JIRAN TETANGGA

Monday, August 24, 2015

Bila Tangan Panas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Betul ke tangan panas bila tanam pokok boleh tak hidup???entahlah betul ke tidak mama pun tak tahu juga..tapi kekadang tu ada juga tanaman yang ditanam hidup dengan segar juga...hubby selalu cakap kalau dia tanam pokok serai,pokok kunyit dan pokok daun kesum mesti tak menjadinya...kali ni mama pula mencuba untuk menanamnya...minta-minta tak panaslah tangan mama ni dan pokok-pokok yang disemai tu akan hidup dan menjadi...



pokok pertama yang mama cuba semaikan batangnya iaitu pokok daun kesum....kalau menjadi alhamdullilah la...senang bila nak menggunakannya nanti...moga ianya membesar dengan jayanya nanti...nampak gayanya macam menjadi jer ni...


pokok daun bawang pun ada juga ditanam...boleh juga digunakan daun bawang ini bila nak masak sup nanti...


daun pandan yang telah rimbun tapi mama potong dan biarkan tumbuh daun-daun pandan yang baru...nampak segar dan hijau sekali daunnya...


pokok kunyit memang penting...mama semaikan kunyitnya lebih sedikit...kalau nak guna senang tak payah beli kat kedai lagi...potong sehelai dua dah mencukupi...alhamdullilah membesar dengan sempurna sekali...


4 comments:

  1. Saya pun dah mula menanam tumbuhan penting untuk masak..alhamdulillah tanah yang beli tu menyuburkan tanaman betul..saya akan siram sekali sehari dengan air basuhan beras

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum singgah jenguk mama.
    Mmg ada org cakap tangan panas ni xbrp menjadi tanam pokok.
    Tapi bg sy kalau teknik betul pokok akan hidup walaupun tangan panas....btul x...hihi


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  3. suka tgok tanaman menjadi je.. zaza pun nk try tanam jugak nanti hehe..

    ReplyDelete
  4. semua yang boleh dibuat masak..hehee

    ReplyDelete

DUIT TABUNG