JIRAN TETANGGA

Monday, August 31, 2015

Mr.Google Salam Merdeka

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia...Mr.Google pun nak ucap tahniah pada Malaysia...menarik sungguh gambar yang dipaparkan di laman web mr.google ni...ada bendera Malaysia juga gambar teh yang sedang ditarik...teh tarik minuman rakyat Malaysia ni..

p/s jom kita jalan-jalan ptg ni...



Salam Merdeka 2015

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun...semoga negara kita akan terus maju dan makmur dari segala semua masalah...berbanggalah kita dapat menjadi anak bangsa yang merdeka...

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

p/s selamat bercuti semua...

Sunday, August 30, 2015

Tanggal 31 - Dato' Sudirman

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





SALAM MERDEKA !!


"Giveaway 2nd Anniversary Blog Akif Imtiyaz"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..



Jom kawan-kawan semua kita meriahkan giveaway dari blogger Lya ini sempena genap 2 tahun usia blog Akif Imtiyaz...

Hadiah yang bakal dimenangi ialah 
1-Baju-baju yang terdapat di page HALWA ATTIRE
2-Pemenang utama boleh memilih baju yang disukai
3-2 pemenang boleh memilih baju yang berharga RM100 ke bawah

Review ringkas HALWA ATTIRE..
Memang seronok kalau kita bakal menjadi seorang ibu...pasti kita akan sibuk mencari baju-baju yang cantik dan menarik untuk dipakai..bagi kawan-kawan yang bakal menjadi ibu bolehlah ke Halwa Attire kerana di sini ada menjual baju-baju blouse untuk para ibu yang hamil dengan cogan kata yang menarik sekali iaitu
"Anggun Bergaya Walaupun Mengandung"...
pada kawan-kawan yang ingin mencari koleksi blouse yang cantik dan menarik untuk ibu hamil bolehlah melihatnya sendiri di facebook dan Instagram Halwa Attire...

HALWA ATTIRE
FACEBOOK : Halwa Attire
Instagram : @halwaattire




Saturday, August 29, 2015

Kandungan Gula Menurun

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! inilah hasilnya setelah 3 minggu mengamalkan makanan tanpa gula...makanan hubby terpaksa dikawal sekarang setelah mengalami kandungan gula dalam darah terlalu tinggi tempohari...makan dan minum hubby sekarang ini memang menggunakan menu yang tiada bergula...setiap pagi terpaksalah cek sendiri kandungan gula dalam badan...sekejap turun sekejap naik...tapi masih di bawah tahap yang tidak membimbangkan mama...

memang bahaya sekali kalau kita didapati mengalami penyakit diabetes ini...kalau tak dijaga kandungan gula di dalam badan kita mungkin kita akan mengalami sakit yang lebih teruk lagi...ianya juga boleh membawa maut...jadi mulai dari sekarang kawallah cara pemakanan kita setiap hari...kurangkan kandungan manis dan masin dalam makanan kita sehari-hari...
mencegah itu lebih baik dari mengubati...

Friday, August 28, 2015

Econsave Senai : Pekerja Kaunter Khidmat Pelanggan Paling Teruk

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
 

Marah betul hari ini..nak jadikan cerita hari ni mama dan hubby join sekali anak-anak pergi ke Kulai...kononnya saja nak menemankan anak cari barang keperluan...bila dah sampai pasaraya Cowboy barang yang hendak dicari tu tak ada pula...jadi beli apa yang ada kat situ jer yang masih tak ada terpaksa cari di pasaraya yang lain...

Kebetulan jalan menghala balik kami cubalah singgah ke Pasaraya Econsave di Senai...mana tahu barang yang anak mama nak cari ada jual di situ...hubby tak ikut sekali hanya menunggu kami di dalam kereta...kami 4 beranak pun bergerak berjalan menuju pintu masuk ke pasaraya Econsave itu..bila dah melepasi pintu halangan depan tu tiba-tiba anak mama yang sulung tu dipanggil oleh security guard...kami semua terkejutlah atas alasan apa anak mama di tahan di pintu masuk Econsave itu...

