JIRAN TETANGGA

Monday, September 28, 2015

Resepi Daging Paprik

ASSALAMUALAIKUM...

Dah beberapa hari ni menu harian kat rumah mama ni asyik la bertemakan daging...mentang-mentanglah hari raya korban memang banyaklah daging korban penuh dalam simpanan peti ais...inilah di antara salah satu menu yang mama masak 
menggunakan daging korban yang diperolehi tempohari.. jom kita tengok resepi Daging Masak Paprik kat bawah ni...

Bahan-bahan...
Daging,bawang besar,kacang panjang
bunga kobis,cili api,halia
sos tiram,sos cili,sos tomato,kicap manis,serai,sos ikan
cili kisar,daun limau,garam,serbuk perasa,sedikit gula

Cara-cara memasaknya...
1-Daging direbus dahulu sehingga empuk,setelah empuk angkat dan hiriskan nipis..gorengkan sekejap daging yang telah dihiris tadi..
2- Tumiskan cili kisar,halia,bawang putih,serai yang dititik sedikit kedalam minyak gorengan daging tadi...
3-Setelah naik bau harum masukkan sos tiram,sos tomato,kicap manis dan sos ikan..kalau pekat masukkan sedikit air rebusan daging tadi..
4-Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam sos dan masukkan sekali hirisan cili api,bawang besar,bunga kobis,kacang panjang,daun limau,garam,serbuk perasa dan sedikit gula..gaulkan sekejap dan daging paprik siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...
Selamat Mencuba semua...

7 comments:

  1. memang maging la seminggu ni kak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap la pulak!dah la tak makan lagi nie...aduii..

    ReplyDelete
  3. boleh la buat nanti..daging korban pun ada lagi tu..heheh..thanks share mama..

    ReplyDelete
  4. sedap2.. zaza pun bawak bekal paprik arini tapi paprik ayam hehe..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG