besday girl

Selamat Hari Lahir Sayang

Thursday, April 30, 2015 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat hari lahir buat anakandaku yang bongsu ini...sekejap jer masa berlalu dan dah besar rupa-rupanya anakandaku ni...dah menjangkau 19tahun usia anakanda bongsuku sekarang ini...mak akan sentiasa mendoakan apa jua yang cuney lakukan akan sentiasa dibawah lindungan Allah,sentiasa diberkati dan akan diberikan kebahagiaan sentiasa di dunia hingga ke jannah...jadilah anak yang solehah dan ingatlah yer bila sudah berada dihadapan janganlah lupa memandang yang dibelakang sentiasa...langit itu tidak akan selalu cerah dan indah kekadang akan ada awan mendung yang datang....semoga anakandaku ini akan terus berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan...

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG KU
NURUL SYAZWANE BINTI DZOLKARNINE..



5 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 479...5 Perkara

Wednesday, April 29, 2015 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


6 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 479...Rindu Dia

Wednesday, April 29, 2015 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

rindu pulak budak kecik sorang lagi ni...


p/s macam mana agaknya bila Aiman dah ada adik ni...??


1 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 478...10 Perkara Perlu Dielakkan

Wednesday, April 29, 2015 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


4 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday #477...Susah Nak Jumpa Sekarang

Wednesday, April 29, 2015 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s teringat zaman dulu2...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Kalau Berjalan Dan Bergaya Memang Nombor 1

Tuesday, April 28, 2015 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Budak kecik ni kalau bab-bab berjalan dan bergaya memang nombor 1...bila nak berjalan pasti baju yang cantik jer jadi pilihan...begitu juga dengan kasut memang suka pakai pilih kasut yang menarik hatinya...Awisy ! Awisy ! tu sebab kalau nak jenjalan memang seronok saja...nampak sangat keseronokkan dan kegembiraan terpancar di wajah Awisy bila sebut nak keluar berjalan...seronok hati grandma bila tengok Awisy gembira...

p/s macam2 la budak hancem sorang ni...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Ada Saja Kerja Awisy Ni

Tuesday, April 28, 2015 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ada saja kerja dan benda yang boleh dilakukan si kecik ni..baju basuhan mama Awisy pun boleh jadi mainannya...tengok jer la ni ! mama Awisy belum sempat nak sidai baju awisy dah sibuk buatkan dulu...sibuk nak menolong juga tu tapi bukannya nak menolong sangat tapi sibuk nak menyepahkan baju-baju tu...semakin aktif dan bijak budak kecik sorang ni...macam mana la bila dah ada adik nanti...memang haru dibuatnya...

p/s Awisy dah semakin membesar...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Ayam Masak Madu

Monday, April 27, 2015 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini mama nak kongsikan juga resepi yang simple dan senang dimasak...pada kawan-kawan yang ingin memasak dengan kadar segera dan simple mungkin resepi ini boleh diperlukan...cubalah memasak resepi simple ini yer...jom kita ke dapur...

Bahan-bahan yang diperlukan..
ayam ikut suka berapa banyak 
sedikit cili kisar,serbuk kunyit
bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus
bawang besar dihiris,sos cili
cili merah dihiris,sedikit daun sup (utk hiasan)
madu,sedikit serbuk lada hitam (kalau suka)
garam dan serbuk perasa
sedikit air

Cara memasaknya...
1-Bersihkan ayam..letak garam dan serbuk kunyit lalu digoreng kekuningan...angkat dan biarkan ditepi dahulu...
2-Gunakan minyak gorengan ayam tadi sedikit dan tumiskan sehingga naik bau...masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili garing..
3-Masukkan pula sos cili,madu,serbuk lada hitam dan sedikit air kalau nak berkuah...masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Akhir sekali masukkan ayam,hirisan bawang besar,hirisan cili merah ke dalam sos dan gaulkan sehingga rata dan masak sehingga pekat sedikit...
5-Ayam masak madu siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain juga..untuk hiasan bolehlah taburkan daun sup atau bawang...
selamat mencuba resepi simple dan mudah ini yer..


7 000 jiran datang mendoakan mama:

kisah anak

Kisah Melahirkan Puteri Sulung Mama

Saturday, April 25, 2015 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Teringat kembali kenangan 28tahun yang lepas semasa melahirkan puteri sulung ku ini...peristiwa melahirkan anak pertama yang tak akan pernah aku lupakan seumur hidupku ini...anak yang bakal mengisi ruang hidup kami suami isteri..anak pertama hasil cinta kami 
ini lahir dalam keadaan yang membuatkan diri ini teruja semasa peristiwa menyambut kelahirannya...itulah kenangan terindah dalam hidup ini semasa melahirkan puteri sulungku dan dapat menatap wajahnya buat pertama kalinya..

Semasa hendak bersalin aku terpaksa menumpang di rumah kakak iparku di kuarters askar di Kinara kerana abang iparku adalah seorang pegawai askar ketika itu..yang kebetulan rumahnya sememangnya berdekatan dengan Hospital Tentera Darat di Kinara Pucong Selangor..hanya mengambil masa beberapa minit saja dah boleh sampai ke hospital kalau terasa hendak melahirkan...

Melahirkan puteri sulungku ini adalah secara mengejut...memang tak ku sangka kelahiranya lebih awal dan cepat dari yang dijangkakan...pada pagi 25 April 1987 tiba-tiba perutku mula terasa kesakitan yang amat sangat dan air ketuban juga sudah mengalir dengan lajunya..dalam keadaan ketika itu amat mengejutkan semua orang aku telah berjaya melahirkan puteri sulungku ini di rumah saja dengan dibantu oleh kakak iparku...

Kesakitan yang amat mengejut kurasakan membuatkan puteri pertamaku ini tidak sempat dilahirkan di hospital walaupun hospital hanya bebarapa minit saja untuk sampai ke sana...tapi alhamdullilah berkat doa semua keadaan kami dua beranak dalam keadaan yang sihat..kelahiran awal puteri sulungku ini sungguh mengejutkan semua jiran-jiran di kuarters askar tersebut.. 

Bayi perempuan yang beratnya 3.2kg telah selamat kulahirkan pada jam 7pagi dengan selamat tanpa bantuan doktor dan tanpa jahitan..bayi comel itu telah kami berikan nama dengan nama NURUL AIN BINTI DZOLKARNINE ..cahaya mata kami berdua...masih terbayang-bayang saat aku melahirkannya dahulu dan sekarang puteri sulungku kini sudah berusia 28tahun..memang terasa masa beredar begitu cepat dan pantas sekali...sudah 28tahun usia puteri sulungku ini dan beliau juga sekarang ini sudah bergelar seorang isteri dan juga seorang ibu...

Hari ini doa mak agar puteriku ini menjadi seorang anak dan isteri yang solehah..sentiasa berbahagia,ceria dalam rumahtangga,gembira,sabar dalam membesarkan anak-anak ...semoga anakku akan sentiasa ingat bagaimana rasanya semasa mak melahirkan dan membesarkan kamu..perasaan itu akan dapat anakku rasai sendiri sekarang bila sudah menjadi seorang ibu...semoga puteriku ini akan sentiasa diberkati oleh Allah selalu...aamin..

SELAMAT HARI LAHIR WAHAI PUTERIKU
NURUL AIN BINTI DZOLKARNINE...



4 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas

Saturday, April 25, 2015 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Masakan yang simple lagi ni...masakan simple itulah yang tetap sedap ditekak ini...hari ini mama nak kongsi pula dengan resepi simple ikan cencaru masak kicap pedas...pada sesiapa yang bekerja masakan simple dan mudah tu lah resepi yang paling senang dan mudah untuk dimasak...jom kita ke bawah yer...

bahan-bahan simple nyer...
ikan cencaru (ikan lain pun boleh)
cili api,cili merah dihiris
bawang merah hiris
daun bawang dipotong untuk hiasan
halia,bawang putih,bawang merah, buah keras (tumbuk)
kicap manis,sos tiram,sos cili
garam,serbuk perasa,serbuk kunyit

Cara memasaknya...
1-Siang ikan cencaru...gaulkan dengan serbuk kunyit,garam..panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan...dah masak tepikan dalam bekas..
2-Tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi...biarkan sehingga naik bau...
3-Masukkan cili sos,sos tiram dan kicap manis....kalau pekat tambah air sedikit...kacaukan dan biarkan sehingga didih...tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Akhir sekali masukkan hirisan bawang merah dan hirisan cili api tadi ke dalam sos..bila dah masak tutup api dan tuangkan kuah sos kicap tadi ke atas ikan yang sudah digoreng tadi...hiaskan dengan daun bawang...
siap juga masakan simple kita ikan cencaru masak kicap pedas ini..bolehlah dihidangkan bersama-sama lauk yang lain juga bersama nasi panas...
selamat mencuba semua..

p/s autopost entri...

0 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas

Saturday, April 25, 2015 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Masakan yang simple lagi ni...masakan simple itulah yang tetap sedap ditekak ini...hari ini mama nak kongsi pula dengan resepi simple ikan cencaru masak kicap pedas...pada sesiapa yang bekerja masakan simple dan mudah tu lah resepi yang paling senang dan mudah untuk dimasak...jom kita ke bawah yer...

bahan-bahan simple nyer...
ikan cencaru (ikan lain pun boleh)
cili api,cili merah dihiris
bawang merah hiris
daun bawang dipotong untuk hiasan
halia,bawang putih,bawang merah, buah keras (tumbuk)
kicap manis,sos tiram,sos cili
garam,serbuk perasa,serbuk kunyit

Cara memasaknya...
1-Siang ikan cencaru...gaulkan dengan serbuk kunyit,garam..panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan...dah masak tepikan dalam bekas..
2-Tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi...biarkan sehingga naik bau...
3-Masukkan cili sos,sos tiram dan kicap manis....kalau pekat tambah air sedikit...kacaukan dan biarkan sehingga didih...tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Akhir sekali masukkan hirisan bawang merah dan hirisan cili api tadi ke dalam sos..bila dah masak tutup api dan tuangkan kuah sos kicap tadi ke atas ikan yang sudah digoreng tadi...hiaskan dengan daun bawang...
siap juga masakan simple kita ikan cencaru masak kicap pedas ini..bolehlah dihidangkan bersama-sama lauk yang lain juga bersama nasi panas...
selamat mencuba semua..

p/s autopost entri...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

AZZAM SHAM - CINTA SEJATIKU

Friday, April 24, 2015 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

                       


p/s layan lagu baru pula...

0 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Masak Lemak Turi Keledek

Friday, April 24, 2015 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pokok turi kat depan rumah mama ni walaupun dah ditebang masih lagi bertunas dan mula membesar lagi...semalam potong sedikit lagi dahan-dahannya yang mula membesar tu..dan mama ambil sedikit daun turi yang muda untuk dimasak gulai lemak daun turi ni bersama keledek...sedapnya walaupun daun turi ni pahit tapi bila masak dicampurkan dengan keledek jadi manis juga rasanya...yang pahit tu la yang baik dijadikan ubatkan...jom kita tengok resepi kat bawah ni...

bahan-bahannya...
daun turi,keledek manis,serbuk kunyit
santan pekat,udang kering,
kalau suka pedas letaklah cili api
mama tak letak
bawang merah,garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Ambil daun turi dan lorotkan dari batangnya...basuh dan letak tepi dahulu..
2-Siapkan bahan-bahan untuk rencahnya...ambil udang kering dan rendam sekejap..bawang merah dan cili api(kalau letak)tumbuk sekali dengan udang kering yang telah direndam tadi...
3-Masukkan rencah yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali dan bubuh santan cair dan keledek dahulu...biarkan keledek tu empuk sekejap..
4-Bila keledek dah empuk sedikit masukkan serbuk perasa dan garam secukupnya...kacau sekejap dan masukkan juga daun turi kedalam kuah tadi..akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau rata...biarkan daun turi masak secukupnya...siap bolehlah tutup api dan hidangkan bersama sambal belacan,ikan masin dan nasi panas...sedapnya kalau makan ramai-ramai...
okay la ! selamat mencuba resepi simple ini yer kawan-kawan...



1 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Udang Comel Masam Manis

Friday, April 24, 2015 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi yang simple-simple ini kekadang memang sedap kalau dimasak...makan pulak dengan nasi panas-panas memang jadi makin ohsem sangat...hari ni mama nak bagi resepi simple tapi sedap...pada mama memang sedap la sebab sendiri yang masakkan...jadi pada kawan-kawan pandai-pandailah mengayakan sendiri masakan kita supaya masakan kita sentiasa akan jadi sedap ditekak kita dan keluarga...okay jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya...
Udang kecik dan comel
serbuk kunyit,bawang merah
cili merah/cili padi,daun bawang kalau suka
sos tiram,sos cili,sos tomato,bawang putih
garam,gula dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Udang kecil tu buang kepala saja dan dibersihkan..gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam...
2-Panaskan minyak dan goreng udang tu sehingga garing...bila dah garing toskan minyaknya dahulu...
3-Hiris bawang merah,cili merah,cili padi...tumiskan bahan-bahan yang teah dihiris tadi...biarkan garing sedikit kemudian masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato ke dalamnya...kalau nak berkuah sedikit tambahkan sedikit air..masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya..
4-Akhir sekali masukkan udang comel yang telah digoreng tadi ke dalam sos tersebut dan gaulkan sehingga rata..bila dah rata bolehlah ditutup api..angkat dan hiaskan dengan daun bawang..bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain juga..selamat mencuba kawan-kawan...

1 000 jiran datang mendoakan mama:

gaya hidup

Servis Penghantaran Yang Pantas, Cepat Dan Terbaik Dari Lazada

Thursday, April 23, 2015 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Alhamdullilah ...sampai juga barang yang mama order dari Lazada Malaysia...dijangkakan dalam 1 minggu baru sampai barang ini tapi tak dijangka pagi tadi dah sampai...terkejut jugalah mama bila lori courier servis sampai depan rumah...baru petang semalam mama summit ordernya di onine...tapi dah sampai pagi hari ini..memang terkejut sekali kerana penghantaran yang cepat dan pantas dari pihak Lazada ni...bolehlah order lagi barang-barang yang lain pula nanti jika mutu servis penghantarannya sentiasa kekal sebegitu cepat begini...di harap pihak Lazada Malaysia akan meneruskan servis penghantaran yang cepat begini selalu...

p/s bolehlah cuba menggunakannya nanti...

6 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita anak-anak

Hari Terbuka Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Wednesday, April 22, 2015 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Entri terperap yang baru hari ni mama nak postkan...entri ini adalah cerita semasa mama ke Hari Terbuka Kolej Yayasan Pelajaran Johor tempat anak mama belajar...anak mama sekarang ini sedang belajar dalam bidang kulinari di sini..hari ini adalah hari terbuka bagi kursus kulinari ini...Chef Jo adalah salah seorang jemputan khas yang dijemput hadir pada majlis hari terbuka itu..


Booth anak mama adalah booth yang menyediakan juadah atau makanan dari Negeri Korea...jadi semuanya terpaksalah menyediakan makanan dari Negeri Korea ini di sini...banyak jugalah makanan Korea yang disediakan di sini untuk para pengunjung merasainya sendiri makanan Korea itu... 


Inilah meja yang telah disediakan di sini dengan hidangan makanan Korea diletakkan dimeja sebagai hiasan...juga terdapat beberapa orang model terdiri dari pelajar kulinari ini sendiri dengan siap memakai pakaian tradisi Korea lelaki dan juga perempuan...tapi masa mama sampai hanya pelajar perempuan saja yang ada yang model lelakinya tiada..seolah-olah kita sedang berada di Negera Korea pulak bila berada di sini...


Ramai juga tetamu yang hadir singgah dan merasa makanan Korea di sini...



Bergambar bersama-sama pensyarah mereka...


Mama pun hadir pada hari itu untuk menyaksikan dan merasa sendiri makanan Korea di sini...sempat ambil gambar dengan model yang memakai pakaian tradisi Korea ni...dapat juga merasa "kimchi" dan "Japchae' buatan tangan mereka sendiri...bila dah tahu cara-cara nak membuatnya boleh request kat anak mama untuk membuatkannya nanti...



Di akhir majlis booth Korea anak mama ini telah memenangi "Award Best Of The Best Garde Manger Champions Ships" iaitu penyediaan makanan display yang terbaik dan menarik...hadiah itu telah disampaikan oleh Chef Jo dimajlis penutupnya...


Anak mama tak melepaskan peluang bergambar sekali dengan piala yang telah dimenangi oleh mereka semua itu...kerja berkumpulan yang baik sekali...


Akhir sekali mereka semua sempat juga bergambar dengan chef terkenal ini iaitu Chef Jo di akhir majlis itu..



Inilah award yang telah berjaya dibawa pulang oleh group "Korea Culture" pada hari itu..


Pensyarah pun turut berbangga dengan percapaian anak murid mereka yang telah berjaya dalam menjayakan majlis hari terbuka tersebut..di bawah ini adalah beberapa jenis makanan Korea yang ada disediakan pada hari itu...





3 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 476...Throwback

Wednesday, April 22, 2015 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

p/s comel jer...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 475...Jaga Kesihatan Diri

Wednesday, April 22, 2015 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 474...Isteri Selalu betul Ke??

Wednesday, April 22, 2015 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


4 000 jiran datang mendoakan mama:

Nuffnang

CPUV Bulan April

Tuesday, April 21, 2015 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! dapat lagi CPUV dari Mr.Nuffnang..kali ini dapat 3 dari iklan DIGI POSTPAID dan 1 dari IKEA-BED & BATH...meekacih Mr.Nuffnang sebab sudi bagi CPUV kat blog mama ni yer..lain kali letaklah iklan lebih-lebih yer...dapat banyak lagi earningnya nanti...mekacih juga pada kawan-kawan yang sudi singgah ke sini dan like iklan tabungan mama ni..

p/s seronok dan sayang dgn blog mama ni...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

Sarapan Pagi Tadi...

Tuesday, April 21, 2015 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah waktu minum petang ni mama !!...baru nak cerita pasal minum pagi tadi...tak apa la...suka hati mama la nak tulis apa pun...blog mama tulis jer ikut suka sendiri la..dari mengumpat pasal cerita orang lain baiklah tulis entri kat blog sendiri yer dak...suka hati mereka kalau ada yang suka bolehlah baca kalau tak ada mama tak boleh nak paksa...alhamdullilah jika ada yang masih sudi singgah ke sini...ke blog mama yang tak seberapa ni...melalut dah mama ni...dari nak cerita pasal sarapan pagi terus pulak dok berleter cerita hal yang lain pulak..yer la sebenarnya nak bersyukur dengan makan dan minuman yang kita minum sehari-harian ini...itu semua rezeki kurniaan dari Allah untuk kita merasainya...moga kita bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan untuk kita semua...


p/s dah melalut mama ni..nak cite lain...lain pula yang kuar...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen 12 Jam Bloglist # 14 Mialiana.com

Monday, April 20, 2015 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

10 000 jiran datang mendoakan mama:

review My Beauty Herbs

Wajah Putih Gebu Dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skin Care

Monday, April 20, 2015 Mas Zull 12 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Terlebih dahulu mama ucapkan ribuan terima kasih pada blogger Mialiana juga My Beauty Herbs kerana telah memiliih mama di antara 50 peserta yang berjaya dalam segmen yang telah diadakan di sini.....boleh jugalah mama mencuba produk dari My Beauty Herbs ini...dan semoga semua peserta yang telah berjaya menyiapkan review produk ini nanti akan bersedia menanti keputusannya...siapa yang akan berjaya nanti kita tunggu saja yer...


Produk My Beauty Herbs ini sebenarnya boleh menggalakkan pertumbuhan kulit mati dan ianya juga boleh melindungi kulit..Bahan Marine Plant Stem Cell yang terdapat dalam produk ini adalah tumbuhan yang berasal dari laut...ianya boleh memperbaharui sel kulit mati dan menambah kolagen untuk menegangkan kulit kita...ia juga mampu menghilangkan jerawat dan jeragat di muka dan juga sebagai anti penuaan..Penggunaan yang kerap akan membantu mencerahkan kulit wajah.

Dalam satu kotak My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skin Care ini mengandungi
1-MBH Whitening Booster Soap
2-MBH Whitening Booster Day Cream
3-MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

1-MBH Whitening Booster Soap
Sabun ini mengandungi marine plant Stem Cell,Collagen,Pearl Powder,vitamin C,Vitamin E,Rice Extract, dan nutrisi tumbuhan laut yang berkesan mengekalkan kulit muka.
-Membersihkan,mencerahkan,menggebukan,melembap,melembut dan menegangkan kulit
-Menanggalkan semua kotaran,minyak dan sel kulit mati
-sesuai untuk semua jenis kulit
-menanggalkan bintik hitam

2-MBH Whitening Booster Day Cream
-melindungi kulit daripada sinaran UV
-Kulit nampak cerah
-Menegangkan kulit wajah
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
Melembutkan dan melicinkan
-Menganjal dan menghaluskan
-Menyerikan wajah kusam
-Wajah lebih sihat dan muda

3-MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream
-mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
-Melembabkan dan menyegarkan
-Mengurangkan liang roma terbuka 
-Menjadikan tona lebih sekata dan berkilau



pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah mencubanya sendiri dan alamilah keberkesanannya nanti yer...boleh mendapatkan produk My Beauty Herbs ini di laman web yang tertera di bawan...



Facebook : My Beauty Herbs
Website : My Beauty Herbs
Instagram : Mybeautyherbs
Twitter : @MBHerbs


Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


12 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh

Sunday, April 19, 2015 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Menu hari minggu request dari hubby...bila ke pasar tadi tengok ada siput jer terus beli...harga satu plastik sekarang ni dah naik harga rupa-rupanya...harga siput sedut pun dah mahal sekarang ni...dah ada harga sekarang ni...sepeket harganya dah jejak rm10... dulu murah jer harganya dalam rm 5 jer sepeket...tak kisahlah dek kerana nak makan mahal pun belilah jugakan...jom kita tengok resepinya kat bawah ni yer...

Bahan-bahan yang diperlukan...
siput sedut sepeket
cili padi kalau nak pedas lebihkan,
kunyit hidup
bawang merah (kalau nak kurang pedasnya)
serai,asam keping
santan,garam n serbuk perasa 

Cara-cara memasaknya...
1-Bersihkan siput sedut dan biarkan ke tepi dulu...ambil cili padi,bawang merah dan kunyit hidup kisarkan hingga hancur...
2-Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali,titik serai dan letakkan asam keping dan juga santan cair...
3-Biarkan didih sekejap kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...ambil siput yang telah dibersihkan dan masukkan ke dalam kuali tersebut...
4- Biarkan didih sekejap jangan sampai pecah minyak yer...akhir sekali masukkan santan pekat dan belimbing buluh ke dalamnya...
5-Kacau perlahan-lahan sehingga siput sedut itu masak...bila sudah siap bolehlah di matikan api dapur dan bolehlah dihidangkan siput sedut masak lemak ini dengan lauk yang lain juga..okay kawan-kawan selamat mencuba dan menjamu selera...



5 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Rajin Sangat La Dia...

Friday, April 17, 2015 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pagi ni grandma suruh tidur sebelah pagi Awisy tak mahu...jadi grandma terus jer tinggalkan Awisy dan masuk ke dapur untuk menyediakan juadah makan tengahari hari ini...bila dah tak nak tidur banyaklah kerja yang bak dilakukannya...salah satu inilah kerjanya...membantu ke atau mengacau kerja grandma kat dapur ni...

Grandma menumbuk bawang dia pun nak juga jadi biarkan jer Awisy sendiri yang lakukan...grandma tengok jer dari tepi...pandai juga si kecik ni menumbuk..duduk pun berhati-hati jer sambil tangan memegang batu lesung tu...

Boleh jugalah diharapkan cucu grandma sorang ni...habis semua barang-barang dapur dijelajahnya...urat saraf kepala otak tu memang sentiasa berjalan jer...bila nak ambil apa yang Awisy mahu dah tahu kat mana letaknya...

p/s nak jadi master chef ni...

6 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 473...In sha Allah jadi Baik

Wednesday, April 15, 2015 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



6 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 472...Sentiasalah Beringat

Wednesday, April 15, 2015 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


1 000 jiran datang mendoakan mama:

Nuffnang

CPUV Bulan April Lagi

Monday, April 13, 2015 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dapat lagi CPUV dari Mr.Nuffnang hari ini...alhamdullilah memang seronok bila kita dapat mengumpul duit tabungan blog ini..semakin bertambahlah dari hari ke hari kalau begini gayanya...terima kasih buat Mr.Nuffnang dan juga kawan-kawan alam maya ini sebab sudi singgah menabung kat blog mama ni...kali ni iklan dari Sunsilk Pink Variant dan TGIF Meal For Two pula yang masuk ke sini...


7 000 jiran datang mendoakan mama:

hadiah teman blogger

Cenderahati Legoland

Monday, April 13, 2015 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kalau jenjalan ke legoland mesti beli satu barangan kat sana...tak kiralah apa pun janji cantik dan menarik hati...kekadang suka cari keychain yang berlainan bentuk...kalau nampak yang baru mesti beli satu buat simpanan mama...harga satu keychain kat legoland ni memang mahal kalau dibandingkan dengan harga biasa kat luar...tapi kat luar tak ada la jual yang macam ni...hanya di legoland jer...nasib baik la mama bila beli ada harga staff...jadi dapatlah murah harganya dari harga yang telah ditetapkan...


inilah keychain yang dapat dibeli bila mama ke legoland..memang mama saja suka simpan keychain ini bila tak digunakan..

p/s suka warna topi tu pink...

1 000 jiran datang mendoakan mama: