JIRAN TETANGGA

Sunday, May 31, 2015

Alam Maya Alam Nyata

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semalam 30 Mei mama telah ke Boat Noodle Sutera Mall di Sutra Mall...tujuan ke sana adalah atas pelawaan blogger Sis Lin untuk berjumpa sambil tu ada satu job food review buat blogger Johor...sambil makan sambil berseronok bersama-sama... dapat berjumpa dengan beberapa orang mama blogger Johor ni pun dah cukup terasa bestnya...

Inilah kali pertama mama dapat berjumpa dengan mereka tapi dah boleh rasa kemesraan,keramahan dan sporting mereka bila dapat berbual bersama-sama..terima kasih buat blogger Sis Lin,Ayu (Citarasa Rinduan) dan blogger Seri Kandi Tanah Jauhar...bersama-sama semalam dapat memberikan keseronokan dan dapat memeriahkan suasana... u all memang the best la..sepatutnya ada lagi blogger Johor yang sepatutnya hadir tapi disebabkan ada sesuatu halangan mereka tidak dapat hadir semalam...

oh yer review tentang Boat Noodle lepas ni yer...






Saturday, May 30, 2015

CPUV Akhir Bulan Mei

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ada juga lagi CPUV dari Mr.Nuffnang untuk earning kat blog mama ni...walaupun jarang update ada juga la yang sudi singgah ke sini...mekacih nuffnang dan kawan-kawan alam maya semua...CPUV kali ini adalah dari 2 iklan McDonald's Family (PC),2 iklan dari Maxis OnePlus One dan 1 dari Colgate 360 Charcoal Gold...

p/s alhamdullilah rezeki lg...

Selamat Pengantin Baru Kembar

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
Selamat pengantin baru buat pasangan kembar ini...semoga jodoh akan kekal hingga hujung nyawa yer...selesai juga majlis kenduri kawin jiran sebelah rumah mama ini...majlis bertandang bagi pasangan kembar ini...









Resepi Jejari Ketam Goreng Tepung

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni jom kita share resepi jejari ketam Goreng Tepung...resepi yang cukup mudah dan simple boleh kita buat untuk minuman petang...mama guna tepung serba guna jer senang dan cepat...

Bahan-bahannya..
jejari ketam
tepung serba guna
kalau nak sedap lagi boleh letak susu segar
air.minyak,sos pencicah

Cara-caranya...
1-Letakkan tepung dalam mangkuk.masukkan susu segar jika suka,kalau nak warnakan boleh letak pewarna sikit ke dalam bancuhan tepung..
2-Ambil jejari ketam dan letakkan dalam bancuhan tepung yang telah dicampurkan tadi..
3-Panaskan minyak secukupnya dan goreng jejari ketam tadi sehingga kekuningan dikedua2 belah..
4-Angkat dan toskan minyaknya...jejari ketam siap untuk dihidangkan bersama sos,air milo,teh atau kopi...selamat mencuba yer kawan-kawan semua...

Friday, May 29, 2015

Projek Komedi Warna Astro Warna

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Layan Projek Komedi Warna di Astro Warna hari ini...malam ni peserta ke peringkat separuh akhir diadakan...siapakah yang akan berada dipentas final pada minggu hadapan...saksikanlah peserta-peserta beraksi dipentas Projek Komedi Warna di Astro Warna...minggu depan dah ke peringkat final..projek komedi warna ini telah diadakan di Pinewood Studio Nusajaya Johor Baharu...



Majlis Kenduri Kawin

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Siap juga pemasangan khemah untuk majis kenduri kawin rumah jiran sebelah mama ni...kali ni majlisnya bertemakan warna hijau putih...majlis kenduri kawin menjemput menantu untuk anak-anak lelaki kembar mereka..seronok bila tengok anak-anak jiran dah berkahwin semuanya...memang meriah majlis kali ini sebab akan ada 4 orang pengantin dan dah tentu ramai juga jemputannya...

majlis kenduri kawin sekarang ni semuanya lebih mudah...makan minum semuanya disediakan oleh pihak katering...dah tak payah nak berewang-rewang lagi...cenderahati pun dah ada siap sedia semuanya cuma disuruh datang makan jer...bila pergi ke rumah pun dah tak ada apa yang nak dibantu semuanya sudah siap sedia...majlis kawin sekarang semuanya mudah dan senang...cuma sediakan duit jer...