Alasan yang amat bangang yang mama rasa ketika itu adalah kerana anak mama dipaksa meninggalkan beg tangan yang disandang dibahagian belakangnya itu dan hanya perlu membawa masuk purse saja..kononnya itu adalah peraturan di situ beg sandang perlu ditinggalkan...kebetulan hari ini anak mama memang memakai beg tangan yang jenis boleh sandang belakang dan juga boleh dipegang...disebabkan penat memegang dia hanya menyandang beg itu dibelakang saja memandangkan anak mama itu sedang sarat mengandung...kami memberitahu yang beg itu adalah beg tangan yang disandang dibelakang tapi pekerja itu tidak mahu menerima alasan dari pihak kami...


Pekerja yang tiada adap sopan langsung dengan customer..macam itukah sikap pekerja Econsave dibahagian kaunter khidmat pelanggan yang diambil bekerja untuk melayan pelanggan-pelanggannya ..memang tak ada tatasusila langsung...sekejap cakap macam ni sekejap lagi cakap lain pula...kalau disuruh bagi bintang pun memang mama tak akan bagi bintang atau apa-apa pun...pekerja yang macam ni sepatutnya memang tak layak untuk berada dibahagian khidmat pelanggan pun...inilah cara khidmat pelanggan yang paling teruk sekali yang mama pernah jumpa...

Anak mama dah mula naik angin bila pekerja itu mula meninggikan suaranya maka berlakulah sedikit pertelingkahan diantara anak mama yang kedua dalam membela kakaknya dengan pekerja tersebut..pekerja Econsave itu terus juga mengikat beg tangan anak mama itu sambil mata menjeling dengan pandangan yang kurang memuaskan...anak mama terus mengambil beg tangannya dan kami terus berlalu pergi tanpa masuk ke dalam semula...sempat juga anak mama yang kedua itu bertanya nama pekerja itu untuk diajukan dibahagian aduan nanti...


Disebabkan angin kurang baik terjadi kami 4 beranak tak jadi nak membeli apa-apa pun disitu...terus kami semua melangkah menuju ke kereta semula...mama pun rasa biarlah kami beredar dari situ sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk berlaku dan tidak diingini berlaku diantara anak mama yang kedua itu dengan pekerja tersebut..memang terasa ketidakpuasan hati kami semua tadi...anak mama mengambil keputusan untuk menghantar email ke pihak pengurusan Econsave untuk membuat aduan bertulis atas perkara yang terjadi tadi...

Di dalam beg itulah semua barang-barang penting seperti handphone,purse,spare pampers Awisy dan macam-macam lagi ada dimasukkan sekali..mana mungkin barang-barang penting di dalam handbag macam itu perlu ditinggalkan saja di kaunter penyimpan barang-barang dan kita hanya dibenarkan membawa beg duit saja...mana tahu kalau barang-barang penting kat dalam beg itu hilang mesti semua buat tak tahu saja...inilah satu-satunya Pasaraya Econsave  yang paling teruk yang pernah berbuat begitu...sudah banyak pasaraya Econsave yang lain kami pergi tiada pun diperlakukan begini...semoga dengan cerita mama ini dijadikan peringatan buat kawan-kawan dan diharap jika ada terjadi perkara begini kepada kawan-kawan jangan teragak-agak bertindak...

p/s memang mama tak akan pergi lagi la ke pasaraya Econsave Senai ni...

Thursday, August 27, 2015

Painting Potret Giveaway By Azhafizah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Bila jenjalan kat blog fiza tadi terpandanglah mama giveaway Painting Potret Giveaway ini...tergerak juga nak join bila tengok gambar-gambar potret yang telah dipaintingkan ini..semuanya cantik-cantik belaka..oleh itu mama nak juga ikut join sekali mana tahu ada rezeki mama nanti..In sha Allah...


Nak join klik banner di atas...

