JIRAN TETANGGA

Tuesday, June 30, 2015

Dugaan Berpuasa Tahun Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Inilah dugaan yang paling mencabar di dalam bulan Ramadhan tahun ini..seorang demi seorang di dalam rumah mama dijangkiti demam panas yang melampau...lepas cucu menantu pula demam..menjangkit pula ke anak-anak mama , hubby dan akhirnya mama sendiri pula yang terlantar...memandangkan mama ni sememangnya allegik ubat, jumpa doktor pun doktor masih tiada ubat untuk yang allegik macam mama ni...hanya boleh dilakukan minumkan vitamin C dan perlu mandi sekerap mungkin..disebabkan tiada ubat untuk buat demam panas mama ni kebah peluang nak baik kena ambil masa sedikit..hari ini dah masuk hari yang ke 4 demam masih tak kebah-kebah juga...digagahkan juga jari jemari ni menaip butiran cerita untuk tatapan kawan-kawan di alam maya ni walaupun tiada yang peduli...

Inilah vitamin C yang perlu dihabiskan...


Dah lah demam ditambahkan lagi dengan batuk memang bertambahlah kesakitannya...banyak ubat batuk dah dimakan tapi batuk masih tak juga mahu hilang..hambamu ini tetap berhubarb dengan dugaan kesakitan dari Mu Ya Allah...hanya padaNya yang maha mengetahui segala-galanya...selalu diberikan kesihatan yang sempurna tapi kali ini redha lah dengan dugaan kesakitan dari Mu ini...Kau yang memberikan penyakit ini dan hanya Engkau jua yang mampu memulihkannya...


P/s puasa hari keberapa pun dah lupa...

Saturday, June 27, 2015

Sempat Layan Sekejap

SALAM 1 MALAYSIA..
Assalamualaikum..
Sementara nak tunggu masa berbuka sempat lagi layan novel ni sekejap...semua juadah untuk berbuka dah siap jadi dari tak buat apa layan buku ni sekejap...dapat juga baca 1 dan 2 muka surat sementara tunggu berbuka pun dah kira okay juga...sebelum tidur nanti boleh juga sambung membaca balik...
pada kawan-kawan yang berpuasa pada hari yang ke10 ini mama ucapkan selamat berbuka yer kawan-kawan semua...


P/s puasa ke 10...

Friday, June 26, 2015

Rezeki Bulan Ramadhan Dari Nuffnang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! rezeki di bulan Ramadhan dari Mr.Nuffnang untuk blog mama ni...bertambah-tambahlah duit tabungan blog mama ni...banyak juga CPUV yang masuk dan terima kasih juga buat teman-teman alam maya yang tetap datang menyokong mama juga Mr.Nuffnang yang memberikan CPUV kat blog mama ni..

CPUV 22 jun adalah rezeki pada hari lahir mama...diantara CPUV yang diiklankan disini adalah 2 iklan dari Umobile Blogger Ambassador...2 iklan yang diklik adalah dari Nando's Sedap Sangat Ke...2 iklan dari Resort World Sentosa...2 iklan dari OLDTOWN White Coffee...dan 1 iklan dari Shell Heliz 'Love My English"...

p/s puasa ke 9..

Segmen 12 Jam Bloglist # 15 Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Thursday, June 25, 2015

Serunding Sedap Untuk Hari Raya Dari ALIA HARYANIE

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kalau dah nak dekat musim raya ni salah satu makanan peting untuk disajikan di hari raya nanti adalah serunding...kawan-kawan semua sudah tentu suka sangat dengan serundingkan..lebih-lebih lagi serunding lsangat enak dimakan bersama nasi impit,ketupat atau lemang...kalau teringin nak membeli dan merasa serunding sedap ni jom kita ke blog Alia Haryanie...

Selain dapat merasa serunding yang sedap boleh juga menolong Pn.Alia ini kerana beliau merupakan seorang ibu tunggal dan sekarang sedang sakit yang dihidapinya..marilah kita membantu beliau dengan cara membeli serunding sedap dari beliau ini..

