JIRAN TETANGGA

Saturday, November 21, 2015

Resepi Sambal Totok Jawa

ASSALAMUALAIKUM...

Sambal totok/toktok jawa ni memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas...kena pulak ada lauk yang lain memang terangkatlah bila makan...hari ni kita boleh share macam mana nak membuat sambal totok jawa yang simple dan mudah ini...jom kita ke dapur..

Bahan-bahannya...
cili api,cili merah(kalau suka)
bawang merah,bawang putih
ikan bilis,belacan
garam,gula, serbuk perasa
limau kasturi/nipis

Cara membuatnya...
1-Goreng ikan bilis sehingga garing sedikit...angkat dan toskan..ambil cili api,cili merah,bawang merah dan bawang putih gorengkan sekejap...belacan kalau nak digoreng sekejap pun boleh atau pun dibakar...
2-Masukkan belacan dan bahan yang telah digoreng tadi ke dalam lesung.. garam,serbuk perasa dan gula...tumbuk lumat kesemuanya...
3-Perahkan air limau nipis..ambil ikan bilis yang telah digoreng tadi dan hancurkan sedikit...gaulkan kesemuanya sekali sehingga rata...sambal totok jawa siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain juga...
selamat mencuba kawan-kawan...

6 comments:

  1. Sedapnya mama... sy mmg suka sambal ni tp skang dh tak boleh makan pedas sgt....

    ReplyDelete
  2. Salam Maszull...baca resepi sambal totok jawa ni dah kecur air liur..hehe

    ReplyDelete
  3. wah hebat masakan ini..apa khabar Maszul..selamat bercuti...

    ReplyDelete
  4. kalau say p johor ni la menu dia..sedp gilaaaa

    ReplyDelete
  5. Memang sedap nih makan dgn nasi panas...

    ReplyDelete
  6. dap nyer.
    aida bukan reti masak org jawa ni.
    pernah, tapi kurang kick la :)
    nak suh mil buat la resepi ni hi hi hi hi...

    ReplyDelete

DUIT TABUNG