Cara-cara nak join Painting Potret Giveaway untuk blogger
1- Buat entri bertajuk "Painting Potret Giveaway By Azhafizah"
2-Letakkan banner di atas dan linkkan ke entri ini
3-Letakkan link blog http://www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog * jika ada bloglist untuk follow up giveaway 
4-Follow blog http://www.azhafizah.com / Instagram : azhafizahmdnor *jika tiada instagram boleh join juga
6-Letakkan gambar (single,close up,jelas,high pixel,gambar asal tanpa edit 360)
7-Publish entri dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan komen di bawah

3 gambar yang menepati ciri-cirigambar yang terbaik akan dipainting potret.Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye..Senang jer kan syarat-syarat dia.So jempulah join beramai-ramai.

Contest bermula dari 22 Ogos - 30 Ogos 2015,11:59 PM

Inilah gambar yang akan mama pertaruhkan...jika berjaya mungkin potret ini akan menjadi satu kenangan terindah nanti...tak tahu la ianya menepati ciri-ciri yang diperlukan atau tidak..harap-harap ada rezeki mama nanti In sha Allah...




Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..




Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Bawa Anak Pergi Klinik

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah beberapa hari dah demam...semalam pergi kerja juga tapi masih tak baik juga...hari ni bawa lagi ke klinik nak cek balik...dapat macam-macam ubat lagi...ubat demam,ubat sakit tekak,ubat batuk,antibiotik...ubat batuk dan ubat demam yang diberikan ada ubat tidur...doktor nak buat pesakit rest agaknya ni...dapatlah MC 2 hari...harap lepas ni demam semakin baik la yer.. 

p/s sakit penghapus dosa kita..

Wednesday, August 26, 2015

Wordless Wednesday # 509...Bersedekahlah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 508...Jambatan Hidup

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 507...Maaf Itu Indah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 506...3 Tanda Syukur

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..



Tuesday, August 25, 2015

Resepi Mee Sup Simple

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam anak mama yang kecik telah mengalami demam panas...tak dapat nak pergi kerja berehat saja di rumah setelah makan ubat...kalau dah demam tekak kita ni memang terasa macam-macam yang hendak dimakan...oleh itu tekak orang demam request nak makan mee sup aje...kena juga buatkan sedikit untuk orang yang sedang demam ni...mana tahu air tangan masakan bonda ni dapat melegakan demam anakandaku ini...


jom kita tengok resepi mee sup simple untuk anakanda mama yang demam ni yer...letak jer mana yang ada dalam peti ais ni...

Bahan-bahannya...
mee kuning,fish kek
tauhu,sayur sawi,cendawan
cili api sikit,perencah mee sup
bawang putih,garam,perasa
kalau suka boleh leyak bawang goreng dan daun sup

Cara mudah masak...
1-Hiris bawang putih sebiji,panaskan minyak sedikit dan tumiskan...dah garing sedikit masukkan air dan serbuk perencah mee sup...
2- Biarkan didih sekejap pastu masukkan garam dan perasa secukupnya..masukkan sayur sawi,fish kek,tauhu,cendawan dan cili api..
3-Biarkan didih sekejap...celur mee dengan air panas dan toskan dulu...masukkan dalam mangkuk..
4-Tutup api dapur dan tuangkan kuah mee sup ke dalam mangkuk mee yang telah dicelur tadi...kalau suka boleh letak bawang goreng dan daun sup...menu mee sup simple siap untuk dihidang dan dimakan ketika masih panas...selamat mencuba menu mee sup simple ini yer kawan-kawan


Astro Shop : Eco Cleaner Catchmop

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah lama nak cerita bendalah ni kat kawan-kawan tapi ada saja halangannya...hari ni mama nak bagitahu bagaimana keberkesanannya bila kita menggunakanya...bila tengok iklan "Eco Cleaner Catchmop"kat tv Astro GoShop ni terus teringin nak mencubanya sendiri...terus telepon dan order 1 set...seminggu jugalah lamanya nak tunggu mop ni sampai ke tangan mama...luar kawasan agaknya..courier  guna yang agak bernama tapi lambat juga sampainya...masa barangan ni sampai hari tu pun banyak juga lagi barangan dari Astro Goshop yang hendak dihantar sekali pada hari tu...



Ini dia catchmop yang telah mama terima hari tu...semua barangannya ada dan lengkap sekali...ada batang mop juga semua jenis kain pengelapnya sekali...harga kesemua set ini adalah RM179 termasuk penghantaran...


kain catch mop yang ini digunakan untuk mengelap permukaan sofa kulit yang kotor..


catch mop ini digunakan untuk membersihkan di bahagian dapur dan bilik mandi...