Serunding daging

Serunding Ikan 

Serunding 

Mini Karipap  

Mini Popiah 




Inilah dia di antara produk yang dijual..
1-Serunding Daging tempatan 250gram  Rm18
2-Serunding Ayam 250gram Rm18
3-Serunding Ikan 250gram Rm 12
4-Mini Karipap Rm32 sekilogram
5-Mini Popiah Rm32 sekilogram

Di Bulan Ramadhan ini eloklah kita saling bantu membantu sesama kita..pada yang ingin mencuba serunding dari beliau bolehlah menghubungi di talian :
Tel  atau Whatsaap : 012 921 8016


Wednesday, June 24, 2015

Wordless Wdnesday # 501...Hikmah Disebalik Sakit

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s puasa ke 7...

Wordless Wednesday # 500...12 Amalan Pintu Rezeki

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s puasa ke 7..

Tuesday, June 23, 2015

Hidupkan Lesen Memandu Lagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum.
Tiba-tiba teringat lesen memandu dah mati semalam tapi lupa nak pi hidupkan...kebetulan Awisy tidur dengan papa dia jadi mama terus bersiap pergi ke pejabat pos sekejap...pejabat pos tu pun tak berapa jauh sangat dari tempat mama ni...


Ingatkan tak ramai orang yang menunggu rupa-rupanya ramai juga yang sedang beratur..kenalah beratur tunggu giliran mama sampai...inilah salah satu kelemahan Pejabat Pos Kangkar Pulai ni masih menggunakan cara yang lama...sistem bernombor masih belum dikuatkuasakan disini...terpaksalah beratur panjang untuk menunggu giliran...lenguh jugalah kaki berdiri sambil menunggu giliran sampai...


Bila dah sampai giliran mama,dah siap bayar terpaksa tunggu lagi...kerani pejabat pos tu cakap mesin untuk mencetak lesen tu masih tak panas lagi...terpaksa la tunggu lagi...dalam menunggu tu dah 2 orang juga selesai melakukan pembayaran bil mereka...


Akhirnya siap jugalah lesen mama yang baru ni..hidupkan pun untuk setahun lagi...nasib baik teringat tadi nak hidupkan lesen ni kalau lambat hidupkan pasti kena denda lewat pulak...

P/s puasa hari ke 6...


Alhamdullilah !! Awisy Bakal Dapat Adik???

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari minggu lepas anak mama baru saja buat scan kandungannya yang telah berusia 26 minggu...mama dan hubby ikut sekali ke klinik tu..ingatkan tak ramai orang yang berada di klinik tu tapi rupa-rupanya ramai sungguh yang masih menunggu untuk membuat pemeriksaan..disebabkan rekomen dari kawan mengenai kelebihan doktor di klinik ini terpaksa jugalah tunggu untuk buat scan 4D disini..klinik ini terletaknya di Gelang Patah Johor jauh sikitlah dari tempat mama ni tapi disebabkan baik tu yang sanggup datang juga...disebabkan ramai sangat mama dan hubby bawa Awisy menunggu dalam kereta saja..


Terbukti memang bagus sungguh layanan doktor perempuan tu..terlupa pulak namanya...anak mama pun memang amat puas hati atas layanan yang diterima dari doktor perempuan itu..setelah 15 minit membuat pemeriksaan anak mama keluar dari bilik doktor itu dengan perasaan puas hati..casnya pun tidak la mahal sangat dan berpatutan.

.Alhamdullilah !! jangkaan yang tepat...adik Awisy nanti dah tahu jantinanya...Awisy bakal mendapat adik perempuan...patutlah apa jua yang disukai oleh Awisy semuanya berkaitan dengan baby girl...Awisy kalau pilih barang mesti nak pilih warna pink,baju pink,mainan pink apa sajalah mesti pilih color pink rupa-rupanya Awisy bakal mendapat adik perempuan tak lama lagi...bersyukur mama tak lama lagi dapat lagi seorang cucu perempuan pula...

Bila dah tahu jantinanya lebih senanglah nak shopping baju baby nanti..dah boleh cari baju baby girl dengan color pink..eloklah sangat tu mama dah ada sepasang cucu rupa-rupanya ni...tak sabar nak tunggu bulan 9 nanti...sambut cucu baru dengan besday Awisy yang ketiga sekali..kedua-dua cucu mama lahir pada bulan yang sama juga..In sha Allah semoga semuanya berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan Allah hendaknya...

Kalau ada rezeki dulu mesti ada dua baby kembar di rumah mama..baby kembar tak seiras seorang lelaki seorang perempuan..umur baby boy tak panjang dalam kandungan anak mama..mungkin si abang mengalah dengan adik gegirl ni agaknya..dah tak ada rezeki nak dapat kembar kali ini..walaupun satu dah mengalah alhamdullilah yang seorang lagi membesar dengan sempurna walaupun kecil sedikit kata doktor...janji baby sihat dan sempurna itu sudah buat kami sekeluarga bersyukur sangat..masih terasa kehilangan kembarnya tu...

kisah kembar 1
kisah kembar 2


p/s tak ada rezeki nak dpt kembar..


Terima Kasih Kawan-Kawan Alam Maya Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Terima kasih buat kawan-kawan semua yang sudi mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir buat mama semalam...semoga doa-doa dari kawan-kawan itu termakbul jua hendaknya...In sha Allah hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya...In sha Allah akan termakbullah apa jua yang didoakan untuk mama..Allah akan sentiasa mendengar segala doa-doa yang dipohon dengan keiklasan hati kita...semoga semuanya akan membuatkan kehidupan mama bertambah ceria dan bahagia sekali disamping keluarga aamin In sha Allah..jika diizinkan Allah dan dipanjangkan umur mama dapatlah mama menyambut ulang tahun kelahiran ini di tahun-tahun seterusnya...aamin


ikhsan dari Mr.Google..cantik kek hari lahir mama dari Mr.Google ni...


p/s puasa hari ke 6...

Monday, June 22, 2015

Hadiah Dari Anak-Anak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Tak sangka hari ini dapat kejutan dari anakanda mama..dapat hadiah beg tangan pemberian dari mereka bertiga..terima kasih puteri-puteri mama kerana belikan hadiah hari lahir mama hari ini...seronok rasanya dapat beg tangan baru ni bolehlah digunakan dan bergaya di hari raya nanti...terima kasih sayang-sayang mama bertiga...terharu sangat sebab anakanda yang bongsu belum bekerja pun berkongsi sama dengan kekanda-kekandanya menggunakan duit pinjaman PTPTN nya...tiada harta mama yang lebih berharga dari kamu semua...kamulah harta mama yang paling berharga di dunia ini...semoga kamu bahagia di dunia dan diakhirat wahai anakandaku semua...aamin...




P/s tunggu hadiah dari hubby pulak ni...

Happy Birthday To Me

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum.
Selamat hari lahir buat diri sendiri hari ini...
Ya Allah Kau dengarkanlah doa dari hambaMu ini..berikanlah kebahagiaan aku, keluargaku..semoga aku dan keluargaku akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Mu Ya Allah..Kau permudahkanlah apa jua yang ku lakukan, murahkanlah dan limpahkanlah rezeki yang halal buat keluarga ku, lindungilah kami dari segala musibah dari menimpa aku dan keluargaku..semoga aku diberikan kesihataan yang sempurna..umur yang panjang untuk aku terus beribadat dan mengingati Mu sepanjang umurku ini sehinggalah sampai masanya aku akan dipanggil dan menemui Mu disana nanti..aamin aamin ya rabil alamin.

Sunday, June 21, 2015

Selamat Hari Bapa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat hari bapa diucapkan buat hubby dan menantu mama kerana telah menjadi ayah yang baik buat anak-anak juga buat semua blogger-blogger lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak...semoga kalian semua akan terus menjadi seorang ayah,bapa,walid,papa,daddy yang baik buat anak-anak...in sha Allah..

SELAMAT HARI BAPA SEMUA...

