SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bermula pada 1 September 2015 semua permis DIWAJIBKAN mengasingkan sisa pepejal yang hendak dibuang...di bawah ini terdapat langkah-langkah yang perlu dilakukan...


Asingkan sisa pepejal dengan 3 langkah yang mudah ini..
1-Asingkan mengikut jenis
2-Simpan sementara dalam bekas yang sesuai
3-Letakkan ditepi tong sampah pada hari kutipan

Kenapa kita perlu mengasingkan sisa pepejal di rumah?
-Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
-Mengurangkan sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan
-Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal
-merupakan kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(Akta 672)jika tidak mengasingkan sisa


Inilah barang-barang kitar semula yang perlu kita asingkan semasa hendak membuang sampah...asingkan mengikut seperti gambar yang diatas...

Sisa baki yang perlu dimasukkan ke dalam tong sampah ialah seperti 
1-Sisa dapur
2-Sisa makanan
3-Bahan-bahan kotoran
4-Lampin pakai buang

Jenis sisa kitar semula adalah seperti
1-Kertas
2-Plastik
3-Kaca/seramik
4-Tin aluminium/besi/logam
5-Bahan fabrik/kasut/getah/kulit
6-Sisa elektronik/barangan elektrik kecil
7-Sisa pukal dan sisa kebun akan dikutip bersama

Apa yang perlu di asingkan adalah :
1-Sisa baki hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah
2-Sisa kitar semula pula hendaklah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah..


Jadual Hari Kutipan Sisa Pepejal
Kutipan sisa pepejal akan dilakukan 1 kali dalam seminggu manakala kutipan sisa baki pula akan dilakukan 2 kali dalam seminggu...

Negara Bersih Rakyat Sihat


p/s kena banyaklah sediakan plastik sampah lepas ni...