Yang ini pula boleh digunakan untuk mengelap di semua bahagian rumah...


Catchmop ini pula digunakan untuk menghilangkan habuk dan mengelap di bahagian tingkap dan cermin...


catch mop yang ini pula untuk mengelap lantai yang berjenis kayu dan menghilangkan habuk di celah-celah lantai kayu...


berus yang telah ada disediakan sekali...berusnya memang cukup lembut untuk memberus membuangkan kekotoran yang melekat pada kain mop yang telah digunakan...


pertama kali mama menggunakan catch mop ini memang ianya berkesan sekali...terasa kerja membersihkan habuk cukup senang...tiada kesan habuk berterbangan pun dan semuanya terus melekat di kain catchmop itu...cukup memuaskan hati mama..elok juga bagi mama dapat menggunakan catchmop ini kerana mama sememangnya amat sensitif dengan habuk...


lihatlah tempat yang penuh habuk pun terus hilang dan habuk terus melekat di kain catchmop itu..tiada kesan tinggalan habuk sedikit pun...


habuk yang telah melekat di kain lap catch mop itu akan terus melekat sehinggalah dibasuh semula dengan air bersih...boleh digunakan kembali setelah dibersihkan...

p/s senang buat kerja ....


Monday, August 24, 2015

Captain America Ada Kat Rumah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wah !! Captain America datang rumah grandma la...memang bertuah sungguh budak kecik ni...bila pakai baju Captain America ni Awisy siap nak pakai dengan topengnya sekali...tapi malu-malu pula nak bagi kita ambil gambar dia..

p/s seronok tengok Awisy membesar depan mata...

Rezeki Dari Nuffnang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! banyak juga iklan yang singgah ke blog mama ni...dapat lagi rezeki dari Mr.Nuffnang...walaupun blog jarang berupdate tapi ada juga rezeki...terima kasih nuffnang,kawan-kawan semua sebab sudi datang klik iklan dan singgah ke sini..banyak juga iklan dari nuffnang keluar kat blog mama ni...

Di antaranya adalah 2 iklan dari IKEA,3 dari Uforlifelaunch,3 dari Maggi Royale of the Day,3 dari Saturday Night Fever,3 dari KFC KASH Card Launch,3 dari Welcome to Shell Campaign..masyukkk juga la duit tabungan blog mama ni...

p/s sudi2kanlah singgah lagi yer...


Bila Tangan Panas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Betul ke tangan panas bila tanam pokok boleh tak hidup???entahlah betul ke tidak mama pun tak tahu juga..tapi kekadang tu ada juga tanaman yang ditanam hidup dengan segar juga...hubby selalu cakap kalau dia tanam pokok serai,pokok kunyit dan pokok daun kesum mesti tak menjadinya...kali ni mama pula mencuba untuk menanamnya...minta-minta tak panaslah tangan mama ni dan pokok-pokok yang disemai tu akan hidup dan menjadi...



pokok pertama yang mama cuba semaikan batangnya iaitu pokok daun kesum....kalau menjadi alhamdullilah la...senang bila nak menggunakannya nanti...moga ianya membesar dengan jayanya nanti...nampak gayanya macam menjadi jer ni...


pokok daun bawang pun ada juga ditanam...boleh juga digunakan daun bawang ini bila nak masak sup nanti...


daun pandan yang telah rimbun tapi mama potong dan biarkan tumbuh daun-daun pandan yang baru...nampak segar dan hijau sekali daunnya...


pokok kunyit memang penting...mama semaikan kunyitnya lebih sedikit...kalau nak guna senang tak payah beli kat kedai lagi...potong sehelai dua dah mencukupi...alhamdullilah membesar dengan sempurna sekali...


Sunday, August 23, 2015

Piala Liga Super Tetap Milik JDT

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tahniah!! buat pasukan JDT semalam kerana telah berjaya membawa pulang Piala Liga Super untuk 2 tahun berturut-turut...ucapan terima kasih buat pasukan Terengganu kerana telah mengalahkan pasukan Pahang sekali gus membawa kemenangan buat pasukan JDT dengan mata teratas...walaupun kalah dalam perlawanan dengan pasukan Felda United semalam tapi JDT tetap mengekalkan mata teratas dan telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2015 musim untuk tahun ini...kami sebagai anak kelahiran Johor jati akan tetap dan akan terus menyokong pasukan kebanggaan kami ini...
Hidup Johor !! Luaskan KuasaMU !!


Tahniah ! Tahniah ! JDT


TMJ yang paling supporting sekali sanggup mencemar dulu turun ke padang untuk meraikan kegembiraan ini bersama-sama pemain-pemain pasukan JDT semalam...jelas kegembiraan itu bersama-sama dengan Kapten pasukan JDT Safiq Rahim...


Kepuasan jelas kelihatan di wajah-wajah pemain-pemain JDT kerana dapat memberikan kemenangan dan Piala Liga Super buat penaung utama JDT iaitu Tengku Mahkota johor...


Bersama-sama meraikan kemenangan semalam di tengah padang Majlis Perbandaran Selayang..


pemain feveret Luciano Figueroa yang telah berjaya menjaringkan gol sebanyak 12 gol dalam liga super kali ini...


Tahniah juga buat jurulatih pasukan Johor Mario Gomez yang telah melatih kesemua pemain dengan baik sekali sehingga mampu menjulang Piala Liga Super ini buat kali ke 2...

 



Saturday, August 22, 2015

JDT Luaskan KuasaMu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Berdebar-debar para penyokong Johor Darul Ta'zim malam ini...perlawanan malam ini adalah di antara pasukan Felda United dan JDT..perlawanan malam ini juga bakal menentukan siapa di antara pasukan Pahang atau JDT yang bakal menjuarai kejuaraan bagi Piala Liga Super 2015 pada musim ini mengikut kiraan mata aggreget di antara kedua-dua pasukan ini.. di harap perlawanan malam ini akan memberikan seribu kegembiraan bagi mereka...juga tunjukkanlah semangat berpasukan dan semangat juang yang adil dan saksama..


"JDT LUASKAN KUASAMU"


p/s kena tunggu keputusannya malam ini...

Friday, August 21, 2015

Salam Hari Jumaat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan-kawan semua...pagi hari Jumaat yang indah ini Allah telah menurunkan hujan rahmatnya di bumi Johor yang indah ini...semoga hari ini akan kita tempuhi dan lalui dengan penuh keceriaan...marilah kita berdoa memohon kepada Allah di kala hujan turun..


Berdoalah untuk kedua-dua ibubapa kita juga...semoga apa yang kita pohon di pagi Jumaat ini akan sentiasa dirahmati oleh Allah dan diperkenankan...in sha Allah...

Selamat bekerja buat yang bekerja dan selamat bercuti pada yang bercuti pada hari ini...


Thursday, August 20, 2015

Alhamdullilah Selamat Pagi Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah Ya Allah...Kau masih memberikan aku untuk bernafas dan masih bisa melihat keindahan dunia MU di pagi ini...Nafas hari ini adalah anugerah untuk hidup yang penuh dengan barakah...in sha Allah aamin...


Wednesday, August 19, 2015

''Hanya NamaMu'' - Caliph Buskers

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hanya namaMU ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindungi
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMU ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Kuambil ikhtibar berdiri semula
Dan hanya namaMU ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
ku doakan agar kehadiran disambut
Semoga namaMU terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu ditamanMU nanti

Setiap masa tak pernanh ku lupa
Sinar yang kau beri dalam hidupku
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembalu dengan nafas akhir
Hanyalah namaMU ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini 
Yang mencari petunjukMU
Ku doakan agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMU nanti
menjadi tetamu di tamanMu nanti...


Wordless Wednesday # 505...Lawak Malam Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s siapalah yang punya tu...memang lawak....


Wordless Wednesday # 504...Jangan Bersedih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s kekurangan pasti ada kelebihannya...

WordlessWednesday # 503...Sayangilah Ibu Kamu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s teringat mak...Al-Fatihah...

DUIT TABUNG