Saturday, June 20, 2015

Resepi Mee Kari

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 
Bulan Ramadhan memang ramai yang sibuk mencari menubila dah garing yang sedap untuk berbuka puasa..salah satu menu yang boleh disediakan untuk menu berbuka adalah mee kari...sesekali nak juga bertukar menu berbuka puasa...hari ni kita layan mee kari pulak...Jom kita ke dapur mama dan mencuba resepi ini untuk berbuka puasa nanti...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Mee kuning, tauhu, daging tetel, kentang, bawang goreng, kerang rebus
Rempah kari, tomato, telur rebus, cili hijau, fish kek, tepung jagung
Udang, sotong,tauge bawang goreng, daun sup untuk hiasan
Garam, gula,serbuk perasa! Bunga lawang dan kulit kayu manis

Cara-cara memasaknya..
1-Daging tetel hendaklah direbus terlebih dahulu..biarkan empuk...air rebusan itu boleh digunakan untuk kuahnya...mee kuning dicelur terlebih dahulu..toskan airnya..telur direbuskan hingga masak...bersihkan sotong dan udang biarkan ke tepi dulu..
2-Hiriskan bawang, fish kek, cili hijau, cili merah, tomato, daun sup..ambil rempah kari bancuh sehingga menjadi paste...
3-Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang, bunga lawang dan kulit kayu manis terlebih dahulu sehingga bawang garing dan naik bau..
4-Masukkan pula paste rempah kari tadi...biarkan sehingga rempah kari garing sepenuhnya...bila rempah sudah garing masukkan air rebusan daging tadj dan mengikut sebanyak mana kuah yang diperlukan.masukkan dahulu kentang yang telah dihiris empat segi..
5-Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya..masukkan daging yang telah direbus tadi,fish kek, udang, sotong dan kerang sekali...tepung jagung diperlukan hanya untuk memekatkan kuah saja..
6-Bila kuah sudah mendidih dan rasa sudah mencukupi...mee kari sudah boleh disediakan...masukkan mee dan kuah ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan seperti cili, tauge, bawang goreng, telur, tomato, daun sup..kalau suka boleh perahkan air limau nipis...selamat mencuba semuanya dan selamat berbuka puasa..

DIY Jahit Langsir

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Bila nak raya ni semuanya sibuk nak cari semua barang keperluan untuk mencantikkan persekitaran rumah...salah satunya kena cari kain langsir baru untuk rumah kelihataan berwajah baru semasa perayaan nanti...bagi mama tak tahu lagi nak tukar yang baru atau pun tidak...kain langsir raya tahun lepas pun masih elok lagi...tengok la macam mana nanti kalau ada rezeki lebih boleh juga tukarkan dengan yang baru...kalau nak tukar pun mama akan cari kain langsir yang murah dan simple jer...


Lipatkan dan jahit bahagian tepinya dahulu...kalau nak jahit tepi pun boleh juga...
Ini adalah kain langsir mama untuk raya tahun lepas...mama jahit sendiri saja..kalau nak upah memang mahal harganya sekarang ni...jadi jahit sendiri jer la lebih jimat kos..jom kita tengok cara mama jahit langsir yang simple ini..mula-mula kenalah gunting kain langsir itu ikut panjang tingkap rumah kita..


Selepas tu lekatkan kain lapik penyangkut besinya..sebelum menjahitnya mama sematkan dahulu dengan peniti supaya sama rata..jadi bila siap menjahitnya nanti kain langsir tu tidak akan senget...bila dah siap dijahit dibahagian atasnya bolehlah mulakan menjahit dibahagian bawah langsir pula mengikut panjang yang diperlukan...


Bila dah siap menjahit dibahagian atasnya bolehlah menjahit dibahagian bawah langsir pula..


Beginilah rupanya kain langsir yang sudah siap dijahit dengan lapik penyakut dibahagian atasnya..


Jahit pula dibahagian bawah kain langsir itu mengikut ukuran panjang yang telah diambil..siap juga kain langsir simple yang mama jahit sendiri..bila dah siap mama terus sangkutkan terus...kalau dah berlipat nanti mesti kena digosokkan semula jadi lebih senang gantungkan terus..


Gambar kain langsir raya tahun lepas...bila dah siap dijahit terus gantungkan terus...

Friday, June 19, 2015

Resepi Pankek Telur Ikan Mayong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Memang susah nak jumpa telur ikan mayong ni sekarang..kalau terjumpa kat pasar memang tak cerita banyak terus beli..kalau kat rumah mama ni anak-anak memang suka dengan telur ikan mayong ni...kalau dimasak berkuah memang mereka tgorengkan telura tapi kalau buatkan pankek memang cepat jer habisnya...hari ni mama nak sharekan resepi pankek telur ikan mayong ni...jomlah kita tengok...

Bahan2 yang diperlukan...
Telur ikan mayong, sekepal nasi
Bawang, daun sup, cili merah/cili api
Garam, serbuk perasa
Kalau suka boleh letak lada sulah/serbuk lada hitam

Cara-cara memasaknya...
1-Bersihkan telur ikan mayong itu dan tapiskan airnya....kisar telur itu dalam blander sehingga hancur...
2-Masukkan telur yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk...masukkan nasi yang telah dihancurkan, hirisan bawang, cili api/cili merah, daun sup, garam, serbuk perasa...kalau suka boleh masukkan lada sulah atau serbuk lada hitam...
3-Panaskan kuali tak melekat dan gorengkan telur tadi seperti goreng telur dadar juga...goreng ikut ketebalan yang disukai...
4-Goreng sehingga garing dan balik-balikkan telur sehingga masak...
5-Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama lauk yang lain atau makan begitu saja...makan semasa panas memang sedap...kalau suka bolehlah dicicih dengan sos...selamat mencuba yer kawan-kawan...


Telur ikan mayong yang masih belum diblanderkan...


Inilah telur ikan yang telah diblander dan telah dicampurkan dengan nasi, hirisan bawang, cili api/cili merah, daun sup, kalau suka letakkan lada
 sulah atau serbuk lada hitam...


Telur ikan mayong yang telah siap digoreng...bolehlah dihidangkan dan dimakan...


Kitaran Kehidupan Manusia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah kitaran kehidupan manusia yang perlu kita ketahui...dari kelahiran hinggalah menuju kematian...
1- Ketika kamu dilahirkan,kamu akan diazankan tanpa solat dan ketika kamu meninggal kamu disolatkan tanpa azan...
2-Ketika dilahirkan kamu dibersihkan dan dimandikan dan ketika kamu meninggal dunia kamu akan dimandikan,dibersihkan dan disolatkan.
3-Ketika dalam perut ibu kamu berada di dalam kegelapan dan kesempitan dan ketika kamu meninggal kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan..
4-Ketika dilahirkan kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu dan ketika kamu meninggal kamu juga akan dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu..

Hiduplah engkau sesuka hati mu kerana engkau pasti akan mati dan buatlah apa saja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu...


Raihan & Man Bai - Harapan Ramadhan - Lirik Lagu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

  
Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
puasa satu amalan sebagai mana yang diperintahkan
moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu 
membelenggu diri tiada henti-henti

c/o Tak ingin ku kan biarkan Ramadhan berlalu saja
 Tuhan pimpinlah daku yang lemah
mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna
 agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna
Agarku dapat lalui penuh makna
Ku memohon kepada tuhan diberikan kekuatan 
ku memohon pada tuhan diterima

Selangkah demi selangkah 
Dengan rahmat Mu oh Tuhanku
ku tempuh jua...

Lafaz Niat Puasa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Selamat bersahur buat kawan-kawan semua...puasa ke dua hari ini...semoga amalan puasa kita diberkati dan dipermudahkan hari ini...In sha Allah...pada kawan-kawan jangan dilupa juga niat berpuasa kita... jom kita berkongsi bersama-sama yer..

Niat berpuasa untuk esok hari...

Niat berpuasa untuk sebulan

Doa berbuka puasa


p/s sekadar perkongsian bersama-sama...

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2015

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat berpuasa yer kawan-kawan semua...semoga ibadah puasa yang kita lakukan dapat kita sempurnakan sehingga berakhirnya bulan Ramadhan nanti...perbanyakkanlah ibadat di bulan Ramadhan ini..di bawah ni kita kongsikan waktu berbuka dan waktu imsak bagi seluruh Daerah Negeri Johor...

ZON 1
PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL

ZON 2
DAERAH JOHOR BAHARU,KULAI JAYA,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU YANG BERDEKATAN


ZON 3
DAERAH PONTIAN DAN KLUANG


ZON 4
DAERAH BATU PAHAT,MUAR,LEDANG SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR


SELAMAT BERPUASA SEMUA...



Thursday, June 18, 2015

Rezeki Bulan Ramadhan Dari Mr.Nuffnang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah !! dapat lagi CPUV dari Mr.Nuffnang...kali ni banyak sikit la...kena tunggu bila nuffnang nak kreditkan dalam akaun...rezeki bulan Ramadhan ni...terima kasih pada kawan-kawan yang selalu sudi singgah ke sini dan like iklan nuffnang kat blog mama ni...

Iklan yang keluar kali ini adalah 1 dari iklan Dugro,1 dari Shell Helix 'Love My English',2 dari Perfectu Popcorn-Launch,1 dari Tesco Lebih Jimat dan 2 dari RHB Lifestyle App...terima kasih semuanya...

p/s rezeki Ramadhan...


Kadar Bayaran Zakat Fitrah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bermulalah umat islam diseluruh menunaikan ibadat puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini...setelah berpuasa zakat wajib ditunaikan janganlah kita lupa melakukannya yer...semoga segala amalan dan ibadah yang kita lakukan mendapat keberkataannya...dibawah ini kita lihat jadual pembayaran zakat diseluruh negara...

1-Negeri  Perlis                 Rm6.00
2-Negeri Kedah                 Rm7.00
3-Negeri Pulau Pinang     Rm7.00
4-Negeri Perak                  Rm7.00   
5-Negeri Selangor             Rm7.00
6-Negeri Melaka                RM6.70
7-Negeri Sembilan            RM6.50
8-Negeri Johor                   RM 5.00 / RM8.00
9-Negeri Pahang               RM7.00
10-Negeri Terengganu      RM7.40/RM6.80/RM4.60
11-Negeri Kelantan           RM7.00
12-Sarawak                       RM6.50
13-Sabah                           RM7.00
14-Wilayah Persekutuan/PutraJaya/Labuan  RM7.00

Hukum Mengeluarkan zakat fitrah
1-Wajib bila matahari terbenam akhir Ramadhan hingga terbit matahari 1 Syawal
2-Paling afdal sebelum solat sunat Aidilfitri
3-Sunat sepanjang Ramadhan
4-Makruh selepas solat sunat Aidilfitri hingga terbenam matahari 1 Syawal
5-Haram selepas terbenam matahari 1 Syawal (hukum berdosa tetapi wajib ditunaikan dan dikira qada' jikadilengahkan akan bertambah dosa)


Giveaway Kad Raya 2015 By Khaty R'Bain & Cik Akak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡
Anda mungkin juga meminati:

Selamat Menyambut Bulan Ramdhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Esok kita umat islam dah mula berpuasa...selamat menyambut bulan puasa buat semua umat islam di Malaysia dan diseluruh dunia...semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna lagi buat kita dan seluruh keluarga kita yer...perbanyakkanlah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini...In sha Allah aamin...

Wednesday, June 17, 2015

Ikut Hubby Lawat Pos Kawalan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Hari ni dapat juga ikut hubby lawat pos kawalan pekerja Nepalnya..kebetulan hubby nak ke sana lihat kawasan pos baru jadi terus bawakan barang keperluan untuk kawalan di sini...hantarkan walkie talkie, buku laporan untuk kegunaan mereka semasa bertugas..


Bila suruh bergambar bukan main cepat lagi...kalau tak nak pun kena juga sebab bos yang paksa...belakang tu la banglo yang perlu dijaga oleh mereka...kawasan elit "Fenix"di Setia Tropika...


Persekitaran kawasan banglo contoh di Fenix Setia Tropika...



Kena dengar penjelasan dan mandat dari bos...


GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER