HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, September 30, 2015

Cucunda Mama Yang Ke 2

ASSALAMUALAIKUM... 

30 September 2015...

Tahniah buat anakanda mama kerana telah selamat melahirkan seorang puteri pada 30 September 2015 jam 1.02pm seberat 3kg..terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak mama dan cucunda mama yang ke 2 ini...Alhamdullilah !! semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah...

Kalau ada pasangan kembarnya ini mesti lagi berdouble-double kemeriahan kami sekeluarga...tapi tak pe lah mungkin tiada rezeki untuk kali ini...walaupun kembar sudah tiada kehadiran Damia di dalam keluarga amatlah dinantikan...

Welcome to the world dear Nur Damia Zulaikha..grandma doakan semoga besar nanti jadilah seorang anak yang solehah yer..Aamin...


p/s alhamdullilah...

WordlessWednesday # 511...Cuti Bersalin

ASSALAMUALAIKUM...


p/s my granddaughter coming soon...

Wordless Wednesday # 510...Senyum Dan Diam

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, September 28, 2015

Resepi Daging Paprik

ASSALAMUALAIKUM...

Dah beberapa hari ni menu harian kat rumah mama ni asyik la bertemakan daging...mentang-mentanglah hari raya korban memang banyaklah daging korban penuh dalam simpanan peti ais...inilah di antara salah satu menu yang mama masak 
menggunakan daging korban yang diperolehi tempohari.. jom kita tengok resepi Daging Masak Paprik kat bawah ni...

Bahan-bahan...
Daging,bawang besar,kacang panjang
bunga kobis,cili api,halia
sos tiram,sos cili,sos tomato,kicap manis,serai,sos ikan
cili kisar,daun limau,garam,serbuk perasa,sedikit gula

Cara-cara memasaknya...
1-Daging direbus dahulu sehingga empuk,setelah empuk angkat dan hiriskan nipis..gorengkan sekejap daging yang telah dihiris tadi..
2- Tumiskan cili kisar,halia,bawang putih,serai yang dititik sedikit kedalam minyak gorengan daging tadi...
3-Setelah naik bau harum masukkan sos tiram,sos tomato,kicap manis dan sos ikan..kalau pekat masukkan sedikit air rebusan daging tadi..
4-Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam sos dan masukkan sekali hirisan cili api,bawang besar,bunga kobis,kacang panjang,daun limau,garam,serbuk perasa dan sedikit gula..gaulkan sekejap dan daging paprik siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...
Selamat Mencuba semua...

Crossticth Hasil Tangan Anakanda Mama

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah !! siap juga crossticth yang dibuat oleh anak mama ni...memang saja anak mama nak menyiapkannya sebelum dia bersalin nanti...lepas ni kena buatkan frame crossticth ni pula..barulah nampak cantik..dan bolehlah digantung di didinding ruang tamu jadi hiasan yang menarik...

Satu lagi crossticth yang sempat juga disiapkan oleh anak mama...


Dah semakin dekat nak bersalin ni anak mama buat semua crossticth yang senang dan simple saja..sebab ianya lebih cepat dan senang nak menyiapkannya...tak perlu nak menunggu lebih lama...



Sunday, September 27, 2015

Hotel Legoland | Seronok Dapat Berehat Di Sini

ASSALAMUALAIKUM...

Kita sambung cerita ini yer...cerita yang dah lama terperuk dalam draf ni.. jadi hari ni kita sambung balik yer...bila dah bercuti ni memang seronok rasanya...rasa macam nak duduk lama-lama berehat kat sini...jom la kita tengok gambar jer...nak membebel malas rasanya...


Bila dah check-in kat hotel apa lagi semua tempat nak snap gambar...sesekali dapat berehat kat sini memang menyeronokkan...merehatkan dirilah katakan...kalau selalu dapat merehatkan diri macam ni memang best rasanya...


Hubby yang dulu merasmikannya..berehat sekejap setelah kenyang lunch tadi...


anak-anak pun berehat juga sementara menunggu masa dinner nanti...


ruangan bilik utama..


ruangan bilik untuk anak-anak...


Ini baru betul-betul merehatkan diri nampaknya...


Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Di sini mama ingin memohon seribu kemaafan jika ada salah silap,tutur kata bahasa mama buat kawan-kawan di alam maya ini...semoga Aidil Adha kali ini akan lebih membawa makna di dalam hidup kita ini...In sha Allah...pada yg pulang beraya berhati-hati semasa memandu dan berhati-hati dalam perjalanan...

p/s masih menunggu cucunda baru...

Wordless Wednesday # 509...8 Pahala Yang Berterusan

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday # 508...Kucing Berbicara

ASSALAMUALAIKUM...

p/s kenali bahasa badan kucing kita...



Wordless Wednesday # 507...Allahuakbar ! Lembu Korban

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday # 506...Puasa Arafah Penghapus Dosa

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday # 505....Hutang

ASSALAMUALAIKUM...


Monday, September 21, 2015

Berehat Hujung Minggu Di Hotel Legoland | Makanan Semuanya Sedap

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hujung minggu yang happening...cuti-cuti malaysia kami sekeluarga di Hotel Legoland dan Water Park...sesekali merehat dan memanjakan diri dari tugas seharian memang menyeronokkan hati mama..mula-mula kami sekeluarga makan tengahari dulu sebelum check in hotel...seronok rasanya dapat juga merasa makanan western kat sini... memang sedap sekali..


Alhamdullilah !! ada anak mama yang bekerja di sini...oleh itu dapat jugalah kami sekeluarga merasa berehat di hotel Legoland yang cukup berprestij ini..tengok harga biliknya pun dah rasa macam tak percaya...tengok harga menu makanan western kat sini pun rasanya macam tak percaya...harga sepinggan steak dah macam harga seminggu duit lauk mama...kalau tak ada anak mama yang bekerja di sini memang tak merasa agaknya nak duduk dan berehat di Hotel Legoland ini...


 memang disini ada disediakan color dan kertas untuk kanak-kanak mewarna...Awisy pun jadi seronok dapat mewarna kat sini...memang jadi leka la dia...


Sebelum makan kita selfie sekejap yer...


Seronok Awisy makan mini pizza untuk kanak-kanak tu...sedap agaknya..



Grandpa pun turut merasa pizza mini Awisy sementara menunggu Roasted Chicken yang diorder sampai...


Grilled Chicken With Black Paper Sauce


Grilled Beef Steak Tenderloin With Mushroom sauce


Grilled Beef Steak Tenderloin With Black Paper Sauce


Dah kenyang semuanya...welfie sekejap sebelum check in hotel...


p/s rasa nak makan steak lagi ni...

Saturday, September 19, 2015

Hadiah Hari Lahir Muhammad Darwisy Zulkarnain

ASSALAMUALAIKUM...

Baru nak post cerita ni...tapi tak apa lah mama nak cerita juga...inilah cerita mama semasa beli hadiah buat besday boy Awisy hari tu...bawa besday boy sekali masa nak mencari hadiahnya...singgah ke kedai ini bawa Awisy...tentu kawan-kawan dah tahu apakah hadiah untuk besday boy ni kan...


Lupa pulak nak snap gambo semasa dok memilih hadiah besday boy ini...pilih punya pilih inilah basikal yang Awisy berkenan sangat...grandpa bayar dan terus angkatkan bawa masuk ke dalam kereta...tengoklah tu gelagat Awisy bila dapat basikal pink purple tu...puas hati dapat hadiah dari grandma dan grandpa ni yer...buat cucu tersayang apa pun sanggup dilakukan...


Balik rumah lepas mandi terus naik basikal tu...nak kayuh tak berapa pandai sangat mungkin ruang tempat bermain dalam rumah tak berapa luas agaknya...dalam rumah grandma ni dah penuh dengan mainan dan basikal Awisy jer...sebab cucu seorang ni grandma pasrah jer...sempit sekali pun tetap nak belikan hadiah buat cucu grandma seorang ni...


Inilah basikal yang dipilih sendiri oleh Awisy...cantik colornya pink purple...kalau dah ada adik nanti bolehlah bagi kat adik Awisy pulak nanti...Awisy punya dah tentu kena cari basikal yang besar pula nanti....


p/s mama Awisy dah sakit2...bilalah adik Awisy nak lahir ni... 



Kal Ho Naa Ho - Title Track Video | Shahrukh Khan, Saif, Preity

ASSALAMUALAIKUM...



p/s sedih pulak layan cite n lagu ni...

Friday, September 18, 2015

Mohabbat Ho Gayee Hai (Baadshah)

ASSALAMUALAIKUM...


Mohabbat Dil Ka Sakoon - Dil Hai Tumhaara | Preity Zinta, Arjun Rampal, ...

ASSALAMUALAIKUM...


p/s petang2 ni layan lagu hindustan pulak...

Salam Pagi Jumaat

ASSALAMUALAIKUM...
Salam pagi Jumaat yang indah ini...semoga apa jua yang akan kita lakukan hari ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah...

"Ya Allah ! sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat..Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama,dunia,keluarga dan hartaku...Ya Allah tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang)dan tenteramkanlah aku dari rasa takut..Ya Allah ! peliharalah aku dari depan,belakang,kanan,kiri dan atasku..Aku berlindung dengan kebesaranMU agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ulat atau bumi merekah yang membuat aku jatuh dan lain-lain)..."

Thursday, September 17, 2015

Lady GaGa - Poker Face Lyrics

 ASSALAMUALAIKUM...

                           

p/s layan lagu ni kejap...

Dapat Lagi Rezeki Iklan Nuffnang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Alhamdullilah dapat lagi earning dari Mr.Nuffnang...terimakasih pada kawan-kawan yang sering datang dan menyokong blog mama ini...walaupun tak seberapa tapi lama-lama dikumpulkan akhirnya nanti mesti jadi banyak duit tabungan blog mama ini...

banyak juga iklan yang singgah ke sini di antaranya ialah 2 iklan dari DKSH-Hiruscar,2 dari Petronas New Variant launcher.2 dari Sharp 4K Tv Launch,3 Welcome to Shell Campaign dan 1 dari The Face Shop-Oil Contra...

Terima kasih daun keladi kalau boleh singgah la lagi yer...


p/s berdebar menunggu cucunda ke dua lahir...

Salam Pagi Khamis

Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! selamat pagi Khamis bertemu lagi kita di sini...semoga pagi ini lebih indah dan ceria dari semalam...terima kasih Allah kerana masih memanjangkan usiaku untuk aku melihat keindahan alam ciptaan MU di pagi ini...
SELAMAT PAGI DUNIA...

p/s alhamdullilah hari gaji se malaya...

Wednesday, September 16, 2015

Wordless Wednesday # 504...Cuti-Cuti Malaysia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
 


p/s sesekali bercuti mmg seronok...

Rumah Dari Botol Terpakai

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebut pasal barangan terbuang ni memang tak dinafikan bahawa sesetengah dari kita memang akan terus buang saja botol-botol yang telah kita gunakan daripada bersepah di rumah...apa yang kita lihat disini dari dibuang begitu saja banyak juga kegunaan botol-botol terpakai ini dapat digunakan semula...jom kita lihat apa yang boleh dilakukan dengan bahan kitar semula ini...


dalam proses membuat sebuah rumah dari botol-botol kosong dan terbuang..


...dah siap dinding rumahnya yang diperbuat dari botol plastik kosong yang dibuang..




memang kreatif dan menarikkan apa yang boleh dilakukan dengan botol-botol kosong terbuang ini...






bagaimana kawan-kawan semua dah tengok gambar-gambar diatas tu...memang menarik kan !! dari botol dan bahan terbuang itu ianya boleh dijadi sebuah rumah yang cantik dan menarik...


p/s banyak juga kegunaan botol2 plastik ni...


Selamat Hari Malaysia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat Hari Malaysia...
Pada kawan-kawan semua bersempena kita menyambut Hari Malaysia ini marilah kita mendoakan agar negara kita Malaysia ini akan terus maju,sentiasa aman dari segala pemasalahan yang menimpa negara...moga Malaysia akan terus dapat menangani segala-galanya dan akan terus maju jaya dalam apa jua matlamat yang murni...
MAJU MALAYSIA !!!!


p/s cutiii !! apa plan kawan2 semua hari ini...

Friday, September 11, 2015

Masalah Cuaca Berjerebu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Cuaca di negara kita ini memang tak menentu lebih-lebih lagi sekarang ini negara kita sedang dilanda masalah dengan jerebu...disebabkan negara jiran kita mengalami kebakaran hutan yang teruk cuaca di tempat kita turut terbabit sama..asap dari sana sampai ke negara kita mengakibatkan masalah jerebu semakin teruk dibeberapa kawasan tertentu...

Bila cuaca dah berjerebu seperti sekarang ini macam-macam penyakit mendatang...oleh itu dimana kawasan yang teruk dilanda jerebu dinasihatkan hendaklah mengelakkan dari berada di luar kawasan rumah...pastikan anak-anak dan kita juga sentiasalah memakai penutup mulut untuk mengelakkan kesan kesihatan yang lebih teruk lagi...



Tindakan yang perlu dilakukan semasa masalah jerebu ini...

1-Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
2-Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor)..jika terpaksa berada di luar orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply..
3-Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih.Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
4-Apabila memandu gunakan penghawa dingin..pilihlah operasi (mode) kitaran udara dalaman
5-Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya) 8 gelas sehari
6-Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan / menghadiri aktiviti luar..

Kesan kesihatan akibat Jerebu juga boleh memburukkan penyakit kronik yang dihidapi seperti :

1-Sakit mata
2-Selsema
3-Batuk
4-Asma
5-Sakit tekak
6-Sakit jantung
7-Radang paru-paru
8-Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik

Segeralah mendapatkan rawatan di klinik-klinik berhampiran sekiranya anda sakit akibat masalah jerebu ini...sebelum penyakit yang kita hadapi itu menjadi lebih melarat dan teruk lagi segera dapatkan rawatan...