SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tahniah!! buat pasukan JDT semalam kerana telah berjaya membawa pulang Piala Liga Super untuk 2 tahun berturut-turut...ucapan terima kasih buat pasukan Terengganu kerana telah mengalahkan pasukan Pahang sekali gus membawa kemenangan buat pasukan JDT dengan mata teratas...walaupun kalah dalam perlawanan dengan pasukan Felda United semalam tapi JDT tetap mengekalkan mata teratas dan telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2015 musim untuk tahun ini...kami sebagai anak kelahiran Johor jati akan tetap dan akan terus menyokong pasukan kebanggaan kami ini...
Hidup Johor !! Luaskan KuasaMU !!


Tahniah ! Tahniah ! JDT


TMJ yang paling supporting sekali sanggup mencemar dulu turun ke padang untuk meraikan kegembiraan ini bersama-sama pemain-pemain pasukan JDT semalam...jelas kegembiraan itu bersama-sama dengan Kapten pasukan JDT Safiq Rahim...


Kepuasan jelas kelihatan di wajah-wajah pemain-pemain JDT kerana dapat memberikan kemenangan dan Piala Liga Super buat penaung utama JDT iaitu Tengku Mahkota johor...


Bersama-sama meraikan kemenangan semalam di tengah padang Majlis Perbandaran Selayang..


pemain feveret Luciano Figueroa yang telah berjaya menjaringkan gol sebanyak 12 gol dalam liga super kali ini...


Tahniah juga buat jurulatih pasukan Johor Mario Gomez yang telah melatih kesemua pemain dengan baik sekali sehingga mampu menjulang Piala Liga Super ini buat kali ke 2...