer robocar poli dari atok...cucu kesayangan la katakan...manja lebih sangat la ni...dapat jer apa yang diminta...atok layankan jer cucu kesayangan dia ni...


Bila ke McD semalam atok belikan burger dan kentang goreng pula...seronok Awisy dapat pula lego berbentuk kentang goreng dan burger ni pula..beli untuk Awisy juga...seronok Awisy tengok mainan ni...macam-macam Awisy dapat bila keluar ikut atok dan grandma ni...


p/s pasni tambah lagi sorang cucu yang nak pau atok...

17 October 2015

DIY : Buat Sarung Bantal Yang Baru Untuk Awisy

October 17, 2015 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni dapat juga mama bercuti sambil berehat di hujung minggu...cuti dari menjaga budak-budak kecik Aiman dan Haris tu...cucu kat rumah ni tolong sikit-sikit jer sebab papa Awisy ada bantu anak mama yang dalam berpantang itu buat kerja mana yang patut....jadi hari ni mama ambil kesempatan nak buatkan Awisy sarung bantal yang baru...sarung bantal awisy yang lama tu dah pudar sangat warnanya...jadi pagi-pagi dah mulakan operasi diy sarung bantal buat Awisy...


Jenuh juga nak menyiapkan sarung bantal Awisy ni sebab semua bantalnya tak sama besarnya...terpaksalah mama gunting satu persatu dulu..sakit belakang ni bila duduk lama-lama...rasa nak patah pinggang ni...tapi disebabkan Awisy suka sangat dengan gambar Doraemon itu mama gagahkan jugalah nak menyiapkannya secepat mungkin...akhirnya siap juga sarung bantal Awisy ini...lega rasanya bila dah siap semuanya...
nasib baiklah tengahari ini mama tak payah ke dapur sebab hubby dah masak menu tengahari awal-awal tadi...lega sikit ada yang menolong mekacih abanggg...

p/s mengantuk pulak mata ni..

14 October 2015

Resepi Yee Mee Goreng Simple Untuk Sarapan

October 14, 2015 7 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Pagi-pagi mesti memikirkan nak buat sarapan apa agaknya...buka peti ais ada beberapa keping yee mee..ada sedikit sayur jadi bolehlah digoreng untuk dijadikan sarapan pagi ini...jom la kawan-kawan kita lihat resepi simple ni...

Bahan-bahan...
Yee mee.cili kisar,bawang putih
sayur sawi,sos cili,garam dan serbuk perasa
boleh letak bahan yang lain2 juga

Cara memasak yang simple...
1-Tumiskan bawang putih dan sedikit cili kisar sehingga garing kemudian masukkan air...
2- Biarkan mendidih..masukkan garam,serbuk perasa,sos cili ke dalamnya hingga cukup rasa...ambil yee mee pecahkan sedikit dan masukkan ke dalamnya...kacau sehingga yee mee itu kembang dan lembut..
3-Setelah kembang akhir sekali masukkan sayur dan kacau sehingga sayur layu...yee mee goreng simple siap untuk dihidangkan...jika suka boleh letakkan telur,udang,bawang goreng dan daun sup...mama tak letak sebab ada anak yang berpantang..
selamat mencuba menu simple ini yer...

Wordless Wednesday # 514...Wajah Kesayangan

October 14, 2015 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...