P/s dah tak ada rewang2 lagi skg ni...


Resepi Ikan Tuka Bakar Berempah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kali ni mama nak tunjuk resepi ikan tuka/pari bakar berempah pulak...selalu buat ikan bakar biasa jer kan jadi kali ni kita buat menu ikan tuka/pari bakar berempah pulak...jom kita ke dapur mama nak jengah resepinya yer...

Bahan-bahannya...
Ikan pari/tuka
rempah kari ikan,halia,bawang putih
bawang merah,ketumbar,jintan manis
cili kisar,garam,serbuk perasa,foil/daun pisang

Cara-cara memasaknya...
1-Basuh dulu ikan pari/tuka dan rendam sekejap dengan air asam jawa...dah basuh toskan airnya...
2-Kita buat rencah sambalnya dulu..ambil halia,bawang merah,bawang putih,ketumbar,jintan manis,cili kisar,serbuk kari ikan kisar kesemuanya sekali..
3-Tumiskan rencah yang telah dikisar tadi...bila dah garing dan pecah minyak masukkan garam serbuk perasa secukup rasa...bila dah masak tutup apinya...
3-Ambil foil letak sedikit rencah diatasnya dan letakkan pula ikan pari/tuka...sapukan rencah diatas ikan itu pula...bungkuskan ikan itu ikut kesukaan kita sendiri...
4-Akhir sekali bakar ikan yang telah siap dibungkus di atas dapur diatas api yang sederhana sehingga ikan masak...kalau ada kuali serba guna lagi senang nak bakar di dalamnya...bila ikan dah masak bolehlah dihidangkan bersama lauk yang lain juga...merantah ikan bakar macam itu saja pun sedap...kalau suka perahkan air limau nipis di atas ikan yang telah dibakar itu...selamat mencuba yer kawan-kawan...

Resepi Cendawan Goreng Tepung

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Petang-petang kalau terasa nak makan cendawan goreng tepung bolehlah mencuba resepi mudah dari mama ni...minum petang bersama kopi atau teh memang sedap rasanya....resepi simple dan mudah...jom kita tengok resepinya di bawah ni...

Bahan yang diperlukan...
Cendawan, tepung serba guna
Air, minyak untuk menggoreng

Cara-caranya...
1-Bancuh tepung serba guna itu dengan air...biarkan pekat sedikit..ambil cendawan dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi...
2-Panaskan minyak secukupnya...bila minyak sudah panas masukkan cendawan yang telah dicelup dengan tepung ke dalam kuali...
3-Goreng sehingga garing dan kekuningan...bila dah garing angkat dan toskan minyaknya...
4-Cendawan goreng tepung siap dan sedap untuk dihidangkan ketika masih panas...minum petang bersama air kopi, teh atau milo panas...selamat mencuba kawan-kawan semua...




Resepi Asam Pedas Ikan Pari

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Menu yang memang pasti ada bila hujung minggu di rumah mama ni...semuanya suka bila mama masak asam pedas ikan pari ni...dah jadi makanan kegemaran seidi keluarga mama ni...jomlah kita ke dapur tengok resepinya...

Bahan-bahan...
ikan pari,daun kesum
kunyit hidup.halia,lada hitam
air asam jawa,cili kisar
garam,serbuk perasa,minyak

Cara-cara memasaknya...
1-Basuh ikan pari dan rendam dulu dalam air asam jawa...tepikan dahulu...
2-Ambil cili kisar (cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan)...ambil halia,kunyit hidup dan lada hitam tumbuk hingga lumat... 
3-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi...biarkan hingga naik bau dan garing cilinya...kacau selalu jangan sampai hangus...
4-Bila cili dah terbit minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa..ikut banyak mana yang diperlukan kuahnya...
5-Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...ambil ikan yang telah direndam dengan air asam jawa tadi dan cuci...selepas tu bolehlah ikan pari dan daun kesum ke dalam kuah asam pedas...biarkan ikan masak dan mendidih kuahnya...
6-Bila dah cukup rasa dan masak boleh ditutup api dan dihidangkan bersama nasi panas juga lauk-lauk lain juga...kalau ada ulam-ulaman lagi la pembuka selera semua...selamat mencuba yer kawan-kawan semua...


Buah Lemon Banyak Khasiatnya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Bila nak tahu khasiatnya terus google jer...tu dia banyak rupanya khasiat buah lemon ini..bolehlah nanti nak amalkan meminum air lemon ni untuk buat minuman seharian...aroma lemon yang segar dan khasiatnya mampu membantu mencerahkan kulit kita juga..banyak betul khasiat lemon ni dan antara khasiat yang mama baca diinternet tadi adalah lemon mampu..
1-mengurangkan tekanan darah tinggi
2-mengurangkan demam biasa dan selsema
3-mengurangkan masalah buah pinggang
4-Boleh mengurangkan sakit kerongkong/tekak
5-Boleh membersihkan darah
6-Membantu masalah sembelit
7-Anti kanser
8-Boleh mengurangkan gatal dan ruam kulit
9-Boleh mengurangkan berat badan
10-membantu mencerahkan kulit
11-boleh menghilangkan kutil

Lepas ni bolehlah terus amalkan meminum air lemon ini seharian...nak cari stok lemon lagi lepas ni...bila nak minum senang dah ada stok buah lemon kat dalam peti ais mama ni...



Thursday, May 28, 2015

Shopping Online Kasut Zalora

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Best juga shopping online kasut kat Zalora ni...harga yang berpatutan dan kasutnya pun cantik-cantik juga..anak mama memang suka sangat shopping kasut di Zalora ni..bila tengok harga murah rasa semua kasut nak dibelinya...last-last beli juga 4 pasang kasut di Zalora..nasib baik tak diangkut semuanya sekali...tak pe la kasut nak pakai pergi kerja.. tu yang beli mana yang disukainya lagipun harganya pun murah...pada kawan-kawan yang nak shopping barang-barang kat Zalora bolehlah ke laman webnya http://www.zalora.com.my/







Wak Mustar Juara Kilauan Emas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Memang dah diduga Wak Mustar berjaya menjadi juara dalam Konsert Akhir Kilauan Emas semalam...dengan gayanya yang selamba dan biasa semasa menyanyikan setiap lagu yang diberikan membuatkan Wak Mustar berjaya memikat hati semua juri dan penonton dengan persembahannya itu...tahniah buat Wak Mustar.Elji.Aling dan Lina...mereka telah berjaya menjayakan konsert kilauan emas final semalam...








Wednesday, May 27, 2015

Layan Kedua-Duanya Final Konsert Kilauan Emas Dan Bola Sepak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum... 
Malam ni layan Final Kilauan Emas di Astro dan bola sepak di tv9..sekejap-kejap terpaksa tukar 2 channel ni...kalau dah naik tingkat atas ni memanglah terpaksa buat macam ni.. kalau nak tengok tv terpaksalah tukar-tukar channelnya...bola sepak pulak pasukan JDT yang beraksi memang hubby kena tengok juga...akhirnya JDT menang juga malam ni dengan gol terbaik 5-0...akhirnya senang dah boleh tengok Final Kilauan Emas sepenuhnya..siapa yang bakal bergelar juara Kilauan Emas malam ni agaknya yer..jomlah kita saksikan..



p/s layan dua2 sekali...

Wordless wednesday # 493...Bila Ramadhan Menjelma

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Minum Petang Dengan Jejari Ketam Goreng

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Cuaca sejuk-sejuk ni memang sedap kalau dapat makan makanan yang panas-panaskan...jadi petang hari ni mama buat jejari ketam goreng tepung untuk minum petang...sedap dapat makan jejari ketam goreng tepung bersama dengan air teh o panas...panas sikit badan bila dapat minum air panas..



Wordless Wednesday # 492...7 Sombong Dilaknat Allah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 491...Jarak Waktu Solat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 490...Kreatif Uncle Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 489...Sahabat sejati

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tuesday, May 26, 2015

Crossticth Hasil Tangan Ibu Hamil

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Anak mama yang sulung ni memang rajin kalau bab menghias rumah dan membuat crossticth atau jahitan silang pangkah ni...tapi masa hamil anak pertama dulu langsung dia tak boleh buat semuanya ini...malas katanya hinggakan crossticth yang gambar di atas ni tak siap-siap hinggalah ianya siap pada tahun lepas... 



Tapi yang peliknya hamil anak kedua ni pula lagilah terlebih rajin anak mama ni...habis semua crossticth yang ada disiapkan satu persatu...inilah dia kelainan hamil anak kedua ni...terlebih sudah rajin anak mama menjahit silang pangkah ni...


ini adalah salah satu tempahan yang ditempah oleh sepupu anak mama aka anak saudara mama la...dah siap juga ni cuma tuannya belum datang ambil dari Kuala Lumpur..setiap satu gambar tu satu framenya...





Inilah dia diantara crossticth yang telah siap dibuat...masih ada lagi yang sedang dalam proses pembuatan...crossticth ni kena dijahit slow-slow kalau tidak memang x cantiklah jahitan silang pangkahnya nanti...


yang ini masih sedang dalam proses lagi...


Monday, May 25, 2015

Aiman-Bunga Dhia (lirik) OST Hati Perempuan #az

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hati Perempuan OST SAMPAI MATI HAZAMA

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jadi Driver Hari Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Hari ni kena jadi driver hubby pulak..hubby kurang sihat jadi tak boleh nak memandu kereta...nasib baik la mama boleh memandu jadi bila ada masalah begini senang sikit boleh bawakan hubby ke mana arah tujunya...tak sihat pun masih fikirkan pekerjanya...kereta pegawai untuk meronda pula rosak terpaksalah jadi driver bawakan hubby pergi jenguk sekejap..bateri kereta pula dah teruk terpaksa kena tukar yang baru...terus suruh pegawai bawa kereta ke bangkel gantikan dengan bateri yang baru...




Resepi Telur Kari Berkentang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Hari ni nak tunjuk resepi yang senang dan simple juga...masakan orang kampung ni memang kekadang senang dan simple jer nak diikutkan...mana yang susah kita senangkan yer dak..telur kari berkentang ni memang senang untuk dimasak...kalau nak tengok jom kita ke dapur mama yer...

Bahan-bahan yang diperlukan..
telur yang telah direbus
rempah kari,kentang,halia
bawang putih,bawang besar
kulit kayu manis,bunga lawang
cili merah,cili hijau
garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Rebus telur dahulu...dah masak kupas kulitnya...
2-Ambil halia,bawang putih,bawang merah tumbuk hingga lumat...sedikit hirisan bawang merah untuk menumis rempah nanti...
3-Panaskan minyak tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,hirisan bawang dan rencah yang telah ditumbuk tadi...
4-Biarkan sehingga garing dan naik baunya...kacau jangan biarkan hangus...
5-Bila rencah dah garing masukkan air ke dalamnya...ikut banyak mana kuah yang diperlukan...
6-Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa...biarkan kuah didih sekejap dan akhirnya masukkan telur yang telah direbus tadi...masak sehingga pekat...
7-Akhir sekali masukkan cili merah dan cili hijau ke dalam kuah biarkan sekejap...bila dah masak bolehlah ditutup apinya...kari telur berkentang boleh dihidangkan bersama nasi panas,ikan masin dan sambal belacan..selamat mencuba yer...

p/s kari yang mama masak selalunya memang tak gunakan santan yer..


Pau Untuk Sarapan Pagi Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Selamat pagi Isnin kawan-kawan semua..pepagi Isnin ni jangan yang ada "Monday Blues" yer....marilah kita mulakan hari ini dengan senyuman yang paling ceria dan penuh semangat...kawan-kawan bersarapan apa pagi ini yer...? Marilah kita mulakan hari ini dengan sarapan pagi supaya kita dapat melakukan semua kerja dengan penuh bertenaga nanti...hari ini mama bersarapan dengan kuih pau segera dan segelas koko panas saja...keluarkan pau dari peti ais dan kukus jer senang dan mudah kerjanya....selamat bersarapan kawan2...



Sunday, May 24, 2015

Cuci Kereta

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Hujung minggu begini selalunya hubby rajin nak basuh kereta sendiri tapi kali ni hantar kedai jer la...kereta pun dah kotor sangat ni...tak larat nak basuh kereta hari ni katanya..jadi kenalah teman hubby pergi cuci kereta kat kedai cuci kereta ni...senang sikit la hari ni badan pun tak penat...kereta pun bersih...Hari ni bila datang cuci kereta siap ada lucky draw yang disediakan oleh pihak kedai cuci kereta ni...kalau ada rezeki adalah nanti...banyak juga pakej yang disediakan oleh pihak kedai ni seperti cuci, polish, cuci seat kereta..cuci karpet dan macam-macam lagi...harganya pun berpatutan...




Cerita Grandma

Cerita Grandma