JIRAN TETANGGA

Friday, September 11, 2015

Masalah Cuaca Berjerebu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Cuaca di negara kita ini memang tak menentu lebih-lebih lagi sekarang ini negara kita sedang dilanda masalah dengan jerebu...disebabkan negara jiran kita mengalami kebakaran hutan yang teruk cuaca di tempat kita turut terbabit sama..asap dari sana sampai ke negara kita mengakibatkan masalah jerebu semakin teruk dibeberapa kawasan tertentu...

Bila cuaca dah berjerebu seperti sekarang ini macam-macam penyakit mendatang...oleh itu dimana kawasan yang teruk dilanda jerebu dinasihatkan hendaklah mengelakkan dari berada di luar kawasan rumah...pastikan anak-anak dan kita juga sentiasalah memakai penutup mulut untuk mengelakkan kesan kesihatan yang lebih teruk lagi...



Tindakan yang perlu dilakukan semasa masalah jerebu ini...

1-Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
2-Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor)..jika terpaksa berada di luar orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply..
3-Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih.Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
4-Apabila memandu gunakan penghawa dingin..pilihlah operasi (mode) kitaran udara dalaman
5-Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya) 8 gelas sehari
6-Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan / menghadiri aktiviti luar..

Kesan kesihatan akibat Jerebu juga boleh memburukkan penyakit kronik yang dihidapi seperti :

1-Sakit mata
2-Selsema
3-Batuk
4-Asma
5-Sakit tekak
6-Sakit jantung
7-Radang paru-paru
8-Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik

Segeralah mendapatkan rawatan di klinik-klinik berhampiran sekiranya anda sakit akibat masalah jerebu ini...sebelum penyakit yang kita hadapi itu menjadi lebih melarat dan teruk lagi segera dapatkan rawatan...




7 comments:

  1. jom join GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  2. smlm d Shah Alam - tebal sungguh jerebu

    ReplyDelete
  3. jom join GA ni..rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. salam singgah mama... jerebu makin menjadi di tganu ni, moga Allah lindungi semua. :)

    ReplyDelete
  5. kat tempat aiza pun kena jerebu teruk..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG